Tuesday, 28 June 2011

Usaha untuk membina kepimpinan Melayu terbatas

Betul kah Melayu hendak berubah? Kalau hendak berubah, apa kah caranya? Kalau kita sentuh bidang politik ianya tidak boleh lari dari ‘partisan politics’. Apabila kita sebut tentang politik ianya berkait rapat dengan kepimpinan. Jika di huraikan pula tentang kepimpinan Melayu, bagaimana kita hendak memperkembangkan kepimpinan Melayu?

Jika kita serius untuk memperkembangkan bakat dan memperkayakan kepimpinan Melayu, bangsa kita ini wajar berfikir jauh ke luar kotak. Buat masa dulu sehingga sekarang, kita terlalu obses dengan sebutan Melayu tetapi  kepimpinan Melayu tidak juga berkembang. Ia tidak berkembang kerana kalau kita sebut sahaja kepimpinan politik, tempat untuk membina kepimpinan orang Melayu hanyalah UMNO. Tetapi itu pendapat yang sudah mula luntur.

Kenapa ianya pendapat dan pandangan yang luntur?

Jawapannya ialah kerana Melayu membina kepimpinannya hanya dalam parameter yang begitu sempit dan ruang yang kecil untuk berkembang. Apa tidaknya…ianya hanya berlegar di dalam UMNO sahaja sedangkan bangsa lain parameter untuk mereka membenihkan kepimpinan ada banyak cabangnya, orang India berada di dalam proses membina kepimpinan melalui MIC, PPP, DAP, PKR dan sebagainya dan mereka tidak bergaduh di antara satu dengan yang lain.

Kepimpinan Melayu juga terdapat di dalam PAS kerana PAS itu adalah sebuah Islamic Party yang kebetulan di anuti oleh orang Melayu. PAS telah juga membina kekuatan kepimpinan Melayu yang beragama Islam dan parti itu telah membuktikan yang ianya berkemampuan untuk membuahkan dan mengenengahkan kepimpinan Melayu.

Nama-nama seperti Buurhanudin Helmy, Asri Muda, Fadzil Nor serta rakan-rakan yang lain yang seangkatan dengan beliau telah membuktikan PAS mampu untuk membina kepimpinan. Dini hari nama seperti Nik Abdul Aziz, Hadi Awang, Haron Din dan ramai lagi yang berimejkan ulamak agama berada di persada kepimpinan PAS.

Lanjutan dari perjuangan parti untuk membina kepimpinan sekarang timbul nama-nama seperti Sallehuddin Ayob, Mahfuz Omar, Zulkifli Ahmad, Dr Hatta dan ramai lagi yang berimejkan professional dan seterusnya menjadikan parti itu menjadi parti yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam politik negara dan juga terkenal di seluruh dunia khususnya di negara-negara Islam.Nama-nama yang disebutkan ini memang lebih berkeupayaan dari nama-nama seperti Noh Omar, Nazri Aziz, puad Zarkasi dan yang lain-lain dari UMNO.

Dalam pada itu ada satu parti lagi yang harus serta wajar untuk dijadikan tempat membina kepimpinan Melayu, iaitu DAP. DAP merupakan parti berbilang kaum dan parti ini bermasalah kerana kekurangan ahli dan pemimpin Melayu menyertainya. DAP telah dimomokan oleh parti yang berlawanan dan dilabelkan sebagai parti chauvinis Cina dan perjuangannya hanyalah untuk orang Cina. Imej ini lah yang menyebabkan orang Melayu menjauhi parti ini sekian lama.

Tetapi perubahan sedang berlaku walaupun ianya berlaku dalam rentak yang agak perlahan. Tetapi ianya sedang berlaku. DAP sedang berusaha dengan gigih untuk meyakinkan rakyat yang parti itu adalah parti berbilang kaum dan ianya terbukti tidak banyak terdapat isu perkauman menjadi isu di dalam parti ini.

Bagi saya orang Melayu sepatutnya tidak teragak-agak untuk menyertai parti ini kerana DAP memang mahukan DAP itu sebagai parti yang mempunyai keseimbangan kaum baik dari segi keahlian dan barisan kepimpinannya. Sejauh mana Melayu boleh menerimanya kita lihat dalam tempoh yang terdekat ini.

Tetapi usaha membina kepimpinan seperti ini selalunya akan mendapat tentangan dari UMNO kerana UMNO memerlukan sangat orang Melayu untuk bersama UMNO dengan alasan memperjuangkan Melayu. sesiapa sahaja yang memberikan pandangan seperti ini akan dicop sebagai tidak patriotik dan berbagai-bagai kecaman lain.

Tetapi akhir-akhir ini sudah ramai orang Melayu yang memberanikan diri untuk menghampiri DAP dan merasa senang dengan cara berpolitik di dalam parti itu. Bagi saya pula jika seorang Melayu itu mempunyai jiwa Melayu yang waja memang tidak ada salahnya menyertai parti itu. Tidak akan hilang Melayunya jika menyertai parti itu sebenarnya.

Jika seorang pemimpin Melayu itu berjiwa Melayu yang hidup menyertai DAP akan memberi keuntungan yang lebih kepada Melayu. Ibarat ikan yang berjiwa dan hidup di lautan luas, ikan ini tidak akan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Maksud saya jika ikan yang hidup dikeluarkan dari lautan luas yang masin, ikan itu tidak akan masin.
Di sebaliknya jika ikan itu tidak berjiwa dan mati, ikan itu apabila dijemur akan menjadi ikan masin kerana ikan itu terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang masin.

Justru itu di dalam usaha DAP ingin meliahat partinya itu benar-benar sebagai sebuah parti yang berbilang kaum maka orang Melayu yang mempunyai kepimpinan itu patut menyertai DAP tanpa takut-takut.

Di dalam proses menghantar perwakilan parti itu ke Dewan-Dewan Lagislatif, DAP pula wajar mengimbangi penyertaan orang Melayu…samada di DUN-DUN atau di Dewan Lagislatif Persekutan, iaitu Dewan Parlimen.

Orang India, walaupun merupakan kaum yang terkecil tetapi dari segi kepimpinan kaum itu telah berjaya membina ramai kepimpinan kaumnya. India mempunyai perwakilan di dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Parlimen melalui semua parti kecuali UMNO dan MCA. India mempunyai wakil-wakil mereka melalui MIC, PPP, DAP dan PKR. Kali ini jika ada kaum India yang beragama Islam tidak hairan jika India boleh juga mewakili kaumnya melalui PAS.

Itulah sebabnya dengan keadaan politik hari ini kita melihat orang Melayu mempunyai kurang kepimpinan kerana kita orang Melayu susah untuk berubah. Orang Melayu masih lagi terlekat dengan isu perkauman yang akan sempit dan takut untuk keluar dari ‘comfort zone’ yang sekarang ini sudah jauh berkurangan jika dibandingkan dengan keadaan dulu-dulu.

Kita masih terperap dengan isu Melayu tetapi Melayu tidak berubah juga. Kita masih bergelumang dengan sentimen perkauman yang menebal dan menyertai DAP itu akan menjadi isu yang sangat besar seolah-olah lebih besar dari isu murtad agama. UMNO sudah dianggap lebih tinggi dari agama dan mengkritik pemimpin dan parti ini seolah-olah telah melakukan kesalahan yang terlalu besar seperti hilang keimanan kita di sisi Tuhan.


Jika kita amati betul-betul kita mesti sedar yang rakyat kini sudah merasa mual dengan isu perkauman. Dalam jangka yang terdekat ini parti-parti politik yang berteraskan perkauman akan menjadi sejarah secara beransur-ansur. Dengan kekurangan keyakinan orang Melayu terhadap parti UMNO yang agak menyeluruh pilihan-pilihan yang di sebutkan tadi sudah menampakan sedikit sebanyak kebenarannya.

Jika Melayu masih mempunyai ‘apprehension’ yang kuat untuk melakukan perubahan maka tidaklah boleh kita salahkan sesiapa. Tidak ada sesiapa yang akan dapat perubahan jika kita tidak sanggup untuk berubah.


(Aspan Alias)

Tuesday, 21 June 2011

Perkasa and Ibrahim - should be under close observation at all time

Perkasa counter rally against one that Bersih is organizing on the 9th July should be condemned as its leader Ibrahim is igniting racial tension. Calling on the Chinese to stay in door on the 9th of July with enough food stock is unbearable to hear. It was a crude display of irresponsible leader and this has got to be stopped instantaneously.

His statement was an outright seditious and that reflects his personal lack of common sense in his public discourse. Hence he should be in solitary confinement immediately. Ibrahim is the reincarnation of Chin Peng the chairman of the outlawed Communist Party of Malaya who openly declared to hoist up arms for power.

Ibrahim’s intention is to counter peaceful rally by threatening that he will launch bloody uprising.  He is now suggesting that the Chinese to stay at home with enough food stock as anything can happen on the 9th. Therefore this blog firmly advise the Police and the KDN to suppress the move by Perkasa as it endangers the nation’s security. The focus shouldn’t be on Bersih but instead on Perkasa.

If there is an imminent arrest the first person to be detained should be Ibrahim Ali not Ambiga not Mat Sabu and not Anwar or Haji Hadi. Politically Ibrahim is doing a lot of counter productive moves that make UMNO/BN facing an infinite difficulty in soliciting effort to regain the people support.

BUT UMNO is quick in denying that Ibrahim’s action is the actual manifestation of UMNO or the Malays. Khairy himself is pressing for Ibrahim to be arrested and put in confinement for a period allowable by law of the country. A few of Ibrahim’s supporters crossly called me and asked me to choose one: Ibrahim or Ambiga. I told them that I choose anyone who does not talk or disseminate racial excitement. I don’t care who. I told them plainly that I was deeply in love with my country and I don’t have any intention to flirt around with Ibrahim or Ambiga.

I have deep love for the Malays but I don’t harp on racial issues for my personal political agenda if there is any. Like many others I am too worn-out by racial issues as every Malaysian has to admit that no one can go without the other. Malays have the special rights provided by the constitution but it does not mean the Malays have the privilege of antagonizing others unilaterally.

For all intent and purposes Perkasa and Ibrahim should be observed by the authority at all times as he can be the biggest proponent among groups which are all out to destroy the interracial tolerance which currently is already at the lowest ebb.




Friday, 17 June 2011

Metos dalam zaman sains dan tekno-coli


 
Sebagai orang UMNO, saya merasakan bahawa semua orang UMNO mesti jelas mengenai perkara yang sangat dasar ini:- UMNO memperjuangkan dan mewakili makruf atau righteousness, keadilan, saksama, dan semua yang baik yang patut ada orang Melayu. Lagi pun itu menjadi tuntutan agama Islam pula. Itu asas keujudan UMNO.
Maka nya, menjadi suatu kehairanan apabila UMNO menjadi jurucakap,menjuarai dan mempertahankan kebathilan. Ini bukan landasan diatas mana UMNO ujud pada tahun 1946. Keujudan UMNO itu sendiri pada tahun 1946 bertujuan menentang segala bentuk ketidakadilan, penindasan, pembohongan dan apa sahaja yang mungkar.

Hari ini rupa rupa nya, UMNO bukan sahaja mudah lupa tapi juga membutakan mata. Hari ini, UMNO sudah berubah perwatakan nya. Ia sekarang di lihat sebagai sebuah parti yang mendokong kebathilan, kezaliman, penipuan dan pembohongan. UMNO terperangkap dalam keadaan ia terpaksa mempertahankan kesalahan, kemungkaran dan perkara yang boleh di pandang sebagai mungkar. Punca kesusahan UMNO ialah kerana ia menghakmilikkan segala keslapan. Walhal, tindakan yang wajar ialah membetulkan kesilapan tersebut bukan mempertahankan nya sampai ke tetesan darah yang akhir.

Saya sebut 'tetesan darah terakhir' sebab teringat apa yang Ibrahim Ali sebut baru baru ini. Bahawa jika bertembung dengan orang yang berarak dengan Bersih, dia dengan geng dia akan bertempur. Mu nak buat gapo tokheng? 
Sepatut nya polis sudah cekup Ibrahim Ali bila bercakap secara demikian kecuali pihak Polis tahu siapa Ibrahim Ali sebenarnya. Bercakap di belakang memanglah semua orang boleh. Ibrahim Ali, yang melihat diri nya sebagai Melayu tulen memang lah berani. Tapi pada masa Ibrahim Ali mula mula di kenakan ISA tahun 1974( circa) dialah yang meraung menangis tatkala majisret menjatuhkan hukuman ISA. 
Tambahan pula, kita jangan nak heran sangat mengenai laungan Ibrahim ini. Kita semua tahu 'rivalry' antara Ibrahim dan Mat Sabu. Ibrahim hanya ketua Perkasa( tak ke sini dan tak kesana) sedangkan Mat Sabu pula sekaarang Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu pula pernah berkata- muka dia hensem sikit daripada Ibrahim Ali walaupun rambut dia keras macam berus dawai.

Ingatan saya kepada rakan rakan dalam UMNO ialah jangan biarkan diri kita terperagkap mempertahankan kesilapan dan kemungkaran.

Para pimpinan UMNO dan penyokong upahan mereka mempertahankan kesalahan kesalahan yang di lakukan. Kenapa kah UMNO harus menghakmilikkan kemungkaran? Ianya meletakkan UMNO dalam keadaan ia mempertahan keburukan seolah olah nya, UMNO itu adalah 4 abjad yang mewakili segala yang menjijikkan dan mengotorkan.

Saya telah menulis suatu artikel dalam blog saya mengenai kebodohan UMNO menghakmilikkan kemungkaran. Kerana kebodohan tersebut , UMNO kena defend benda yang bukan bukan. Itu satu tindakan yang kurang bijak.

Disana saya telah menghuraikan mengapakah perlu kita mempertahankan pemberian sabsidi kepada IPP. Dan saya telah menyentuh bahawa isiu yang lebih besar ialah bukan nya sabsidi itu sangat- tapi perkara yang menimbulkan kemarahan ialah bagaimana kerajaan telah menyetujui permintaan IPP untuk menawarkan tariff yang tinggi dan TNB sebagai syarikat milik kerajaan, di paksa membeli letrik dari IPP dengan harga yang tinggi. Ilmu apa yang IPP ada sehingga kerajaan kelihatan seperti di ugut? Sedangkan TNB sendiri mampu menghasilkan kuasa dengan kos yang lebih rendah dan mempunyai ekonomi skala yang lebih baik.
Dan saya ada menyentuh bahawa kebanyakan IPP asal muncul pada zaman Dr Mahathir memerintah. Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Dr Mahathir. orang UMNO mesti faham, Dr Mahathir bukanlah sangat bersetuju dengan cara DS Najib mentadbir Negara. Kalau ada peluang dia mesti hentam. Dalam sejarah UMNO lama dan UMNO baru, kita jangan lupa hanya Dr Mahathir sahaja yang keluar masuk UMNO. By the way, sudah kah MKT mengesahkan kemasukan Dr Mahathir dalam UMNO?
Elok kita clear dalam hal ini. Tidak ada orang yang boleh menafikan fakta bahawa Dr Mahathir PM kita selama 22 tahun. Kemajuan dan perubahan minda yang di cetuskan oleh Dr Mahathir tidak ada saingan( sekurang kurang nya daripada mana mana ahli cabinet yang ada pada hari ini). Pencapaian nya banyak jika mahu di huraikan. Tapi kelemahan pun ada. Dan saya melihat salah satu kelemahan nya ialah bagaimana membiarkan IPP charge kita dengan harga lanun? Nobody is going to take away the greatness that he has brought upon to Malaysia.
Ada orang menyebut, semua ini adalah hasil rencana Anwar Ibrahim sebab ketika itu dia menteri kewangan. Saya rasa perkara ini amat mudah di buktikan. Declassify semua dokumen dan minit serta dedahkan butiran perjanjian antara IPP dengan TNB. Habis cerita dan kita tahu siapa yang memberi kelululusan kepada IPP tersebut. Dan orang ramai dapat membaca antara baris bahawa sudah tentu bukan Anwar Ibrahim yang bertanggung jawab kerana kalau dia yang bertanggung jawab, semua media citak dan audio visual akan membuat pendedahan nya sepanjang hari sampailah kepada pilihanraya.
Saya hanya memberitahu apa yang kita semua boleh nampak. Fakta nya, IPP yang di miliki oleh YTL, Genting, Berjaya, Ananda dan Syed Mokhtar semua nya ujud pada zaman Dr Mahathir. boleh jadi para penyokong UMNO yang menulis dalam internet tidak pernah memegang apa apa jawatan dalam parti dan kerajaan. Maka itulah yang menyebabkan mereka jahil bahawa tidak ada perkara besar yang berlaku dalam negara berlaku tanpa izin dan restu ketua negara. Dan ketua negara ketika itu ialah Dr Mahathir. tidak dapat tidak, Dr Mahathir lah yang bertanggung jawab.
Menceritakan perkara yang fakta seperti ini menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Dr Mahathir. jika sesuatu perkara mungkar itu berlaku adakah kita mendiamkan diri semata mata kerana ianya berlaku di bawah jagaan Dr Mahathir? dimanakah prinsip perjuangan UMNO yang menentang kemungkaran jika kita bersikap demikian?
Oleh kerana artikel tersebut telah mengundang rasa amarah dikalangan penyokong Dr Mahathir, elok kita bawa perhatian mereka kepada satu lagi perkara dan kita hendak lihat bagaimana reaksi mereka. Alang alang mahu bertengkar, marilah kita cerita lagi.

Perhatikan perkara ini. Apakah masaalah orang Melayu yang paling besar? Kepada saya isiu yang paling besar ialah mendapatkan perkongsian kekayaan negara yang saksama dan adil kepada orang Melayu. Sementara tanggung jawab asasi untuk memajukan diri terletak dalam tangan individu, peranan yang penting di mainkan oleh pimpinan politik orang melayu yangmempunyai kuasa. Jika mereka yang ada kuasa tidak membantu orang Melayu, bagaimana mereka dapat maju ke depan? Dan rekod UMNO dan pemimpin orang Melayu dalam hal ini tidak lah begitu baik.
Tidak percaya? Walaupun dengan fakta bahawa hampir setiap pimpinan institusi kerajaan di kuasai oleh Melayu, keadaan orang Melayu dari segi ekonomi tidak juga bertambah baik. Dari pegangan 2% pegangan saham dalam syarikat, sehingga sekarang, orang Melayu yang merupakan 70% penduduk negara hanya menguasai sekitar 19%. Apakah erti nya ini? Ini bererti tidak semestinya bila Melayu pegang kausa penentu, mereka akan tolong bangsa sendiri. Jika mereka bantu, tentulah perkongsian orang Melayu melebihi 20%.
Dan Dr Mahatir sendiri ketika jadi PM, tidak sangat boleh kita kata membantu peniaga Melayu. Lihat dalam kes IPP. Daripada senarai nama nama pemilik IPP terebut, berapa yang di miliki oleh Bumiputera? Demi penghujjahan kita terima lah Pak Arab sebagai Bumiputera? Hanya satu saja kan?
Apa makna nya ini? Ertinya kepada saya, dalam zaman Dr Mahathir pun, orang Melayu tidak di bantu untuk jadi kuat dalam ekonomi. Penglibatan IPP yang di miliki oleh bukan Bumpitera membuktikan bahawa dalam zaman pemerintahan Dr Mahathir pun orang melayu tidak di bantu dalam kejayaan ekonomi.

Mesej kepada orang UMNO ialah: janganlah kita menyusahkan diri kita dengan membina metos metos dan cerita dongeng dalam zaman sains dan tekno-coli ini.

Monday, 13 June 2011

Di antara Zeila (Jalil) dengan Zeila (Mascot TMM 1991)

Beberapa pemimpin UMNO telah mendesak PAS supaya menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam parti itu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, sebaliknya memperjuangkan negara berkebajikan. Di antara yang mendesak itu ialah Ali Rustam dan Puad Zakarshi serta beberapa yang lain yang menyokong saranan itu. Tidak payah sesiapa yang menjawab atau menolak saranan itu kerana itu semuanya isu yang diterbitkan seperti ‘mencari kutu di kepala’.

Pemimpin-pemimpin UMNO mendesak perkataan Islam itu dibuang kerana ia sangat mengelirukan bukan sahaja rakyat ramai tetapi juga ahli-ahli PAS itu sendiri. Sebenarnya hanya mereka yang tidak memahami asas perjuangan Islam sahaja yang menganggap negara berkebajikan itu sebagai bersalah-salahan dengan Islam. Cukup kita layan desakan yang tidak berasas itu setakat ini.

Sekarang kita tengok apa yang pihak kita perlu buang dan tambah pula. Kalau kita guna ‘equation’ yang sama kita perlu gugurkan nama UMNO itu dari parti kita. apa kita sudah lupa yang parti yang kita anggotai ini bukannya UMNO? UMNO yang sebenarnya ialah parti yang di asaskan oleh Onn Jaafar dan bukannya oleh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim seta Mohamad Najib.

UMNO yang sekarang ini terdaftar sebagai UMNO (baru) dan kenapa pula tidak digunakan atau meletakan perkataan (baru) kepada nama parti kita ini? Sedar kah kita yang UMNO ini diasaskan oleh Dr Mahathir dan tidak ada kena mengena dengan usaha mencapai kemerdekaan? Kalau UMNO yang sebenarnya wujud kenapa Ling Liong Sik pernah menjadi pengerusi BN buat beberapa ketika sebelum UMNO yang sekarang ini ditubuhkan? Tidak ingat kah kita. Kenapa Ali Rustam dan novis politik, Puad Zarkashi lupa tentang hakikat ini?

Kalau UMNO sekarang ini tidak mengelirukan kita semua, bagaimana Tunku Abdul Rahman, Husein Onn, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan ramai lagi nama-nama pejuang UMNO tidak ada dalam senarai keahliannya? Yang lebih mengelirukan, kenapa baru-baru ini kita merayakan ulang tahun UMNO yang keenam puluh sedangkan umurnya baru 23 tahun?

Bagaimana hendak kita katakan yang UMNO ini telah berjaya membawa kemerdekaan negara sedangkan umurnya lebih muda dari anak bongsu saya? Semuanya ini mengelirukan. Kenapa letakan gambar-gambar Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Husein Onn di dinding bangunan UMNO (PWTC) sedangkan mereka ini tidak pernah menganggotai parti ini? Untuk mengingati semua pihak Dr Mahathir adalah ahli UMNO yang pertama dan Kak Asmah sebagai ahli yang kedua. Dr Mahathir adalah Presiden UMNO yang baru ini yang pertama, buknnya Onn Jaafar.

Jadi sebelum kita menggunakan isu yang lemah ini terhadap parti lawan kita selesaikan kekeliruan di antara ahli UMNO sendiri. Kita mesti mengakui yang UMNO sekarang di asaskan di atas perpecahan orang Melayu, tetapi UMNO yang dibenci Dr Mahathir dulu diasaskan oleh perpaduan kumpulan-kumpulan dan persatuan orang-orang Melayu.

Jangan pula pihak-pihak yang membangkang pandangan ini berkata yang mereka sudah jemu dengan isu ini. Sebenarnya saya pun merasa jemu kerana dikelirukan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya memperjuangkan ‘tempolok’ dan kepentingan kuasa secara peribadi mereka.

Hasilnya ahli-ahli berpecah. Apabila ahli berpecah kita pula yang dianggapkan bersalah. Sesungguhnya UMNO sekarang ini sarat dengan pemimpin-pemimpin yang keliru dan rabun dalam perjuangan mereka. Tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi.

Saya pernah membuat satu anoloji untuk memberi kefahaman kepada mereka yang keliru. UMNO yang asal itu ibarat Zeila (bintang filem) yang asal. Tetapi UMNO yang ada pada hari ini ibarat Mascot tahun Melawat Malaysia 1991 dahulu (Orang Utan) yang juga diberi nama Zeila oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongangan negara dahulu. Kedua-duanya bernama Zeila. Selebihnya saudara sambunglah sendiri.

Terima kasih.

(Aspan Alias)

Sunday, 12 June 2011

PAS berubah, UMNO gelabah

Kenapa isiu gabungan antara PAS dan UMNO jadi ribut2? Muhyidin kata, UMNO tetap akan berusaha mencapai permuafakatan dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Orang tidak mahu, kita masih terkinja kinja. Hidung tidak mancung, pipi di sorong sorong.
Bukan apa, kata Muhyidin- kerana kepentingan bangsa Melayu. Ketua penerangan UMNO Ahmad Maslan menyambung nafsu inginkan permuafakatan. Bahkan Maslan memberi huraian keatas perkara tersebut.
Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Maslan. Dia run down tokoh UMNO yang disebut nya sebagai veteran. Siapakah yang di maksudkan oleh Maslan? Dr Mahathir kah? Tengku Razaliegh kah? Atau Hussein Onn kah yang ketika itu PM dan presiden UMNO? Wahai ahlil nujum, cuba enta kasi cerita la.
Maslan tidak boleh sebut dia tidak tahu hujung dan pangkal. Kalau tidak tahu, kena baca lah wak. Tokoh yang paling tidak suka PAS ketika itu ialah Dr Mahathir. dan Dr Mahathir kata Maslan, di anggap sebagai sifu nya. Sifu ketika bila? Ketika Maslan berumur belasan tahun? Maslan masih merangkak?
Ini penyakit besar budaya politik UMNO. Kamu mahu memperjuangkan sesuatu matlamat, objektif atau sesuatu perkara ialah dengan menjatuhkan orang lain. Yang paling celaka, ialah menjatuhkan sesama sendiri. AJK hentam AJK lain. Ahli UMNO dari satu kumpulan memburukkan ADUN dan melakukan angkara durjana. Presiden hentam timbalan Presiden. Timbalan Presiden komplot sana sini. Ini budaya UMNO. Peningkatan kareer di lakukan diatas pemusnahan orang lain. Budaya politik inilah yang menjadi penghalang terbesar perpaduan antara PAS dan UMNO.
Mari kita selidik motif yang berbeza antara dua parti orang Melayu ini. Mengenai wadah perjuangan dan perbezaan falsafah perjuangan, tidak perlu kita huraikan.
Kita tanya soalan yang asas. Apa perlu PAS bersekutu dengan UMNO? Adakah dengan jalan itu, PAS mentahkihkan atau affirm keMelayuan nya? Saya rasa tidak. Orang Melayu yang berada dalam PAS tidak hilang Melayu nya sama seperti orang Melayu dalam UMNO tidak hilang kebangsaan nya. Jadi, jika sama sama Melayu, apa perlu menggunakan slogan bersatu Melayu itu sebagai tarikan untuk bersekutu? Jadi, alasan keBangsaan sebagai penyebab bersekutu tidak boleh di pakai. PAS tidak memerlukan UMNO untuk register keMelayuan mereka.
Adakah ianya bertujuan mengekalkan kuasa Melayu? Jika itu matlamat nya, ianya alasan tidak kukuh. Sebab, PAS yakin boleh menjadi pilihan alternative kepada UMNO.
Dan PAS sudah pun menunjukkan bahawa mereka bersedia mengambil tempat UMNO. Bagaimana? Dengan melakukan transformasi dalam saf kepimpinan nya. Transformasi yang di lakukan bersifat penstrukturan semula untuk berperang sebenar nya. Walaupan kumpulan yang di sebut sebagai kumpulan Erdogan telah menguasai pimpinan PAS pada satu peringkat, PAS mempunyai suatu badan untuk mengawasi keghairahan pimpinan barisan depan parti tersebut.
UMNO juga melakukan penstrukturan semula dalam pimpinan nya- tapi sekadar mengalih pemimpin lama dan yang tidak mendapat mandate rakyat sebagai penyandang jawatan. Ini transformasi main main.
Kali ini kabinet kerajaan UMNO di penuhi dengan senator dan mereka yang tewas dalam pilihanraya. Bagaimana kita mencerminkan harapan dan hasrat rakyat, jika mereka yang di tolak terus di jadikan pemimpin kerajaan?
Ketika UMNO kuat, tidak pernah timbul ura ura mahu bergabung dengan PAS. Rata rata nya, UMNO mahu orang Melayu percaya bahawa mereka hanya selamat jika bernaung di bawah UMNO. UMNO jurubicara rakyat. UMNO menjuarai orang Melayu dan kepentingan mereka. Demikian lah kepercayaan yang di asak kedalam benak bangsa Melayu. Apakah punca kepercayaan demikian? Sudah sememang nya begitu jawapan nya. Itu sebab nya UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
Lama kelamaan setelah 50 tahun lebih memerintah, laungan tersebut semakin kosong. Penjuaraan UMNO keatas orang Melayu serta kepentingan mereka, menjadi longgar. Penyebutan dan pengucapan kalimah 'Melayu' masih kedengaran- itu tidak di sangsipun. Tapi Melayu macama mana dan kepentingan Melayu mana yang UMNO juara kan? Jawapan yang tersangat di permudahkan- sudah sememang nya begitu tidak dapat lagi di pertahankan.
Jadi kalau kita cari punca punca nya, tidak ada hujjah yang rasional kenapa survival bangsa Melayu mesti bergantung kepada UMNO. Hanya sudah memang begitu. UMNO tidak lagi boleh bertahan atas jenama nya sahaja. Kualiti kepimpina, wawasan nya, prinsip perjuangan nya hari ini di pertontonkan kepada dunia untuk di adili.
kepercayaan yang bersandar diatas landasan yang tidak rasional akan runtuh apabila kesedaran rakyat meningkat. Bagaimana? Apabila masyarakat maju dalam pendidikan, dalam pergaulan, dalam penglaman dan dalam interaksi dengan warga dunia. Apatah lagi dalam zaman tidak berbatasan hari ini, pengetahuan dan maklumat yang meningkatkan kesadaran social termasuk kesedaran politik, melajukan lagi keruntuhan pegangan tidak rasional.
Ini kesilapan UMNO yang terbesar. Yakni membeku dengan fikiran bahawa rakyat begitu mudah di indoktrinasi dengan arahan arahan. Lalu rakyat di lihat hanya sebagai digits dan angka. Kesilapan yang lebih besar ialah keengganan UMNO melakukan adaptasi dan memperakui bahawa hari ini mereka berdepan dan berususan dengan masyarakat yang berfikiran rasional.
Jadi mengapa hari ini UMNO mahu bergabung dengan PAS dan mahu mengujudkan kerajaan perpaduan? Tidak dapat tidak, ianya menimbulkan syak bahawa UMNO sudah merasa cemas akan kehilangan kuasa. Hasrat mahu bergabung dengan PAS timbul bila UMNO merasa cemas.
Adakah kita sanggup begabung dengan PAS jika mereka letakkan syarat biarlah mereka yang mengetuai kerajaan? Jika kita sanggup, maka orang akan menterjemahkan tindakan kita itu sebagai benar benar mendahulukan kepentingan bangsa Melayu. Jika kita tidak sanggup, maka lebih baik berhenti bercakap mengenai bergabung dengan PAS. Orang tahu juga, lama kelamaan, kepentingan sebenar kita ialah menjamin kita kekal berkuasa. Lebih baik, kita tumpukan usaha kepada mentransformasikan parti kita.
Adalah kita berani menggantikan pimpinan UMNO yang sudah lapuk? Ganti sebahagian besar ketua bahagian? Menetapkan bahawa hanya mereka yang memenangi kerusi parlimen sahaja yang di lantik jadi anggota cabinet? Jika kita tidak sanggup, maka kita harus angkat tangan, tabik kesediaan PAS mentransformasi parti mereka.

ariff sabri

Saturday, 4 June 2011

Tahniah Mohamad Sabu!

Sekalung tahniah kepada sahabat saya Mohamad Sabu kerana diberi mandat sebagai Timbalan Presiden oleh parti PAS dalam pemilihan parti itu semalam. Pemilihan beliau merupakan satu lonjakan kepada karier politik beliau secara peribadi dan diharap mampu membantu pucuk pimpinan PAS  dan jemaah kepimpinan parti untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah badan siasah yang berjaya untuk menyatukan Melayu serta Islam keseluruhannya.

Lebih-lebih lagi PAS juga wajar menjadi sebuah parti yang ‘magnanimous’ agar diterima sebagai parti yang mampu untuk menjadi wadah perjuangan jika sistem yang di amalkan pada hari ini gagal untuk menyempurnakan segala apa yang sepatutnya diperjuangkan. Sebagai sebuah parti alternatif kepada parti pemerintah pada hari ini PAS wajar bersedia untuk memikul tanggungjawab kepada rakyat jika apa-apa berlaku kepada yang sedang memerintah pada hari ini.

Sebagai sebuah parti Islam saya berpendapat PAS benar-benar menjadikan Islam sebagai addin dan bukan semata-mata sebuah parti yang memberikan tumpuan kepada ibadah fardhu ain semata-mata tetapi sebaliknya mengimbangi gerakan dan pentadbiran yang selari dengan kehendak agama kita iaitu, Islam sebagai dijadikan sebagai addin (atau cara hidup) dalam erti kata yang sebenarnya.

Yang dimaksudkan cara hidup itu ialah untuk melibatkan kepimpinan dan rakyat untuk maju di dalam segala bidang seperti bidang industri dan perdagangan, sosial, politik serta kemasyarakatan dengan pentadbiran kerajaan yang ‘vibrant’ mengikut kehendak masa dan zamannya.

PAS merupakan parti yang memperjuangkan Islam dan Islam itu adalah ‘universal’ dam relevan disepanjang zaman. Islam bukan agama yang orthodox dan statik. Islam itu adalah ‘vibrant’, ‘forward looking’ dan ianya tidak akan luntur dimamah zaman.

Dengan kehadziran Mohamad Sabu saya secara peribadi berharap yang PAS akan menghilangkan imej orthodox seperti yang dimomokkan oleh pihak lawan sebagai parti yang tidak progressif. PAS jika benar-benar berjuang di atas landasan yang benar, ianya akan menjadi parti yang akan mendapat sokongan dari semua bangsa di negara ini.

Islam yang baik ialah Islam yang boleh menjadi pemimpin manusia sejagat atau setidak-tidaknya bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk yang secara relatifnya adalah kecil jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

PAS mempunyai asas untuk mencapai kebaikan ini. Jika ada sedikit sebayak kelemahan orang ramai berharap PAS akan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut dan menjadi parti yang memperjuangkan  keseimbangan di antara perjuangan fardhu ain dan kifayah.

Saya berharap Mohamad Sabu akan dapat membantu membawa keseimbangan ini.