Monday 4 July 2011

Bersih yang menakutkan

Artikel ini di tulis sebelum Yang Dipertuan Agung membuat titah untuk kedua belah pihak bertemu. Tapi kalau kita dengar spin TV3 dan Utusan, tentulah, nada titah tersebut condong ke arah menyalahkan Ambiga dan Bersih. 
Dan Ibrahim Ali tidak membuang masa untuk menyatakan bahawa Ambiga kurang ajar kerana menuntut di beri mengadap. Ibrahim Ali bercakap untuk orang Melayu dan sekarang untuk Agong. Jadi siapa yang kurang ajar?
Kalau kita dengar Ibrahim Ali, dia lah Melayu daripada Melayu lain, dialah yang setia dari yang setia lain. Macam mana kita hendak respond secara rasional kepada orang yang memikir diri nya besar dari segala nya?

Kita boleh membahas perkara ini di lain waktu.  Apa pandangan kita terhadap spin TV3 dan Utusan Malaysia? Saya merasakan spin seperti ini counter-productive. Sebab, ianya sudah meletakkan jalan perbincangan secara berat sebelah dan penuh dengan prejudis. Sebelum bertemu, Ambiga sudah di hukum.

Untuk masa ini, oleh kerana saya sudah siapkan artikel ini, saya poskan nya juga. Sebelum Yang diPertuan Agong membuat titah ucapan, saya memikirkan bahawa:-

Mungkin ada cara yang lebih mudah mengatasi masaalah Bersih. Apa jadi jika PM menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya mengistiharkan bahawa Agong bersedia menerima memorandum dari BERSIH?

Mustahil antara ribuan punai-sihat dan punah-sihat PM, tidak ada orang memikirkan cara yang paling mudah sebegini. Kecuali lah, rancangan Bersih itu mahu di jadikan pencetus beberapa counter moves yang menguntungkan sebelah pihak. Kita tahu lah, dalam warped minds punah-sihat dan punai-sihat ini, ada satu sahaja buah fikiran- hancurkan semua orang lain yang berbeza pendapat. 
Rencana durjana punahsihat dan punai sihat di iringi oleh suara latar setengah pihak mendesak kerakyatan Ambiga di tarik balik dan gelaran Dato di kembalikan. Inikah cara rasional untuk mengatasi masaalah. Asal ada orang berbeza pendapat, kita lucut kerakyatan dan kita tarik balik gelaran. Yang gangster dan hamprak ramai di sana yang mempunyai gelaran gelaran yang besar. Baik kita tarik balik gelaran mereka ini.

Dengan mengambing-hitamkan Bersih, rancangan Bersih di rasakan dapat mengembelingkan rasa cemas orang Melayu. Maka datang lah Ibrahim Ali dengan gendang perang dan jerit pekik nya.

Tapi kita tahulah, Ibrahim Ali bukan a smart person. Ibrahim Ali sengaja melupakan bahawa ancaman kepada orang Melayu itu hanya satu fiction dalam fikiran nya. Orang Melayu numerically strong. Mustahil majority di takutkan oleh minoroti. Lagi pun, Bersih tidak mempunyai agenda untuk mezalimi orang Melayu. Orang Melayu pun menyertai himpunan Bersih. Jadi, apa yang di melalakkan oleh Ibrahim Ali kita tidak tahu. Dan amaran nya kepada kaum Cina, membingungkan orang lain.

Kedua, rancangan Bersih di jadikan catalyst menyatukan golongan golongan martial seperti ahli pesilat untuk menjadi benteng kepada perarakan bersih. Masuklah Omar Din Mauju dalam gelangang yang di buka oleh Ibrahim Ali.

Ahli silat yang perwira harus memikirkan bahawa kehandalan yang ada pada diri itu bukan untuk di jadikan jalan untuk menakutkan dan membuli orang lain. Adakah ahli silat mahu mencederakan wanita misalnya? Kanak kanak? Negara kita ini sudah tidak ada pasukan keselamatan yang credible kah sehingga pertubuhan silat pula di benarkan untuk menjadi benteng ke3, line of defence. Kita menghadapi serangan dari luar kah? Ancaman durjana dari tentera asing?
Apa akan jadi jika Agong bersedia menerima penyampaian memorandum tersebut?

Selepas kesediaan tersebut, Ambiga tidak ada jusitifikasi untuk menghimpun kan orang untuk berarak. Dan Ibrahim Ali oleh sebab dia boleh melihat masa depan dengan jelas, adalah seorang yang berbahaya. Ialah, perhimpunan Bersih belum pun berjalan, dia sudah melakukan demontrasi nya sendiri terlebih dahulu. Zaman dulu, orang yang boleh meramalkan masa depan, di bakar hidup hidup pada tiang. Amacam? Kita bakar saja, kita bakar.
Bersih akan hilang justifikasi untuk berarak. Suatu kumpulan kecil akan mewakili Bersih dan menyerahkan memo kepada Agong. Sekeping memo tidak memerlukan jutaan orang untuk mengiringi penyampaian nya. Kecuali, tujuan untuk mengadakan himpunan bersih ialah menghantar isyarat politik kepada pimpinan Najib.

Jika itu maksudnya, maka mesej nya sudah sampai. Semua orang kecut telur keana Ambiga dan Bersih.
Ibrahim Ali hilang telur. Ahli dunia persilatan rupa rupa nya merelakan diri menjadi alatan kepada suatu pihak yang berkepentingan politik. Ini menjadikan mereka tidak lebih daripada anggota konsgi gelap yang mendokong kepentingan sectarian dalam negara ini.

Dalam Negara kita hari ini, tidak ada orang yang paling di geruni melainkan seorang wanita India Malaysia yang bernama Ambiga Sreenivasan. Kalau tidak silap Ambiga ialah anak saudara kepada hakim G Sri Ram.

Manakan tidak? Ambiga telah membuat Ibrahim Ali yang baru menjalani pembedahan jantung, mengapalai Perkasa dan mengadakan demontrasi. Hamba Allah tu baru nak sihat, dah kena jerit sana sini. Blood transfusion dari sumber mana entah telah menyegarkan Ibrahim sehingga dia beri warning kepada kaum Cina jangan campur. Saya setuju- kaum Cina jangan campur perniagaan dengan Ibrahim Ali. Kita mahu lihat Ibrahim boleh survive atau tidak.

Ambiga telah menakutkan Ketua Silat Linchah Malaysia- Omar Din Mauju yang mengistiharkan akan menghimpunkan 50,000 ahli silat Linchah untuk berdepan dengan perserta Bersih. Apa jadi jika bersih mengumpulkan juga 50,000 ahli juzuk lain? Bukan semua ahli persilatan berfikiran feudal.

Berbalik kita kepada Bersih? Objektif nya ialah menyerahkan suatu memorandum kepada Yang di Pertuan Agong supaya memerintah SPR belaku professional dan menjalankan pilihanraya secara telus dan adil. Ini permintaan yang munasabah yang sudah tentu tidak di sukai oleh pihak yang selalu menipu.

Jadi oleh kerana UMNO sangat menentang hasrat permohonan tersebut, secara tidak lansung UMNO mengaku ia banyak melakukan penipuan. Saya ahli UMNO sudah banyak kali menulis bahawa UMNO tidak boleh kekal lama jika ia mempertahankan kemungkaran. Ia mesti menyokong dan menentang segala bentuk kemungkaran. Ia mesti berada di pihak rakyat.
Itu yang di mahukan bukan? Menyerahkan suatu memo kepada Agong memohon supaya SPR berlaku professional dan apa apa lah. SPR tidak perlulah respond macam orang politik. Kamu adalah Independent Commission yang di lantik oleh Agong dan kamu hanya keluarkan kenyataan bahawa SPR akan menurut perintah Agong. SPR bukan badan politik. Jika Pengerusi nya mahu masuk politik, sila letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya yang akan datang.
Perkasa sudah tidak ada justifikasi untuk jerit sana sini. Ibrahim Ali akan hilang justifikasi untuk melakukan apa yang dia sudah lakukan. Tidak ada lagi amaran supaya orang Cina jangan masuk campur.
Jangan masuk campur itu ertinya apa? Bersih itu kumpulan terdiri dari orang Melayu dan sedikit India? Bermakna, Ibrahim Ali orang Melayu hendak melakukan kekasaran keatas orang Melayu lain?
Adakah kerajaan beranggapan bahawa hanya orang UMNO sahajakah orang Melayu. Baik kita tukar definisi Melayu- orang Melayu adalah yang bercakap Melayu, berbudaya Melayu, beragama Islam dan ahli UMNO.
Dalam Negara ini, Melayu itu Ibrahim Ali sahaja kah? Yang lain bukan?
Kita rasa heran, Ibrahim Ali yang bercakap bersifat hasutan tidak di kenakan tindakan undang undang. Himpunan nya di beri permit sedangkan himpunan bersih yang belum lagi materialize di haramkan? Bahkan pertubuhan tersebut telah di haramkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamudin Hussein. But then, we can't expect great thinking from Hishamudin kan?
Lagi banyak kerajaan dan UMNO mengugut sebuah NGO seperti bersih dengan ancaman fisikal, lagi besarlah terdedahkan kebengkarapan penghujjahan untuk membela diri. Bahkan, jika kita dengar ucapan Dato Najib di Kelantan kelmarin, kita akan rasa terkejut. Ucapan nya sudah di jangkiti kuman IA- Ibrahim Ali.
Macam mana seorang wanita, Ambiga menjadi ancaman kepada Islam dan Ambiga anti Islam? Memanglah benar, fakta nya, Ambiga bukan beragama Islam dan jika dia mempunyai tanggapan negative terhadap Islam dan orang Muslim secara peribadi, itu bisnes dia dan tidak pun menggugat keIslaman orang Melayu. Takkan kita tidak tahu, bergantang cemuhan orang bukan Islam terhadap Islam dan penganut nya. Adakah pengetahuan tersebut mengurangkan keIslaman kita dan kita ini terlalu lemah, sehingga seorang wanita sudah cukup menggugat kejantanan orang Islam?
Dan saya juga merasa heran kerajaan berdiam diri apabila Omar Din Mauju, ketua silat lincah Malaysia, mengsitiharkan akan menggembelingkan 50,000 lashkar Lincah untuk apa? Membunuh dan mencederakan mereka yang berarak yang terdiri dari orang Melayu?
Ternyata pengistiharan nya bahawa pergerakan silat lincah merupakan kuasa ketiga pertahanan negara tidak benar. Jika di diamkan, bererti kerajaan menggalakkan penubuhan badan badan ala ketenteraan yang boleh di uneleash untuk menzalimi civilian population. Ini bukan tujuan pesilat untuk membuli orang lain.
Apa yang di lakukan oleh Omar Din adalah sebahagian gambaran sejarah bangsa Melayu. Bahawa pada mana mana ketika, golongan feudal sentiasa mempunyai tentera upahan dan peribadi untuk mengkasari rakyat. Dalam sejarah bangsa Melayu, golongan feudal sentiasa mempunyai kuasa ketiga untuk mempertahankan kepentingan mereka? Apa jadi kepada mereka akhirnya?
Berdiri di pihak penindas dan mereka yang zalim akhirnya membawa kepada kejatuhan puak feudal dan bersama sama nya, pihak ketiga pertahanan fiudalisme.
Keujudan kuasa ketiga menyalahi undang undang negara. Kita mempunyai pasukan keselamatan terdiri dari polis dan tentera. Adakah kuasa ketiga di perlukan kerana polis dan tentera kita pondan dan tidak mampu mempertahankan Negara dari ancaman?
Adakah negara kita Negara koboi yang penh dengan penembak yang suka suka menembak sesiapa?

15 comments:

  1. Salam Dato & Pak Aspan, Komen yg bagus nampaknya dalam satu posting ni semua kena hentam dgn Dato..
    Harap2 puak2 tu baca posting Dato ni ye ....

    ReplyDelete
  2. Mengapa BN begitu ngeri dgn himpunan rakyat..terlalu byk ketidak adilan yg telah dilakukan oleh BN dan dalam masa yg sama BN terus meminta2 rakyat agar terus memberikan sokongan kpd mereka..
    BN semakin hilang kredebiliti di dalam menangani masalah rakyat..semakin menjahui rakyat..dan rakyat yg semakin dijauhi akan mencari siapa yg paling hampir dgn mereka untuk bercerita mengenai masalah yg semakin menghimpit kehidupan semenjak kebelakangan ini..saya juga ahli UMNO tapi syg bila parti ini tidak lagi unsur2 keperihatinan..

    DeengN9

    ReplyDelete
  3. Omar Din Mauju-kenapakah kita selalu dipergunakan oleh kaum mamak macam ni dari zaman dahulu sampai sekarang? Agaknya Tan Sri yg baru diterimanya menyebabkan dia bongkak. Anak dia pun pemimpin Pemuda UMNO. Inikah perangai seorang Tan Sri? Kalau macam ini, baik lagi perangai apek jual ikan di pasar Taman Tun Dr Ismail KL, atau Majid penjual satay di kebun Nyior, Pulau Pinang.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    omar din tidak mewakili semua persatuan silat. Dia sorang jer perasan nak jadi ketua semua persatuan silat. Jika ditakdirkan parti yg menerajui kerajaan bertukar tangan, persatuan silat yg cenderung memihak kepada sesebuah parti politik akan dapat tempiasnya. Sebab tu gabra tak tentu arah krn itu tempatnya bergantung.

    KK

    ReplyDelete
  5. Demonstrasi Bersih ke istana untuk menyampaikan sekeping memorandum x perlu. Ambiga dan beberapa org sebagai wakil cukuplah setelah permohonan di buat dan di perkenankan YDP Agung. Yg ramai sgt nk ber demo ni melayu PKR. Mereka tahu demo cara ni salah tp memang memilih jalan ni kerana ini adalah satu cara untuk mengalih/menangguh keputusan kes Anwar Ibrahim. Bangsa lain mengapi-api kan aje. Kalau demo di teruskan, akan ada pertembungan diantara pihak keselamatan, perkasa dan patriot dan bersih. Sume ni org melayu. Tlg amik pen dan kertas kira berapa ramai melayu, berapa ramai cina, berapa ramai india yg kena tangkap (dr pihak bersih). Sape yg bodoh? Melayu jugak. Ini bukan cerita BN takut atau apa-apa. Ini cerita melayu di perkuda kan sekali lg tanpa kita sedari. Aku sendiri pun dah jelak dgn pemimpin BN, tp baiklah mereka drpd bangsa lain yg x pernah ikhlas terhadap org melayu. Ambil contoh Penang. Melayu penang yg sokong pakatan bangga kerana dapat mengajar BN. Tp bangga tu hanya seketika bila tanah, tempat berniaga kena sodok oleh LGE. Gunalah saluran yg lebih rasional.
    Yg suka sgt berdemo-demo ni org melayu aje. Kalau kalah, kena sumbat penjara. Kalo menang, jgn ingat kehidupan melayu lebih selesa bila DAP yg pegang. Politik2 jugak, bangsa sendiri kena amik kira jugak. Di Sarawak, MCA & DAP boleh duduk semeja bincang masa depan bangsa mereka (Cina) kenapa kita PAS, BN tak boleh? PKR tolak tepi lah psl rata2 pengikutnya taksub dgn pemimpinnya. Depan mata kita beriya2 MCA dan DAP mengutuk sesama mereka. Belakang kita boleh yam seng sama2. Org melayu je yg tak sedar...betul-betul otak belacan.

    ReplyDelete
  6. Ha ha ha..

    Orang Melayu...Sorang Melayu Bingai..sorang lagi Melayu Bengong..Yang mana Hangpa nak join..ha ha ha.

    Yang Bengong, takut kuasa kena ambik, yang bingai sebok nak ambik kuasa...ha ha ha.

    Yang mampus dok tengah-tengah..ha ha ha..Oh Tanahairku...

    ReplyDelete
  7. tulis Anonymous (atas ni)
    "Ambil contoh Penang. Melayu penang yg sokong pakatan bangga kerana dapat mengajar BN. Tp bangga tu hanya seketika bila tanah, tempat berniaga kena sodok oleh LGE. Gunalah saluran yg lebih rasional"

    kah kah kah .. mentaliti umnoporno ... bodoh x habis habis kau ni ... ubahla cara berfikir kau tu ..otak sampah

    kasturi

    ReplyDelete
  8. tertanya-tanya gak ni bangsa apa ekk yg selama ni ada kuasa tapi bagi projek juta2 kt bangsa lain? bangsa apa ekk yg selama ni memerintah tapi bagi kaya kt bangsa lain sampai senarai 10 paling kaya di Malaysia pun hanya sekor aje bangsa Melayu itupun nasib baik dia kroni.. bangsa apa ekk?

    ReplyDelete
  9. Anonymous 05.39. Ni aku anonymous juga nak jawab. Daripada ambik bangsa Melayu aku sendiri yang rasuah, menipu &mencuri harta orang Melayu, yang kaya melampau-lampau hasil duit curi dan rasuah, yg sebelum jadi YB rumah biasa aje tapi bila dah jadi YB rumah bukan main macam mahligai, yg duit entah datang dari mana, yg kroni semua dibantu, lebih baik la aku sokong Cina atau kafir mana pun yang mengamalkan nilai Islam dari orang Melayu yang nama je Islam tapi berperangai kalah orang kafir jahat.

    ReplyDelete
  10. "Adakah kerajaan beranggapan bahawa hanya orang UMNO sahajakah orang Melayu?"

    Ya, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu liberal dan semua Melayu yang tak sokong UMNO bukanlah orang Melayu tulen.

    Saya menunggu Mufti Perak pulak untuk mengeluarkan fatwa bahawa Melayu sedemikian merupakan 'Melayu Murtad'...

    Inilah mentaliti UMNO. Mereka yang tidak sependapat lebih mudah disingkirkan.

    Tidak lama lagi akan lebih ramai Melayu Murtad dari Melayu UMNO di bumi yang suatu ketika dulu di panggil Tanah Melayu ...

    ReplyDelete
  11. "...Berdiri di pihak penindas dan mereka yang zalim akhirnya membawa kepada kejatuhan puak feudal dan bersama sama nya, pihak ketiga pertahanan fiudalisme..."

    Syabas!

    ...tiada masa depan dan kehormatan bagi yang angkuh dan yang buta hati !

    Tamaddun mana, kot? Tak semua orang Malaysia mudah lupa!

    ReplyDelete
  12. Hahahaha....anon 14.37, 15.31, 17.46 ....hangpa nk menang...amiklah!!

    Bos kesayangan korang dah cabut selamatkan diri kat oversea. Tinggal aci tua tu kena jawab. Dulu masa gomen offer stadium, tolak. nk jumpa YDP Agung. Bila dah jumpa, setuju pulak nk buat kat stadium. Yg bom2, parang tu apa? Nk buat hura-hara? Teruskan ajelah dah alang-alang. Konon suara rakyat! Org disebalik tabir sume pembangkang. Dorang sume dah cabut! Tinggal korang. Mintak2 korang menanglah. Sanggup sokong cina yg mengamalkan islam! Cina mana yg mengamalkan islam???? Yg aku tau sorang je...Redzuan Tee. Makan belacan byk2 ye...

    ReplyDelete
  13. Dulu offer stadium tolak pasal padang tak rata. Macamana nak main kalau padang tak rata? Baik main di dataran..rumput pun cantik. Seantero dunia, Melayu je Islam..atau mungkin Arab...yg lain tak kut. Cina? aaahhh..mana ada beragama Islam..semuanya kafir..aha..Redzuan Tee bukan masuk Islam..dia masuk Melayu...

    ReplyDelete
  14. Ada lagi mamat karat biru ni...Bukti senjata..ha ha nak gelak den...bukti tu jangan nak tembernag la Polis boleh sediakan bukti macam tu...ala macam tak tau pulak...ke kau ni baru hidup kat dunia...tu dah jadi KPI polis utk mengadakan bukti...lebih lebih lagi kalau melibatkan pembangkang...

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  15. Dear Sirs,

    It is really perplexing that a government who claims to be democratically elected by the majority is so scared of a handful and maybe hundreds of thousands of its people. It is so ridiculous that a governing political party who boasts membership in the millions cowering and shuddering at the thought of thousands joining a street rally which is btw a fundamental and lawful right (under the constitution)of a democratic nation!

    Could it be that the government realized that their mandate is in fact obtained through unlawful and unmoral ways (cheating and gerrymandering in the election)? Could it be that the ruling political party understand that many of its member are no longer with them? Could it be that the votes that they have during the last GE is just merely statistical figures conjured and manipulated by the SPR and cannot be backed by hard and physical being of citizens who would "without hesitation" (the rally to call a million youth to defend Putrajaya comes to mind) come out to defend them? Could it be that the mandate that they have is merely a facade and any hint or action that could manifest itself with numerical figures will destroy that facade and expose the decades of cheating and manipulation?

    Only a "YES" answer on ALL of the above question could drive a Government into a frightened and defensive posture and looking at the BN government at this moment, there's no mistaking it! Any sane and moral upright citizen of Malaysia could see the "body language" and realize its true meaning and the implication that it carries. And that is why, even with constant repression, threat and intimidation, the government is still unable to stop BERSIH.

    It would seem like all Malaysian is reading the Yaa'sin for the present government. It's no longer a question of if but when!

    Nick.

    GOD bless and Salam.

    ReplyDelete