Thursday 14 July 2011

Cerita sebentuk cincin berlian

Saya hairan mengapa kita mahu bising bising mengenai harga dan pemilik cincin di atas ini. Kita dengar cerita orang bahawa harga nya dalam Ringgit Malaysia ialah 73,000,000 atau 73 juta. Pemilik nya ialah isteri kepada PM kita. Beliau presiden BAKTI iaiatu persatuan isteri isteri pak menteri kita. Cerita ini kita hanya dengar dari mulut orang. Maka nya, belum tentu sahih atau tidak.Harga nya entah dalam Ringgit Malaysia atau Dolar Amerika. Tak masuk akan harga sampai RM 73 juta. RM 24 juta boleh lah kita percaya.
Kalau lah benar DS Rosmah pemilik cincin seperti dalam gambar diatas marilah kita 1 Malaysia berbangga bahawa isteri PM kita memiliki cincin yang termahal dalam dunia. Tentulah Malaysia akan jadi tersohor. Bila semua orang sudah tahu, maka berduyun duyun lah orang nak datang melawat Malaysia. Jadi belanja RM 1.5 juta buat facebook akan boleh di pertahankan. Ng Yen Yen boleh lah lecture kita semua penting nya ada facebook.
Bukankah negara kita mempunyai obsesi mempunyai perkara perkara yang ter ter semua? Suatu ketika kita mempunyai bangunan yang ter-tingi di dunia. Apabila PNB membina bangunan RM5 billion nanti, kita akan sekali lagi mempunyai bangunan yang ter-tinggi. Bila kita membina pembangunan dan memajukan sungai kita dengan memberi kan projek RM 15 billion tersebut kepada Ekovest, kita akan mempunyai pemajuan sungai yang ter-mahal di dunia. Bila kita membina MRT yang mula mula RM 43 billion, naik kepada RM 50b lebih dan sekarang kita belum tahu lagi harga nya, saya gerenti kita akan mempunyai MRT yang ter-mahal di dunia. Dan bila Ng Yen Yen buat 2 facebook dengan nilai RM 1.5 juta, mungkin itu pun facebook yang ter-mahal di dunia.
Mana boleh Malaysia kalah dalam hal hal seperti ini. Kita mesti memiliki semua yang ter ter dalam dunia ini.
Tidak mengapa kita tak tahu harga akhir MRT tersebut , kita kira belakang hal tersebut. Hal hal belakang ni, Malaysia terkenal di dunia. Kita ada kes bekas timbalan FM yang di tuduh suka main belakang. Malaysia ada rekod mempunyai kes main belakang yang ter-panjang masa di dunia.
Bila bila pun, semua hal boleh settle belakang punya. Kita belum lagi graduate dari cara pengurusan Samy Vellu.
Kita akan membina jambatan disini, tuan tuan. Tapi Dato Sri, kita belum ada sungai. Tidak mengapa, kita akan bina sungai dan kemudian kita bina itu jambatan.
Saya berasa amat sedi…..anak anak muda kita hisap dada. Saya akan mengarahkan semua wanita wanita MIC derma dara.

Kalau lah benar bagai di kata, kita mesti bangga dengan DS Rosmah, anak arwah Cikgu Timah yang mempunyai taste yang excellent. Oghang oghang Nogori Sembilan, ekau semuo nyo , mesti berbanggo mempunyai anak omak yang bercahayo berkilai kilauan.
Dan bila DS Rsomah melawat Pekan, orang Pekan akan boleh berbangga, isteri kepada permata Pekan, buah hati ulam jantung Pekan, kutub utara Pekan, memiliki cincin yang termahal.
Semua rakyat Pekan akan terbayang terbayang, jika benar isteri PM kita, anak Tun Razak mampu memiliki cincin semahal itu, masa depan orang Pekan akan cerah. Sebab mereka akan tahu, mudahlah mereka memohon membina ribuan rumah PPRT dari Kampng Marhum sampai ke Kampng Belimbing, dari kampong Ubai samapai lah ke Kampung Merchong. Mudah lah mereka dapat sekolah sekolah rendah yang berharga RM 10 juta, MRSM yang berharga 60 juta.
Tapi kalau benar pula DS Rosmah pakai cincin tersebut, orang Pekan mesti beri ingatan kepada isteri PM, jaga baik baik takut terlucut cincin tersebut bila makan ikan Patin buah dari kampong Paloh Hinai itu. maklum saja, lemak ikan patin yang ori, sangat mujarab kelicinan nya takut tergelongsor pulak. Dan harus pula berjaga jaga apabila bersalaman dengan warga Pekan takut takut apabila bersalaman kokot itu, terkokot pulak cincin nya.
Dan kalau lah ada pihak yang menempelak orang Pekan dengan berkata- pedaoh awak, mana ada cincin berlian bernilai macam itu. awak me, nak buat fitnah ye. Dan orang Pekan mesti jawab- dak eh, kawan me ada bukti. Kalau tak caya, awak tengok manifest2 ni.






Cuba awok semua tengok manifes2 tu betul. Awak jangan nak buat cerita bukan bukan apa sebab tak bayar duti kastam. Bukankah dalam bajet tahun lalu , PM kita kata duti keatas beberapa barangan luxury di mansuhkan. Jangan awak sibuk nak tanya dan buat bising mengapa duti kastam tidak di bayar.
Dan awak me jangan nak buat fitnah dengan mengatakan barangan tersebut di hantar melalui DHL atau FEDEX. Ianya di hantar melalui syarikat penghantaran industri berlian iaitu MALCA AMIT. Kalau aok tak caya jugok, moh kita tanya pegawai MALCA AMIT Jeremy Beh Sin Tee, betul tak apa kawan cakap. Kalau aok tak caye lagi, moh kita tangkap A Krishan. Kita ISA dua orang ini, kita nak cerita sahih.

Dan awak me jangan nak menipu. Sebut betul betul apa jenis cincin nya ok? Ini bukan cincin kaca. Ini cincin natural fancy blue gray cushion cut diamond ring. Hanya kawan tak pasti harga 24,458,400 atau 24 juta, 458 ribu tu dalam Dolar Amerika atau Ringgit Malaysia.

ariff sabri aka sakmongkol ak47

13 comments:

  1. Tuan Aspan,
    Saya cukup setuju dengan pandangan tuan dan amat berbangga FLOM berjaya mencipta rekod dunia. J-Lo (yg berpayu dara, bukan kroni Najib), Carla Bruni, malah Queen Elizabeth kalah dengan FLOM.

    Untuk memperkenagni pencapaian tersebut yg cukup bersejarah, kami mengisytiharkan tanggal 15 April sebagai Hari FLOM Se-dunia.

    ReplyDelete
  2. There is no way to bury this. Not even APCO. Every item above $2,500 from the USA has to be declared to USA Customs - https://www.ups.com/content/us/en/shipping/international/documents/intl_forms/declaration.html.

    The State Dept prob got a copy in Datin Seri's file now :)

    ReplyDelete
  3. bangga sungguh saya sebagai orang negeri sembilan..dahsyat dahsyat

    ReplyDelete
  4. Aslm kpd bapa berdua,

    Malaysia has always been like this and truth be told it was the brainchild of the longest serving PM Malaysia ever had, TDM. Since his time we had the most expensive admin capital in the world (but lack the necessary parking lots and public transportation), we had the highest twin tower ever (surprisingly the public is not allowed to go to the top, WTH?) and we even have the most expensive outdated and low quality domestically produced car ever(after 2 decade, they still couldn't fix the malfunctioning power window, huh?).

    And now under Najib, we have the most expensive ever (unable to submerge) submarine, the most expensive fighter jet (without engine), the biggest state owned plantation company with equally biggest debt in the world, the most mind boggling and "cerdik" investment corp who made RM600 million but had to pay out billions of RM on interest. And best of all, some of the most profitable company in the world who made billions (toll concessionaires and IPP, with the state investment corp as part owner) but still insist on subsidies and compensation.

    So in other word, a diamond worth USD 23 million is chicken feed compared to USD billions Malaysia has spent (actually the UMNO leader has spent) on things that's not really benefiting the rakyat. Heck, they spend USD8 to feed the BERSIH detainee and they said it was an expensive ever buffet!!! For them a USD8 is too expensive to be spent on rakyat but USD billions they spent on themselves is still too small an amount!

    Nick.

    ReplyDelete
  5. Dato'2,
    Sekarang baru den paham mengapa ianya ada kemungkinan benar cincin ini diimport melalui KLIA. Cincin sebegini mahal pasti perlu ada custom declaration berbanding dengan cincin yang berharga seribu dua sebab bila nak jual nanti ianya adalah cincin yang dibeli above board and not a smuggled item sekiranya ia dibawa masuk dengan dijari manis pembeli.
    Dengan lain perkataan cincin ini 'bersih'.
    Pak Tua

    ReplyDelete
  6. Datuk Ariff n Tuan Aspan,
    Sekadar membantu, ini bukan manifest tetapi Borang Kastam No. 1 (Import Declaration) dalam Sistem Maklumat Kastam. 100% sahih. Boleh di akses oleh semua kakitangan Kastam yang ada talian intranet SMK di seluruh Malaysia dan ada password. Nilai yang diisytihar hendaklah dalam RM.
    TQ

    ReplyDelete
  7. In the end Malaysia akan dapat rekod ter buruk dgn bau ter busuk.

    ReplyDelete
  8. Bukan FLOM tapi FLOPP, first lady of pasar Pekan!

    Cincin, beg, bangles yang mahal-mahal tu baik. Tahan cuci dan senang cuci. Tanah, kilang - macam mana masuk mesin cuci!

    Ada cukai ke? Ke atas batu yang mahai tu? Kalau tak nanti semua orang jadi Tarzan terjun tingkap!

    Tapi mungkin juga semua tu pakai 'buah tangan' nak ke Buckingham Palace? Istana Negara tak payah bawa buah tangan! Berkuda saja cukup.

    ReplyDelete
  9. AMENO ChaCha Marba16 July 2011 at 22:05

    Setuju dgn Cina Balu.Cuma nak tambah sikit....

    Najib ikut cakap FLOPP,buat trip ke Turkeministan
    konon,tapi SEBENORnya,nak jumpa bakal besan,di Kazakshtan,lepas tu pegi SHOPPING SHOPPING diLONDON,sambil jumpa2 David Cameron(nak belajor macamana kalau UMNO/BN nk form minority Govt pasca PRU 13).Julai adalah Bulan SALE di London,mah...!!! Apabila jumpa Queen Elizabeth, Najib dan Rosmah terkejut berok kerana Queen pakai baju KUNING,betul betul Bersih punya message!! Nak kato apo??? Sengeh ajo loh..hehee!

    ReplyDelete
  10. Dia (FLOM@ BigMamma)..Suka menabung dari kecil, bayangkan klau ade yg menganggarkan dia ni nilai serba berdiri. Termasuk perhiasan diri, dan segala mak neneknya.. Bernilai RM70juta lebih..
    Brapa BigMamma ni menabung setahun?? Hahaha, klakar alasan menabung ni..hehehe :O

    ReplyDelete
  11. ..ooooppps!!!baju kuning ??? Anuwar Al Jub dah sedar dan amat marah kepda Ambiga dan Mat Sabu kerana guna warna KUNING untuk Bersih..?? mereka nak perli dan memalukan Anuwar kerana...KUNING = KUNYIT.. kan Anuwar tu tokey kilang kunyit...

    ..Si Rosmah ni pun satu hal juga sekiranya benar ttang cincing berlian tu..dia dah jadi macam 'harapkan sokong, sokong membawa rebah pula'..lebih baik dia beli Cincing Kanda yg dijual oleh Dr Ismail Thamby..boleh dapat 'nikmat' yg tak terkata, bukan dapat bala kpd kekanda Najid yg datang bertimpa-timpa...

    Pak Pandir

    ReplyDelete
  12. DAN KITA UMUMKAN....RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH MENGUNDI BN@UMNO ADALAH SPESIS YANG TERBODOH DI DUNIA.

    ReplyDelete
  13. untuk makloman tuan - tuan


    tarif code
    -------------

    sebagai peniaga saya rasa tuan pasti tahu pengimpotan

    apa jua barang hedaklah dideklarasikan

    dengan tc yang betul



    Rujuk screen yang diterbitkan di blog chegu bard
    --------------------------------------------------


    blog beliau keluarkan 4 frame print screen

    lihat betul di dalam frame ke 3

    ruang 34 tc

    tc= tarif code

    baca nomor yang tertera ...

    7013.000....

    nomor ini adalah tc yang bolih dirujuk dengan buku tariff yang bolih dikedai


    mengikut tc 7013... jewellery, precious stone dsbnya ....tax rate: no import tax


    so, isu datin seri dapat spesial treatment tak timbul



    Yang perlu di soal

    ---------------------------


    Idris jala nak kenakan tax gst pada semua belian


    ada pulak mangkok ayun dari konsultan price kentut nak cadangkan

    gomen kenakan tax rate 4 peratus bila rakyat buat belian

    atau maakan/minum di restoran


    yang peliknya, why no tax on precious stones without price limit

    or gold




    Soalan lagi

    ------------

    Macam mana si pm dolah mat mata layu bolih amik ni jala serawak

    untuk jadi md untuk penerbangan mas?


    Tengok saham mas menjunam ke arah rm 1

    dan saham airasia menonggak langit capai rm 4 .


    Thanks kepada si kj menantu mantan pm- si dolah mat mata layu


    khong khek khuat

    ReplyDelete