Monday 13 June 2011

Di antara Zeila (Jalil) dengan Zeila (Mascot TMM 1991)

Beberapa pemimpin UMNO telah mendesak PAS supaya menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam parti itu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, sebaliknya memperjuangkan negara berkebajikan. Di antara yang mendesak itu ialah Ali Rustam dan Puad Zakarshi serta beberapa yang lain yang menyokong saranan itu. Tidak payah sesiapa yang menjawab atau menolak saranan itu kerana itu semuanya isu yang diterbitkan seperti ‘mencari kutu di kepala’.

Pemimpin-pemimpin UMNO mendesak perkataan Islam itu dibuang kerana ia sangat mengelirukan bukan sahaja rakyat ramai tetapi juga ahli-ahli PAS itu sendiri. Sebenarnya hanya mereka yang tidak memahami asas perjuangan Islam sahaja yang menganggap negara berkebajikan itu sebagai bersalah-salahan dengan Islam. Cukup kita layan desakan yang tidak berasas itu setakat ini.

Sekarang kita tengok apa yang pihak kita perlu buang dan tambah pula. Kalau kita guna ‘equation’ yang sama kita perlu gugurkan nama UMNO itu dari parti kita. apa kita sudah lupa yang parti yang kita anggotai ini bukannya UMNO? UMNO yang sebenarnya ialah parti yang di asaskan oleh Onn Jaafar dan bukannya oleh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim seta Mohamad Najib.

UMNO yang sekarang ini terdaftar sebagai UMNO (baru) dan kenapa pula tidak digunakan atau meletakan perkataan (baru) kepada nama parti kita ini? Sedar kah kita yang UMNO ini diasaskan oleh Dr Mahathir dan tidak ada kena mengena dengan usaha mencapai kemerdekaan? Kalau UMNO yang sebenarnya wujud kenapa Ling Liong Sik pernah menjadi pengerusi BN buat beberapa ketika sebelum UMNO yang sekarang ini ditubuhkan? Tidak ingat kah kita. Kenapa Ali Rustam dan novis politik, Puad Zarkashi lupa tentang hakikat ini?

Kalau UMNO sekarang ini tidak mengelirukan kita semua, bagaimana Tunku Abdul Rahman, Husein Onn, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan ramai lagi nama-nama pejuang UMNO tidak ada dalam senarai keahliannya? Yang lebih mengelirukan, kenapa baru-baru ini kita merayakan ulang tahun UMNO yang keenam puluh sedangkan umurnya baru 23 tahun?

Bagaimana hendak kita katakan yang UMNO ini telah berjaya membawa kemerdekaan negara sedangkan umurnya lebih muda dari anak bongsu saya? Semuanya ini mengelirukan. Kenapa letakan gambar-gambar Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Husein Onn di dinding bangunan UMNO (PWTC) sedangkan mereka ini tidak pernah menganggotai parti ini? Untuk mengingati semua pihak Dr Mahathir adalah ahli UMNO yang pertama dan Kak Asmah sebagai ahli yang kedua. Dr Mahathir adalah Presiden UMNO yang baru ini yang pertama, buknnya Onn Jaafar.

Jadi sebelum kita menggunakan isu yang lemah ini terhadap parti lawan kita selesaikan kekeliruan di antara ahli UMNO sendiri. Kita mesti mengakui yang UMNO sekarang di asaskan di atas perpecahan orang Melayu, tetapi UMNO yang dibenci Dr Mahathir dulu diasaskan oleh perpaduan kumpulan-kumpulan dan persatuan orang-orang Melayu.

Jangan pula pihak-pihak yang membangkang pandangan ini berkata yang mereka sudah jemu dengan isu ini. Sebenarnya saya pun merasa jemu kerana dikelirukan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya memperjuangkan ‘tempolok’ dan kepentingan kuasa secara peribadi mereka.

Hasilnya ahli-ahli berpecah. Apabila ahli berpecah kita pula yang dianggapkan bersalah. Sesungguhnya UMNO sekarang ini sarat dengan pemimpin-pemimpin yang keliru dan rabun dalam perjuangan mereka. Tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi.

Saya pernah membuat satu anoloji untuk memberi kefahaman kepada mereka yang keliru. UMNO yang asal itu ibarat Zeila (bintang filem) yang asal. Tetapi UMNO yang ada pada hari ini ibarat Mascot tahun Melawat Malaysia 1991 dahulu (Orang Utan) yang juga diberi nama Zeila oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongangan negara dahulu. Kedua-duanya bernama Zeila. Selebihnya saudara sambunglah sendiri.

Terima kasih.

(Aspan Alias)

5 comments:

  1. Tuan,

    1. Perbezaan antara UMNO dan UMNO Baru yang paling nyata ialah mengenai keahlian.

    Keahlian UMNO hanya terbuka kepada orang melayu yang berugama islam sebagaimana takrif melayu dalam perlembagaan. oleh sebab itu Allahyarham Tan Sri OK Ubaidullah, seorang indian muslim, menanggotai MIC bukan UMNO pada masa itu.

    Keahlian UMNO Baru pula, sejak memasuki sabah, terbuka kepada semua bumiputra sebagaimana takrif perlembagaan. maknanya orang siam, kadazan, iban, keturunan portugis melaka semuanya boleh menjadi ahli UMNO Baru sekarang!

    Oleh sebab itu, jika kita buka daftar ahli-ahli UMNO Baru di sabah, terdapat kaum bumiputra bukan melayu bukan islam menjadi ahli UMNO Baru.
    Dato John Ambrose adalah salah seorang ketua Bahagian UMNO Baru di sabah.

    2. Dengan keahlian terbuka kepada semua bumiputra, kita pun naik keliru tentang perjuangan sebenar UMNO Baru. Jika ia berjuang untuk orang melayu, bagaimana pula dengan kepentingan ahli-ahlinya yang terdiri dari bumiputra bukan melayu dan bukan islam kat sabah tu?

    bat8

    ReplyDelete
  2. jom ramai2 kita nyanyikan http://www.youtube.com/watch?v=pGczVkFrjdw utk mereka yg keliru ehehehe

    ReplyDelete
  3. Aslm,

    As always I'm very much impressed with your accurate simile (of the new UMNO being the famous "Zeila of TMY 1991"). A very clear and descriptive example of the vast difference that exist between the new and the old (and I might add the only "Original recipe") UMNO. But mainly the vast difference resides in the area of intellectuality or to put it frankly "the lack of intellectuality of those currently occupying the top position of UMNO baru hence the similarity of it to the Ziela of TMM 1991".

    It is embarrassing to hear a call for PAS to strike off the word "islam" from its name (just because they have elected more professionally educated leaders) coming from the mouth of minister and "vice" ministers. Come on! Is that all? Is that the level of brain development they are able to achieve after being alive for 50++ years? Looks like they stop developing their brain during pre school. I'm curious that these ministers and their "vices" didn't began clamoring for UMNO to dispose of the word "Melayu" when it was revealed that 98% of the RM52 billion share that was allocated to the "melayu" was no longer there! Nobody shouted that UMNO has neglected its duty and should remove the word "melayu" from its name (actually UMNO has no "melayu" to begin with!).

    A great write up about something that UMNO diehard (the old UMNO) should ponder deeply. "Do something that can deepen the water people!". That phrase (deepening the water) just tickles me!

    Wslm.

    Nick.

    ReplyDelete
  4. Pak Aspan dan Dato' Sak

    Nampaknya bukan main kecewa lagi tuan-tuan dengan sepak terajang politik sekarang. Itulah jenis pemimpin yang ada, tidak dipilih tetapi dilantik. Tidak berhujah tetapi hanya pandai mengulas. Begitulah kalau hidup dah senang lenang. Cakap kosong pun masuk surat khabar. Apa perlu berfikir kalau tidak berfikir pun sudah disanjung. Inilah budaya politik gedempol ("poltical obese"). Apa nak buat...coba-an.

    ReplyDelete
  5. seingat saya maskot 1991 tu bukan Ziela,.. tetapi Zila

    ReplyDelete