Artikel ini di tulis sebelum Yang Dipertuan Agung membuat titah untuk kedua belah pihak bertemu. Tapi kalau kita dengar spin TV3 dan Utusan, tentulah, nada titah tersebut condong ke arah menyalahkan Ambiga dan Bersih.
Dan Ibrahim Ali tidak membuang masa untuk menyatakan bahawa Ambiga kurang ajar kerana menuntut di beri mengadap. Ibrahim Ali bercakap untuk orang Melayu dan sekarang untuk Agong. Jadi siapa yang kurang ajar?
Kalau kita dengar Ibrahim Ali, dia lah Melayu daripada Melayu lain, dialah yang setia dari yang setia lain. Macam mana kita hendak respond secara rasional kepada orang yang memikir diri nya besar dari segala nya?
Kita boleh membahas perkara ini di lain waktu. Apa pandangan kita terhadap spin TV3 dan Utusan Malaysia? Saya merasakan spin seperti ini counter-productive. Sebab, ianya sudah meletakkan jalan perbincangan secara berat sebelah dan penuh dengan prejudis. Sebelum bertemu, Ambiga sudah di hukum.
Untuk masa ini, oleh kerana saya sudah siapkan artikel ini, saya poskan nya juga. Sebelum Yang diPertuan Agong membuat titah ucapan, saya memikirkan bahawa:-
Mungkin ada cara yang lebih mudah mengatasi masaalah Bersih. Apa jadi jika PM menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya mengistiharkan bahawa Agong bersedia menerima memorandum dari BERSIH?
Mustahil antara ribuan punai-sihat dan punah-sihat PM, tidak ada orang memikirkan cara yang paling mudah sebegini. Kecuali lah, rancangan Bersih itu mahu di jadikan pencetus beberapa counter moves yang menguntungkan sebelah pihak. Kita tahu lah, dalam warped minds punah-sihat dan punai-sihat ini, ada satu sahaja buah fikiran- hancurkan semua orang lain yang berbeza pendapat.
Rencana durjana punahsihat dan punai sihat di iringi oleh suara latar setengah pihak mendesak kerakyatan Ambiga di tarik balik dan gelaran Dato di kembalikan. Inikah cara rasional untuk mengatasi masaalah. Asal ada orang berbeza pendapat, kita lucut kerakyatan dan kita tarik balik gelaran. Yang gangster dan hamprak ramai di sana yang mempunyai gelaran gelaran yang besar. Baik kita tarik balik gelaran mereka ini.
Dengan mengambing-hitamkan Bersih, rancangan Bersih di rasakan dapat mengembelingkan rasa cemas orang Melayu. Maka datang lah Ibrahim Ali dengan gendang perang dan jerit pekik nya.
Tapi kita tahulah, Ibrahim Ali bukan a smart person. Ibrahim Ali sengaja melupakan bahawa ancaman kepada orang Melayu itu hanya satu fiction dalam fikiran nya. Orang Melayu numerically strong. Mustahil majority di takutkan oleh minoroti. Lagi pun, Bersih tidak mempunyai agenda untuk mezalimi orang Melayu. Orang Melayu pun menyertai himpunan Bersih. Jadi, apa yang di melalakkan oleh Ibrahim Ali kita tidak tahu. Dan amaran nya kepada kaum Cina, membingungkan orang lain.
Kedua, rancangan Bersih di jadikan catalyst menyatukan golongan golongan martial seperti ahli pesilat untuk menjadi benteng kepada perarakan bersih. Masuklah Omar Din Mauju dalam gelangang yang di buka oleh Ibrahim Ali.
Ahli silat yang perwira harus memikirkan bahawa kehandalan yang ada pada diri itu bukan untuk di jadikan jalan untuk menakutkan dan membuli orang lain. Adakah ahli silat mahu mencederakan wanita misalnya? Kanak kanak? Negara kita ini sudah tidak ada pasukan keselamatan yang credible kah sehingga pertubuhan silat pula di benarkan untuk menjadi benteng ke3, line of defence. Kita menghadapi serangan dari luar kah? Ancaman durjana dari tentera asing?
Apa akan jadi jika Agong bersedia menerima penyampaian memorandum tersebut?
Selepas kesediaan tersebut, Ambiga tidak ada jusitifikasi untuk menghimpun kan orang untuk berarak. Dan Ibrahim Ali oleh sebab dia boleh melihat masa depan dengan jelas, adalah seorang yang berbahaya. Ialah, perhimpunan Bersih belum pun berjalan, dia sudah melakukan demontrasi nya sendiri terlebih dahulu. Zaman dulu, orang yang boleh meramalkan masa depan, di bakar hidup hidup pada tiang. Amacam? Kita bakar saja, kita bakar.
Bersih akan hilang justifikasi untuk berarak. Suatu kumpulan kecil akan mewakili Bersih dan menyerahkan memo kepada Agong. Sekeping memo tidak memerlukan jutaan orang untuk mengiringi penyampaian nya. Kecuali, tujuan untuk mengadakan himpunan bersih ialah menghantar isyarat politik kepada pimpinan Najib.
Jika itu maksudnya, maka mesej nya sudah sampai. Semua orang kecut telur keana Ambiga dan Bersih.
Ibrahim Ali hilang telur. Ahli dunia persilatan rupa rupa nya merelakan diri menjadi alatan kepada suatu pihak yang berkepentingan politik. Ini menjadikan mereka tidak lebih daripada anggota konsgi gelap yang mendokong kepentingan sectarian dalam negara ini.
Dalam Negara kita hari ini, tidak ada orang yang paling di geruni melainkan seorang wanita India Malaysia yang bernama Ambiga Sreenivasan. Kalau tidak silap Ambiga ialah anak saudara kepada hakim G Sri Ram.
Manakan tidak? Ambiga telah membuat Ibrahim Ali yang baru menjalani pembedahan jantung, mengapalai Perkasa dan mengadakan demontrasi. Hamba Allah tu baru nak sihat, dah kena jerit sana sini. Blood transfusion dari sumber mana entah telah menyegarkan Ibrahim sehingga dia beri warning kepada kaum Cina jangan campur. Saya setuju- kaum Cina jangan campur perniagaan dengan Ibrahim Ali. Kita mahu lihat Ibrahim boleh survive atau tidak.
Ambiga telah menakutkan Ketua Silat Linchah Malaysia- Omar Din Mauju yang mengistiharkan akan menghimpunkan 50,000 ahli silat Linchah untuk berdepan dengan perserta Bersih. Apa jadi jika bersih mengumpulkan juga 50,000 ahli juzuk lain? Bukan semua ahli persilatan berfikiran feudal.
Berbalik kita kepada Bersih? Objektif nya ialah menyerahkan suatu memorandum kepada Yang di Pertuan Agong supaya memerintah SPR belaku professional dan menjalankan pilihanraya secara telus dan adil. Ini permintaan yang munasabah yang sudah tentu tidak di sukai oleh pihak yang selalu menipu.
Jadi oleh kerana UMNO sangat menentang hasrat permohonan tersebut, secara tidak lansung UMNO mengaku ia banyak melakukan penipuan. Saya ahli UMNO sudah banyak kali menulis bahawa UMNO tidak boleh kekal lama jika ia mempertahankan kemungkaran. Ia mesti menyokong dan menentang segala bentuk kemungkaran. Ia mesti berada di pihak rakyat.
Itu yang di mahukan bukan? Menyerahkan suatu memo kepada Agong memohon supaya SPR berlaku professional dan apa apa lah. SPR tidak perlulah respond macam orang politik. Kamu adalah Independent Commission yang di lantik oleh Agong dan kamu hanya keluarkan kenyataan bahawa SPR akan menurut perintah Agong. SPR bukan badan politik. Jika Pengerusi nya mahu masuk politik, sila letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya yang akan datang.
Perkasa sudah tidak ada justifikasi untuk jerit sana sini. Ibrahim Ali akan hilang justifikasi untuk melakukan apa yang dia sudah lakukan. Tidak ada lagi amaran supaya orang Cina jangan masuk campur.
Jangan masuk campur itu ertinya apa? Bersih itu kumpulan terdiri dari orang Melayu dan sedikit India? Bermakna, Ibrahim Ali orang Melayu hendak melakukan kekasaran keatas orang Melayu lain?
Adakah kerajaan beranggapan bahawa hanya orang UMNO sahajakah orang Melayu. Baik kita tukar definisi Melayu- orang Melayu adalah yang bercakap Melayu, berbudaya Melayu, beragama Islam dan ahli UMNO.
Dalam Negara ini, Melayu itu Ibrahim Ali sahaja kah? Yang lain bukan?
Kita rasa heran, Ibrahim Ali yang bercakap bersifat hasutan tidak di kenakan tindakan undang undang. Himpunan nya di beri permit sedangkan himpunan bersih yang belum lagi materialize di haramkan? Bahkan pertubuhan tersebut telah di haramkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamudin Hussein. But then, we can't expect great thinking from Hishamudin kan?
Lagi banyak kerajaan dan UMNO mengugut sebuah NGO seperti bersih dengan ancaman fisikal, lagi besarlah terdedahkan kebengkarapan penghujjahan untuk membela diri. Bahkan, jika kita dengar ucapan Dato Najib di Kelantan kelmarin, kita akan rasa terkejut. Ucapan nya sudah di jangkiti kuman IA- Ibrahim Ali.
Macam mana seorang wanita, Ambiga menjadi ancaman kepada Islam dan Ambiga anti Islam? Memanglah benar, fakta nya, Ambiga bukan beragama Islam dan jika dia mempunyai tanggapan negative terhadap Islam dan orang Muslim secara peribadi, itu bisnes dia dan tidak pun menggugat keIslaman orang Melayu. Takkan kita tidak tahu, bergantang cemuhan orang bukan Islam terhadap Islam dan penganut nya. Adakah pengetahuan tersebut mengurangkan keIslaman kita dan kita ini terlalu lemah, sehingga seorang wanita sudah cukup menggugat kejantanan orang Islam?
Dan saya juga merasa heran kerajaan berdiam diri apabila Omar Din Mauju, ketua silat lincah Malaysia, mengsitiharkan akan menggembelingkan 50,000 lashkar Lincah untuk apa? Membunuh dan mencederakan mereka yang berarak yang terdiri dari orang Melayu?
Ternyata pengistiharan nya bahawa pergerakan silat lincah merupakan kuasa ketiga pertahanan negara tidak benar. Jika di diamkan, bererti kerajaan menggalakkan penubuhan badan badan ala ketenteraan yang boleh di uneleash untuk menzalimi civilian population. Ini bukan tujuan pesilat untuk membuli orang lain.
Apa yang di lakukan oleh Omar Din adalah sebahagian gambaran sejarah bangsa Melayu. Bahawa pada mana mana ketika, golongan feudal sentiasa mempunyai tentera upahan dan peribadi untuk mengkasari rakyat. Dalam sejarah bangsa Melayu, golongan feudal sentiasa mempunyai kuasa ketiga untuk mempertahankan kepentingan mereka? Apa jadi kepada mereka akhirnya?
Berdiri di pihak penindas dan mereka yang zalim akhirnya membawa kepada kejatuhan puak feudal dan bersama sama nya, pihak ketiga pertahanan fiudalisme.
Keujudan kuasa ketiga menyalahi undang undang negara. Kita mempunyai pasukan keselamatan terdiri dari polis dan tentera. Adakah kuasa ketiga di perlukan kerana polis dan tentera kita pondan dan tidak mampu mempertahankan Negara dari ancaman?
Adakah negara kita Negara koboi yang penh dengan penembak yang suka suka menembak sesiapa?