Tuesday, 2 August 2011

Misteri gentar mempertahankan 1 Malaysia

Hari ini kita membaca kenyataan bahawa PM kita gentar mempertahankan konsep 1 Malaysia. Sedangkan kita lihat, petanda dan symbol 1 Malaysia di serata tempat. Di lapel kot dan baju ada symbol 1 Malaysia. Si tukang buat badge jadi kaya kerana membekal badge dan lencana 1 Malaysia. Di corong TV, hasil kerja kuat Menteri Penerangan, kita di lambakkan dengan cenderamata 1 Malaysia.
Maka, mana mungkin sesiapa gentar mempertahankan 1 Malaysia?
Mungkin kita jadi gentar sebab orang UMNO , parti yang di ketuai oleh PM kita, mengalami tekanan kelam kabut serta tidak karuan fikiran mereka. Bayangkan, semenjak 1981 dan berkemuncak pula dari 1988 apabila UMNO baru di ujudkan, orang UMNO hanya ada satu sahaja paradigm- iaitu bercakap segala gala nya dari sudut kepentingan orang Melayu.
Tiba tiba, tahun 2010, setelah lebh 30 tahun bercakap dari sudut Melayu sentrik, orang UMNO di suruh bercakap mengenai 1 Malaysia. Bagaimana mereka tidak bercelalru fikiran? Selama ini mereka hanya tahu bercakap serta beroperasi atas landasan pro- perkauman, Najib pula suruh mereka cakap tidak perkauman.
Sebab itu, ketika selesai Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, saya melihat para perwakilan semua menolak idea idea besar Najib. Secara keseluruhan idea Najib mengenai 1 Malaysia, mengenai transformasi ekonomi, mengenai segala nya lah, di tolak. Namun, akhbar arus perdana tidak menghuraikan perkara ini. Maka elok pula saya mengingatkan nya.
Bila Najib cakap mengenai 1 Malaysia, perwakilan bercakap mengenai ketuanan Melayu atau Melayu di dahulukan. Apakala Najib bercakap mengenai transformasi ekonomi, para perwakilan mendesak dasar ala DEB di kembalikan. Akhirnya, modal untuk Najib mempertahankan diri ialah mengistiharkan bahawa dia anak Tun Razak. Yang ini, tentulah tidak ada orang boleh nafikan.
Tapi apakah penilaian kita apabila seseorang hanya boleh mempertahankan diri nya, dengan resort kepada mengingatkan perwakilan bahawa dia anak Tun Razak? Kepada saya itu sudah jelas menunjukkan Najib tidak terdaya mempertahankan idea idea besar nya atas dasar merit.
Jadi deep down orang Melayu curiga dengan wawasan Najib.
Setelah 30 tahun bercakap dan menghidupkan cita cita Melayu Raya dalam segala aspek kehidupan, kita di kehendaki mengubah haluan. Sampai bila bila pun, matlamat dan agenda orang Melayu tidak akan dapat di capai dan ianya akan di tunda untuk jangka waktu yang tidak dapat di tentukan.
Keadaan yang melanda orang Melayu hari ini, terutama nya orang UMNO tidak ubah seperti orang yang baru hendak belajar solat dan puasa.
Seorang ustaz bertanya pada sahabat nya, wok weh, mengapa kamu tidak berpuasa, maka sahabat nya menjawab, bagaimana mahu puasa sedangkan aku tidak sembahyang. Bukan kah ulamak mengingatkan kita, kalau kita puasa tapi tidak sembahyang, maka puasa kita jadi sia sia kerana yang kita dapat ialah berlapar.
Tidak mengapa, kata ustaz. Ana akan ajar kami cara sembahyang dan kifayat berpuasa. Maka si ustaz pun mendidiklah sahabatnya tadi kifayat solat dan puasa.
Namun setelah beberapa minggu, ustaz menjadi heran, mengapa setiap kali sesudah mengangkat takbir, sahabatnya tadi akan menggulung sejadah dan menyimpan nya. Perbuatan ini di lakukan secara istiqamah. Setiap kali setelah bertakbir, sahabatnya secara konsisten akan menggulung sejadah dan menyimpan kan nya.
Maklum sajalah , 30 tahun tidak solat. Itulah amalan kebiasaan. Tentulah kelam kabut dan celaru otak si empunya diri untuk melakukan perubahan.
Maka satu hari, kerana tidak tahan melihat perbuatan tersebut , si ustaz menghampiri sahabat nya untuk memastikan apa sebenar nya berlaku.
Rupa rupa nya misteri mengapa sahabat nya menggulung sejadah setiap kali setelah bertakbir akhir nya terbongkar.
Rupa rupa nya ustaz tadi terdengar niat yang di pasang. Ketika mengangkat tangan untuk betakbir, dia mendengar sahabat nya berkata-
Sahaja akai solat sekian sekian, ESOK HARI kerana Allah Taala. Lantas setelah niat di jatuhkan, kawan nya menggulung sejadah. Maka matlamat untuk mendidik sahabat nya tidak kesampaian.
Demikian lah yang terjadi kepada orang UMNO. 30 tahun membiasakan diri bercakap dan beroperasi atas landasan Melayu di dahulukan, tiba tiba imam menyuruh menukar haluan.

Maka niat orang UMNO:- sahaja aku menSATUkan Malaysia setelah mendahulukan Melayu esok hari……………….

4 comments:

  1. Salam Asrif,

    Pemerhatian tuan2 amat tajam. Tak terpandang saya kearah itu disebabkan kesibokan harian.

    Diakhir artikel agak lucu sekali ... gulung tikar ... kiasan ke tu?

    "Hari ini kita membaca kenyataan bahawa PM kita gentar mempertahankan konsep 1 Malaysia. Sedangkan kita lihat, petanda dan symbol 1 Malaysia di serata tempat."

    ReplyDelete
  2. Dato' & Aspan,

    "Misteri gentar mempertahankan 1 Malaysia"

    "Akhirnya, modal untuk Najib mempertahankan diri ialah mengistiharkan bahawa dia anak Tun Razak. Yang ini, tentulah tidak ada orang boleh nafikan."

    You hit the nail on the head, bravo!

    Just to share this interesting article...

    What an embarrassment — Captain Iskandar Dzulkarnain - The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/what-an-embarrassment-captain-iskandar-dzulkarnain/

    “…Most Malays don’t give two hoots about Tanah Melayu, Ketuanan Melayu or Special Rights, because it does not exist. We also got bored waiting for these rights to be transferred to us. We just want a decent life, job, a brighter, predictable future. And the Right to practise our Religion free of encumbrance.

    We are a loosely knit race that comprises mixed Javanese, Sumatran, Indian, Hunanese, Thai and Middle East blood bound together by our Religion Islam. And yet in the INTERLOK novel we branded other communities as Pariahs.

    And if there is a Special Right, I think I would want to have the Right to mingle freely with our Chinese and Indian friends, step into a church and listen with interest to their choirs singing Christmas Carols, drop by a Chinese temple, and observe the monks chanting their mantras, or to an Indian Temple to see how they worship. And to drop by the Pub, for a glass of cold Coke, without feeling a little peculiar.

    I want the right to tell all our fellow citizens that we do not harbour any ill will against them, that we are just like them and that we will always stand by them.

    Twenty-two years in power, and yet so many of our kin still live in misery. We are not asking for utter riches, just a decent life, but many Malays still live in utter misery, and in such contrast to the Super rich Umnoputras.

    And in the last election, many Malays were abandoning BN in droves, and now the ruling elite are not confident anymore of retaining their power, and has started to take drastic measures to regain their support.

    Lastly, keep this in mind. There is no racism in Malaysia; 99 per cent of Malaysians are not racist. We are too busy living our lives than to check on our neighbours.

    It is the 1 per cent who is desperately clinging on to power, bent on staying, and who will do anything at any cost, even selling their souls to the devil, that is causing all this ruckus about Racism in this country.

    The 1 per cent of Malays, Chinese and Indians who are about to be given the boot, are shouting Ketuanan Melayu and Ketuanan What not!!

    Malays, in their right mind, are not going to support this bunch of losers, that’s why they say that the Malays are split between Umno and PAS. And the blame was put on poor old Nik Aziz, who became the scapegoat for splitting the Malays.

    They really must go!”

    Lastly to share this...

    ‪Minister Mentor Lee Kuan Yew‬‏ - YouTube -http://www.youtube.com/watch?v=WXVh4Ib5KJI

    MM Lee said: "I am not here to play somebody elses game.

    I have a few million people's lives to account for...

    And Singapore... WILL SURVIVE!"

    And we did... ( Salute to MM Lee)


    They have Intelligent & Hardworking Malaysian Malays, Indians, Chinese, etc working in Singapore and even Foreigners in the Singapore Armed Forces...

    ‪Lee Kuan Yew Ketawakan Malaysia‬‏ - YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=DUMwWs44zvg

    Singapore: Lee Kwan Yew: At 85, The Fire Still Burns By Ahmad Mustapha « Blog yOur Mind - http://all4one4all.wordpress.com/2009/12/07/singapore-lee-kwan-yew-at-85-the-fire-still-burns-by-ahmad-mustapha/

    You be the judge.

    Shalom.

    ReplyDelete
  3. Bestnya posting ini. Lucu pulak tu. Tapi rasanya orang UMNO taklah sebodoh orang yang tak pernah solat tu.
    Orang UMNO very calculative. Tahu boss nak apa. Tunjukkan kepada umum sokong boss, all right boss, tapi belakang buatlah cara lama.
    Bosspun faham akal orang dia. Boss kata you all understand what I mean kan.
    Yang mungkin tak berapa faham ialah grass-roots dan orang Melayu biasa especially orang kampung.
    Mereka mungkin berkata apalah Najib ni. Nak IMalaysia. Tak bersatu lagi ke kita ni?
    Apa jadi kepada ketuanan Melayu? Dahlah Malayapun dihapuskan, kata mereka.
    Ada pula kaum yang text kat akhbar kepunyaan MCA - The Star kenapa guna nama Harimau Malaya? Why not Harimau Malaysia? That sama person said it will hurt the feelings of East Malaysians.
    Aduhai, hurt the feelings of Ah Kow or Macha, more likely. Orang East Malaysiapun memang panggil kita orang Malaya.
    Nampak macam Najib serba-salah. Gentar taklah kot. IMalaysia nampak macam noose around his neck.
    That is why he keeps on dropping dearest daddy's name. That he is his father's son.
    Sayapun pernah komen dalam blok Sak, mengkritik Najib apalah asyik bersandarkan nama bapanya.
    Yalah bapanya terkenal sebagai seorang nasionalis Melayu yang mengutamakan bangsanya dan menggubal DEB.
    So dont worry you guys, I am a Malay nationalist like my dad too. I think that is the message that I am understanding now.
    Kesianlah kat Najib. He came to power when it's in to be one nation after the ascension of Barak Obama to power.
    The people are claiming to be or clamoring to be non-racist. So he has to be the Malaysian trail-blazer - thus 1Malaysia.
    Tapi yang sedihnya LGE dan bapa, Karpal dan Vel dan CSL, masih boleh mengaku they are Indians, Sikhs and Chinese first. Cuma pemimpin Melayu sahaja tak boleh. Itu undang-undang mereka pakai sekarang.
    Cuma kita sahaja diban from saying we are Malays first.
    Lagipun yang beria benar nak IMalaysia ialah kaum yang menggangap Malay supremacy akan berkubur.
    Man, man lor everyone.
    UMNO is still in business. It is still United MALAYS National Organisation.
    Same goes for MIC and MCA.
    QD is a proud Malay, Walla a proud Indian and Donplaypuks a proud Chinese.
    Must I bodek Rais by ending this with the RTM salutations Salam 1Malaysia?

    ReplyDelete
  4. QD,

    kamu merosakkan melayu
    nangis sikit bagi gula2, gigi rosak padan muka,
    U rasa najib layak ke jadi PM, ikut cara org solat.

    ReplyDelete