Sunday 12 June 2011

PAS berubah, UMNO gelabah

Kenapa isiu gabungan antara PAS dan UMNO jadi ribut2? Muhyidin kata, UMNO tetap akan berusaha mencapai permuafakatan dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Orang tidak mahu, kita masih terkinja kinja. Hidung tidak mancung, pipi di sorong sorong.
Bukan apa, kata Muhyidin- kerana kepentingan bangsa Melayu. Ketua penerangan UMNO Ahmad Maslan menyambung nafsu inginkan permuafakatan. Bahkan Maslan memberi huraian keatas perkara tersebut.
Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Maslan. Dia run down tokoh UMNO yang disebut nya sebagai veteran. Siapakah yang di maksudkan oleh Maslan? Dr Mahathir kah? Tengku Razaliegh kah? Atau Hussein Onn kah yang ketika itu PM dan presiden UMNO? Wahai ahlil nujum, cuba enta kasi cerita la.
Maslan tidak boleh sebut dia tidak tahu hujung dan pangkal. Kalau tidak tahu, kena baca lah wak. Tokoh yang paling tidak suka PAS ketika itu ialah Dr Mahathir. dan Dr Mahathir kata Maslan, di anggap sebagai sifu nya. Sifu ketika bila? Ketika Maslan berumur belasan tahun? Maslan masih merangkak?
Ini penyakit besar budaya politik UMNO. Kamu mahu memperjuangkan sesuatu matlamat, objektif atau sesuatu perkara ialah dengan menjatuhkan orang lain. Yang paling celaka, ialah menjatuhkan sesama sendiri. AJK hentam AJK lain. Ahli UMNO dari satu kumpulan memburukkan ADUN dan melakukan angkara durjana. Presiden hentam timbalan Presiden. Timbalan Presiden komplot sana sini. Ini budaya UMNO. Peningkatan kareer di lakukan diatas pemusnahan orang lain. Budaya politik inilah yang menjadi penghalang terbesar perpaduan antara PAS dan UMNO.
Mari kita selidik motif yang berbeza antara dua parti orang Melayu ini. Mengenai wadah perjuangan dan perbezaan falsafah perjuangan, tidak perlu kita huraikan.
Kita tanya soalan yang asas. Apa perlu PAS bersekutu dengan UMNO? Adakah dengan jalan itu, PAS mentahkihkan atau affirm keMelayuan nya? Saya rasa tidak. Orang Melayu yang berada dalam PAS tidak hilang Melayu nya sama seperti orang Melayu dalam UMNO tidak hilang kebangsaan nya. Jadi, jika sama sama Melayu, apa perlu menggunakan slogan bersatu Melayu itu sebagai tarikan untuk bersekutu? Jadi, alasan keBangsaan sebagai penyebab bersekutu tidak boleh di pakai. PAS tidak memerlukan UMNO untuk register keMelayuan mereka.
Adakah ianya bertujuan mengekalkan kuasa Melayu? Jika itu matlamat nya, ianya alasan tidak kukuh. Sebab, PAS yakin boleh menjadi pilihan alternative kepada UMNO.
Dan PAS sudah pun menunjukkan bahawa mereka bersedia mengambil tempat UMNO. Bagaimana? Dengan melakukan transformasi dalam saf kepimpinan nya. Transformasi yang di lakukan bersifat penstrukturan semula untuk berperang sebenar nya. Walaupan kumpulan yang di sebut sebagai kumpulan Erdogan telah menguasai pimpinan PAS pada satu peringkat, PAS mempunyai suatu badan untuk mengawasi keghairahan pimpinan barisan depan parti tersebut.
UMNO juga melakukan penstrukturan semula dalam pimpinan nya- tapi sekadar mengalih pemimpin lama dan yang tidak mendapat mandate rakyat sebagai penyandang jawatan. Ini transformasi main main.
Kali ini kabinet kerajaan UMNO di penuhi dengan senator dan mereka yang tewas dalam pilihanraya. Bagaimana kita mencerminkan harapan dan hasrat rakyat, jika mereka yang di tolak terus di jadikan pemimpin kerajaan?
Ketika UMNO kuat, tidak pernah timbul ura ura mahu bergabung dengan PAS. Rata rata nya, UMNO mahu orang Melayu percaya bahawa mereka hanya selamat jika bernaung di bawah UMNO. UMNO jurubicara rakyat. UMNO menjuarai orang Melayu dan kepentingan mereka. Demikian lah kepercayaan yang di asak kedalam benak bangsa Melayu. Apakah punca kepercayaan demikian? Sudah sememang nya begitu jawapan nya. Itu sebab nya UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
Lama kelamaan setelah 50 tahun lebih memerintah, laungan tersebut semakin kosong. Penjuaraan UMNO keatas orang Melayu serta kepentingan mereka, menjadi longgar. Penyebutan dan pengucapan kalimah 'Melayu' masih kedengaran- itu tidak di sangsipun. Tapi Melayu macama mana dan kepentingan Melayu mana yang UMNO juara kan? Jawapan yang tersangat di permudahkan- sudah sememang nya begitu tidak dapat lagi di pertahankan.
Jadi kalau kita cari punca punca nya, tidak ada hujjah yang rasional kenapa survival bangsa Melayu mesti bergantung kepada UMNO. Hanya sudah memang begitu. UMNO tidak lagi boleh bertahan atas jenama nya sahaja. Kualiti kepimpina, wawasan nya, prinsip perjuangan nya hari ini di pertontonkan kepada dunia untuk di adili.
kepercayaan yang bersandar diatas landasan yang tidak rasional akan runtuh apabila kesedaran rakyat meningkat. Bagaimana? Apabila masyarakat maju dalam pendidikan, dalam pergaulan, dalam penglaman dan dalam interaksi dengan warga dunia. Apatah lagi dalam zaman tidak berbatasan hari ini, pengetahuan dan maklumat yang meningkatkan kesadaran social termasuk kesedaran politik, melajukan lagi keruntuhan pegangan tidak rasional.
Ini kesilapan UMNO yang terbesar. Yakni membeku dengan fikiran bahawa rakyat begitu mudah di indoktrinasi dengan arahan arahan. Lalu rakyat di lihat hanya sebagai digits dan angka. Kesilapan yang lebih besar ialah keengganan UMNO melakukan adaptasi dan memperakui bahawa hari ini mereka berdepan dan berususan dengan masyarakat yang berfikiran rasional.
Jadi mengapa hari ini UMNO mahu bergabung dengan PAS dan mahu mengujudkan kerajaan perpaduan? Tidak dapat tidak, ianya menimbulkan syak bahawa UMNO sudah merasa cemas akan kehilangan kuasa. Hasrat mahu bergabung dengan PAS timbul bila UMNO merasa cemas.
Adakah kita sanggup begabung dengan PAS jika mereka letakkan syarat biarlah mereka yang mengetuai kerajaan? Jika kita sanggup, maka orang akan menterjemahkan tindakan kita itu sebagai benar benar mendahulukan kepentingan bangsa Melayu. Jika kita tidak sanggup, maka lebih baik berhenti bercakap mengenai bergabung dengan PAS. Orang tahu juga, lama kelamaan, kepentingan sebenar kita ialah menjamin kita kekal berkuasa. Lebih baik, kita tumpukan usaha kepada mentransformasikan parti kita.
Adalah kita berani menggantikan pimpinan UMNO yang sudah lapuk? Ganti sebahagian besar ketua bahagian? Menetapkan bahawa hanya mereka yang memenangi kerusi parlimen sahaja yang di lantik jadi anggota cabinet? Jika kita tidak sanggup, maka kita harus angkat tangan, tabik kesediaan PAS mentransformasi parti mereka.

ariff sabri

7 comments:

  1. Salam,

    Jika benar pemimpin UMNO memperjuangkan rakyat, tiada orang melayu merempat di negara sendiri.

    Pemimpin UMNO hanya mahu kuasa, kerana dengan kuasa mereka dapat membolot kekayaan negara.

    Perkara ini lah yang mesti dibetulkan.

    Lihat lah di tempat lahir PM pun ramai yang merempat, sedang pemimpin membazir sana sini. Mentang2 bukan duit sendiri.

    Demi kemajuan M'sia, cara berpolitik rakyat harus berubah. Kita pilih yang terbaik bukan jadi pembodek terbaik.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum yb,
    kalaulah semua orang melayu umno mendapat petunjuk celik hati macam tuan yb, insyaAllah majulah Malaysia. semoga Allah memberi hidayah kepada umat bangsaku ameen.

    ReplyDelete
  3. Kalau nak komen biarlah ada fakta jelas. Apa maksud merempat tu? Berapa keluarga? Dah diwujudkan di setiap PBT bantuan kemmiskinan bandar. dah ada JKM. Ada pejabat agama. Ada NGO yg membantu. Ada peruntukan wakil rakyat. Mcm2. apa parti lain buat utk mengubah yg merempat tu? Betul ke merempat atau kebanyakan kes diri sendiri taknk berubah. Anda dah bawa org merempat tu ke pengetahuan yb? pej agama? jkm?

    Jgn pandai komplen apa yg nampak je. Lepas tu salahkan kerajaan.

    LETIH

    ReplyDelete
  4. Orang Miskin Mersing13 June 2011 at 16:49

    Salam Pak Ariff & Pak Aspan

    Price watch 7:30am 13.6.11: Harga ikan remong kat pasar Mersing hari ini meningkat dari RM10-12/kg kepada RM15.00/kg. Ikan kembong fresh NA.

    Political watch : Daerah kecil Mersing ada 2 kem UMNO -
    1]Kem penyokong YB Datuk Dr. Abd Latif Ahmad (Ketua UMNO Bahagian/MP Mersing/Timb. Menteri Pertahanan)
    2]kem penyokong YB Dato' Zainal Abidin Othman (ADUN Endau/State EXCO).
    Kedua dua kem dianggotai oleh Kontraktor-kontraktor Kelas F UMNO atau yang berkepentingan dalam projek-projek Gomen.

    Ketua Pemuda Bahagian siding on YB Datuk Dr. Abd Latif and highly ambitious to replace YB Dato' Zainal as PRU13 DUN Endau candidate. YB Datuk Dr. Abd Latif also highly ambitious to become MB of Johor.

    Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Majlis Daerah Mersing dari UMNO kesemuanya di pilih oleh Ketua Bahagian.

    Orang-orang kuat UMNO Bahagian Mersing boleh di temui ngeteh ramai-ramai kat restoran mamak 24 jam pada sessi berikut :
    1] 5:00 ptg - 7:00 ptg
    2] 10:00 mlm - 1:00 pg
    Mereka ada banyak masa ngeteh sambil bincang-bincang, ketawa-ketawa, datang dan pulang dengan Merc, Harrier, BMW, Camry, Fortuner..

    Penyokong-penyokong PAS berkumpul di Markaz PAS Kg. Air Merah. Sekarang sudah ada court futsal, takraw di markaz dan digunakan oleh anak-anak muda kampung. UMNO masih berpejabat di premis lama, PAS sudah renovate dan facelift markaz mereka baru-baru ini.

    Pertembungan politik antara UMNO dan PAS tidak begitu ketara, mungkin kerana kejiranan dan `everybody knows everyone', the community adapt keeping cool not to offend each other.

    Mersing ada banyak lebihan tenaga muda, tetapi aktiviti ekonomi amat terhad. Orang-orang muda ini ada lulusan sijil, diploma, kemahiran tetapi tiada kerjaya yang membolehkan mereka membina kehidupan.

    Bandar Mersing juga sudah mula sunyi dari jam 9.30 malam, seperti tahun 70an/awal 80an zaman saya bersekolah dulu. Warung, kedai runcit, stall burger dan kiosk di taman-taman perumahan dan kampung-kampung yang semakin rancak kerana kurangnya pengguna ke bandar. Restoran banyak di dominasi oleh mamak dan tomyam. Pengangkutan awam yang tak progress, petrol dan harga barang asas mungkin jadi sebab utama.

    kawan-kawan non-malays saya dari kalangan peniaga mengeluh bisnes teruk, and their votes confirmed not going to BN this coming PRU13. Junior-junior saya yang Melayu sudah semakin kritikal, ramai yang confirm akan turun KL untuk bersama Bersih 2.0. Kawan-kawan saya dalam PAS masih istiqamah dalam perjuangan dan prinsip. PKR kurang menyengat, tapi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) are gaining momentum. Kawan-kawan saya dalam UMNO? Masih lagi racist dan menganggap hudud akan menyusahkan kerana komisen projek, lobi-melobi, profit sharing dalam kontrak gomen dan segala kebejatan yang menjadi kebiasaan akan di sekat!

    Bagaimanapun UMNO payah nak kalah di Mersing. YB Datuk Dr. Abd Latif pernah cakap "letak songkok jadi calon pun UMNO boleh menang".

    Maaf komen saya terlalu panjang dan mungkin tak berapa nak suit with your posting. This is just a brief in-depth of what is going on in small district of Mersing. I am just an ordinary ahli UMNO, a nobody, so the UMNO leaders, govt exec, would not waste time listening since not of their interest.

    Esok, 14.6.11 9:30pg., ahli-ahli UMNO diajak berdemo depan Stadium Mini Mersing sebelum ke IPD Mersing untuk buat repot bantahan Bersih 2.0. As for us members of the public, its 16 hours daily seven days a week working just to make ends meet!

    ReplyDelete
  5. pelik bin ajaib,

    Orang politik yang buncit perut tapi nak salahkan kakitangan kerajaan. apa la buka la minda..

    Nak bagi tau sikit, tugas wakil rakyat mewakili rakyat bukan mencekek rakyat.

    ReplyDelete
  6. Ha ha ha..

    Kadang-kadang isu orang miskin dan merempat ni..terlalu subjektif..tapi biasanya bantuan tak dapat sebab Ketua Kampung/Tok Empat yang tak proaktive...rata-rata mereka ni adalah Pengerusi UMNO kampung..jadi secara tak langsung, apabila rakyat merempat, ketua Kampung tak buat kerja jadi UMNO pun tak buat kerja..ha ha ha.

    Ini ditambah pula dengan usia mereka yang lanjut, langsung tak kreative, inovative ..macamana nak bagi kampung menuju kepada Kampung berpendapatan tinggi mengikut ispirasi Dato Najib ...ha ha ha..

    Lagi satu, oleh kerana Ketua Kampung tu jenis pentingkan Kroni (Biasanya UMNO la), hanya kroni depa aje dapat bantuan..yang bergaduh dengan depa, jangan harap dapat bantuan..walaupun ahli UMNO..tak gitu ..ha ha ha.

    ReplyDelete
  7. Ha ha ha..

    Aku tambah lagi sikit..agak-agak bila bantuan nak diberi agensi kerajaan..biasanya ia dirujuk kepada Ketua Kampung..Kalau Ketua Kampung jenih Kayu..agak-agak bantuan tu sampai ke tidak..Lu fikirla sendiriiiiii...

    ReplyDelete