Saya hairan mengapa kita mahu bising bising mengenai harga dan pemilik cincin di atas ini. Kita dengar cerita orang bahawa harga nya dalam Ringgit Malaysia ialah 73,000,000 atau 73 juta. Pemilik nya ialah isteri kepada PM kita. Beliau presiden BAKTI iaiatu persatuan isteri isteri pak menteri kita. Cerita ini kita hanya dengar dari mulut orang. Maka nya, belum tentu sahih atau tidak.Harga nya entah dalam Ringgit Malaysia atau Dolar Amerika. Tak masuk akan harga sampai RM 73 juta. RM 24 juta boleh lah kita percaya.
Kalau lah benar DS Rosmah pemilik cincin seperti dalam gambar diatas marilah kita 1 Malaysia berbangga bahawa isteri PM kita memiliki cincin yang termahal dalam dunia. Tentulah Malaysia akan jadi tersohor. Bila semua orang sudah tahu, maka berduyun duyun lah orang nak datang melawat Malaysia. Jadi belanja RM 1.5 juta buat facebook akan boleh di pertahankan. Ng Yen Yen boleh lah lecture kita semua penting nya ada facebook.
Bukankah negara kita mempunyai obsesi mempunyai perkara perkara yang ter ter semua? Suatu ketika kita mempunyai bangunan yang ter-tingi di dunia. Apabila PNB membina bangunan RM5 billion nanti, kita akan sekali lagi mempunyai bangunan yang ter-tinggi. Bila kita membina pembangunan dan memajukan sungai kita dengan memberi kan projek RM 15 billion tersebut kepada Ekovest, kita akan mempunyai pemajuan sungai yang ter-mahal di dunia. Bila kita membina MRT yang mula mula RM 43 billion, naik kepada RM 50b lebih dan sekarang kita belum tahu lagi harga nya, saya gerenti kita akan mempunyai MRT yang ter-mahal di dunia. Dan bila Ng Yen Yen buat 2 facebook dengan nilai RM 1.5 juta, mungkin itu pun facebook yang ter-mahal di dunia.
Mana boleh Malaysia kalah dalam hal hal seperti ini. Kita mesti memiliki semua yang ter ter dalam dunia ini.
Tidak mengapa kita tak tahu harga akhir MRT tersebut , kita kira belakang hal tersebut. Hal hal belakang ni, Malaysia terkenal di dunia. Kita ada kes bekas timbalan FM yang di tuduh suka main belakang. Malaysia ada rekod mempunyai kes main belakang yang ter-panjang masa di dunia.
Bila bila pun, semua hal boleh settle belakang punya. Kita belum lagi graduate dari cara pengurusan Samy Vellu.
Kita akan membina jambatan disini, tuan tuan. Tapi Dato Sri, kita belum ada sungai. Tidak mengapa, kita akan bina sungai dan kemudian kita bina itu jambatan.
Kita akan membina jambatan disini, tuan tuan. Tapi Dato Sri, kita belum ada sungai. Tidak mengapa, kita akan bina sungai dan kemudian kita bina itu jambatan.
Saya berasa amat sedi…..anak anak muda kita hisap dada. Saya akan mengarahkan semua wanita wanita MIC derma dara.
Kalau lah benar bagai di kata, kita mesti bangga dengan DS Rosmah, anak arwah Cikgu Timah yang mempunyai taste yang excellent. Oghang oghang Nogori Sembilan, ekau semuo nyo , mesti berbanggo mempunyai anak omak yang bercahayo berkilai kilauan.
Dan bila DS Rsomah melawat Pekan, orang Pekan akan boleh berbangga, isteri kepada permata Pekan, buah hati ulam jantung Pekan, kutub utara Pekan, memiliki cincin yang termahal.
Semua rakyat Pekan akan terbayang terbayang, jika benar isteri PM kita, anak Tun Razak mampu memiliki cincin semahal itu, masa depan orang Pekan akan cerah. Sebab mereka akan tahu, mudahlah mereka memohon membina ribuan rumah PPRT dari Kampng Marhum sampai ke Kampng Belimbing, dari kampong Ubai samapai lah ke Kampung Merchong. Mudah lah mereka dapat sekolah sekolah rendah yang berharga RM 10 juta, MRSM yang berharga 60 juta.
Tapi kalau benar pula DS Rosmah pakai cincin tersebut, orang Pekan mesti beri ingatan kepada isteri PM, jaga baik baik takut terlucut cincin tersebut bila makan ikan Patin buah dari kampong Paloh Hinai itu. maklum saja, lemak ikan patin yang ori, sangat mujarab kelicinan nya takut tergelongsor pulak. Dan harus pula berjaga jaga apabila bersalaman dengan warga Pekan takut takut apabila bersalaman kokot itu, terkokot pulak cincin nya.
Dan kalau lah ada pihak yang menempelak orang Pekan dengan berkata- pedaoh awak, mana ada cincin berlian bernilai macam itu. awak me, nak buat fitnah ye. Dan orang Pekan mesti jawab- dak eh, kawan me ada bukti. Kalau tak caya, awak tengok manifest2 ni.
Cuba awok semua tengok manifes2 tu betul. Awak jangan nak buat cerita bukan bukan apa sebab tak bayar duti kastam. Bukankah dalam bajet tahun lalu , PM kita kata duti keatas beberapa barangan luxury di mansuhkan. Jangan awak sibuk nak tanya dan buat bising mengapa duti kastam tidak di bayar.
Dan awak me jangan nak buat fitnah dengan mengatakan barangan tersebut di hantar melalui DHL atau FEDEX. Ianya di hantar melalui syarikat penghantaran industri berlian iaitu MALCA AMIT. Kalau aok tak caya jugok, moh kita tanya pegawai MALCA AMIT Jeremy Beh Sin Tee, betul tak apa kawan cakap. Kalau aok tak caye lagi, moh kita tangkap A Krishan. Kita ISA dua orang ini, kita nak cerita sahih.
Dan awak me jangan nak menipu. Sebut betul betul apa jenis cincin nya ok? Ini bukan cincin kaca. Ini cincin natural fancy blue gray cushion cut diamond ring. Hanya kawan tak pasti harga 24,458,400 atau 24 juta, 458 ribu tu dalam Dolar Amerika atau Ringgit Malaysia.
ariff sabri aka sakmongkol ak47
ariff sabri aka sakmongkol ak47