Friday 17 June 2011

Metos dalam zaman sains dan tekno-coli


 
Sebagai orang UMNO, saya merasakan bahawa semua orang UMNO mesti jelas mengenai perkara yang sangat dasar ini:- UMNO memperjuangkan dan mewakili makruf atau righteousness, keadilan, saksama, dan semua yang baik yang patut ada orang Melayu. Lagi pun itu menjadi tuntutan agama Islam pula. Itu asas keujudan UMNO.
Maka nya, menjadi suatu kehairanan apabila UMNO menjadi jurucakap,menjuarai dan mempertahankan kebathilan. Ini bukan landasan diatas mana UMNO ujud pada tahun 1946. Keujudan UMNO itu sendiri pada tahun 1946 bertujuan menentang segala bentuk ketidakadilan, penindasan, pembohongan dan apa sahaja yang mungkar.

Hari ini rupa rupa nya, UMNO bukan sahaja mudah lupa tapi juga membutakan mata. Hari ini, UMNO sudah berubah perwatakan nya. Ia sekarang di lihat sebagai sebuah parti yang mendokong kebathilan, kezaliman, penipuan dan pembohongan. UMNO terperangkap dalam keadaan ia terpaksa mempertahankan kesalahan, kemungkaran dan perkara yang boleh di pandang sebagai mungkar. Punca kesusahan UMNO ialah kerana ia menghakmilikkan segala keslapan. Walhal, tindakan yang wajar ialah membetulkan kesilapan tersebut bukan mempertahankan nya sampai ke tetesan darah yang akhir.

Saya sebut 'tetesan darah terakhir' sebab teringat apa yang Ibrahim Ali sebut baru baru ini. Bahawa jika bertembung dengan orang yang berarak dengan Bersih, dia dengan geng dia akan bertempur. Mu nak buat gapo tokheng? 
Sepatut nya polis sudah cekup Ibrahim Ali bila bercakap secara demikian kecuali pihak Polis tahu siapa Ibrahim Ali sebenarnya. Bercakap di belakang memanglah semua orang boleh. Ibrahim Ali, yang melihat diri nya sebagai Melayu tulen memang lah berani. Tapi pada masa Ibrahim Ali mula mula di kenakan ISA tahun 1974( circa) dialah yang meraung menangis tatkala majisret menjatuhkan hukuman ISA. 
Tambahan pula, kita jangan nak heran sangat mengenai laungan Ibrahim ini. Kita semua tahu 'rivalry' antara Ibrahim dan Mat Sabu. Ibrahim hanya ketua Perkasa( tak ke sini dan tak kesana) sedangkan Mat Sabu pula sekaarang Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu pula pernah berkata- muka dia hensem sikit daripada Ibrahim Ali walaupun rambut dia keras macam berus dawai.

Ingatan saya kepada rakan rakan dalam UMNO ialah jangan biarkan diri kita terperagkap mempertahankan kesilapan dan kemungkaran.

Para pimpinan UMNO dan penyokong upahan mereka mempertahankan kesalahan kesalahan yang di lakukan. Kenapa kah UMNO harus menghakmilikkan kemungkaran? Ianya meletakkan UMNO dalam keadaan ia mempertahan keburukan seolah olah nya, UMNO itu adalah 4 abjad yang mewakili segala yang menjijikkan dan mengotorkan.

Saya telah menulis suatu artikel dalam blog saya mengenai kebodohan UMNO menghakmilikkan kemungkaran. Kerana kebodohan tersebut , UMNO kena defend benda yang bukan bukan. Itu satu tindakan yang kurang bijak.

Disana saya telah menghuraikan mengapakah perlu kita mempertahankan pemberian sabsidi kepada IPP. Dan saya telah menyentuh bahawa isiu yang lebih besar ialah bukan nya sabsidi itu sangat- tapi perkara yang menimbulkan kemarahan ialah bagaimana kerajaan telah menyetujui permintaan IPP untuk menawarkan tariff yang tinggi dan TNB sebagai syarikat milik kerajaan, di paksa membeli letrik dari IPP dengan harga yang tinggi. Ilmu apa yang IPP ada sehingga kerajaan kelihatan seperti di ugut? Sedangkan TNB sendiri mampu menghasilkan kuasa dengan kos yang lebih rendah dan mempunyai ekonomi skala yang lebih baik.
Dan saya ada menyentuh bahawa kebanyakan IPP asal muncul pada zaman Dr Mahathir memerintah. Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Dr Mahathir. orang UMNO mesti faham, Dr Mahathir bukanlah sangat bersetuju dengan cara DS Najib mentadbir Negara. Kalau ada peluang dia mesti hentam. Dalam sejarah UMNO lama dan UMNO baru, kita jangan lupa hanya Dr Mahathir sahaja yang keluar masuk UMNO. By the way, sudah kah MKT mengesahkan kemasukan Dr Mahathir dalam UMNO?
Elok kita clear dalam hal ini. Tidak ada orang yang boleh menafikan fakta bahawa Dr Mahathir PM kita selama 22 tahun. Kemajuan dan perubahan minda yang di cetuskan oleh Dr Mahathir tidak ada saingan( sekurang kurang nya daripada mana mana ahli cabinet yang ada pada hari ini). Pencapaian nya banyak jika mahu di huraikan. Tapi kelemahan pun ada. Dan saya melihat salah satu kelemahan nya ialah bagaimana membiarkan IPP charge kita dengan harga lanun? Nobody is going to take away the greatness that he has brought upon to Malaysia.
Ada orang menyebut, semua ini adalah hasil rencana Anwar Ibrahim sebab ketika itu dia menteri kewangan. Saya rasa perkara ini amat mudah di buktikan. Declassify semua dokumen dan minit serta dedahkan butiran perjanjian antara IPP dengan TNB. Habis cerita dan kita tahu siapa yang memberi kelululusan kepada IPP tersebut. Dan orang ramai dapat membaca antara baris bahawa sudah tentu bukan Anwar Ibrahim yang bertanggung jawab kerana kalau dia yang bertanggung jawab, semua media citak dan audio visual akan membuat pendedahan nya sepanjang hari sampailah kepada pilihanraya.
Saya hanya memberitahu apa yang kita semua boleh nampak. Fakta nya, IPP yang di miliki oleh YTL, Genting, Berjaya, Ananda dan Syed Mokhtar semua nya ujud pada zaman Dr Mahathir. boleh jadi para penyokong UMNO yang menulis dalam internet tidak pernah memegang apa apa jawatan dalam parti dan kerajaan. Maka itulah yang menyebabkan mereka jahil bahawa tidak ada perkara besar yang berlaku dalam negara berlaku tanpa izin dan restu ketua negara. Dan ketua negara ketika itu ialah Dr Mahathir. tidak dapat tidak, Dr Mahathir lah yang bertanggung jawab.
Menceritakan perkara yang fakta seperti ini menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Dr Mahathir. jika sesuatu perkara mungkar itu berlaku adakah kita mendiamkan diri semata mata kerana ianya berlaku di bawah jagaan Dr Mahathir? dimanakah prinsip perjuangan UMNO yang menentang kemungkaran jika kita bersikap demikian?
Oleh kerana artikel tersebut telah mengundang rasa amarah dikalangan penyokong Dr Mahathir, elok kita bawa perhatian mereka kepada satu lagi perkara dan kita hendak lihat bagaimana reaksi mereka. Alang alang mahu bertengkar, marilah kita cerita lagi.

Perhatikan perkara ini. Apakah masaalah orang Melayu yang paling besar? Kepada saya isiu yang paling besar ialah mendapatkan perkongsian kekayaan negara yang saksama dan adil kepada orang Melayu. Sementara tanggung jawab asasi untuk memajukan diri terletak dalam tangan individu, peranan yang penting di mainkan oleh pimpinan politik orang melayu yangmempunyai kuasa. Jika mereka yang ada kuasa tidak membantu orang Melayu, bagaimana mereka dapat maju ke depan? Dan rekod UMNO dan pemimpin orang Melayu dalam hal ini tidak lah begitu baik.
Tidak percaya? Walaupun dengan fakta bahawa hampir setiap pimpinan institusi kerajaan di kuasai oleh Melayu, keadaan orang Melayu dari segi ekonomi tidak juga bertambah baik. Dari pegangan 2% pegangan saham dalam syarikat, sehingga sekarang, orang Melayu yang merupakan 70% penduduk negara hanya menguasai sekitar 19%. Apakah erti nya ini? Ini bererti tidak semestinya bila Melayu pegang kausa penentu, mereka akan tolong bangsa sendiri. Jika mereka bantu, tentulah perkongsian orang Melayu melebihi 20%.
Dan Dr Mahatir sendiri ketika jadi PM, tidak sangat boleh kita kata membantu peniaga Melayu. Lihat dalam kes IPP. Daripada senarai nama nama pemilik IPP terebut, berapa yang di miliki oleh Bumiputera? Demi penghujjahan kita terima lah Pak Arab sebagai Bumiputera? Hanya satu saja kan?
Apa makna nya ini? Ertinya kepada saya, dalam zaman Dr Mahathir pun, orang Melayu tidak di bantu untuk jadi kuat dalam ekonomi. Penglibatan IPP yang di miliki oleh bukan Bumpitera membuktikan bahawa dalam zaman pemerintahan Dr Mahathir pun orang melayu tidak di bantu dalam kejayaan ekonomi.

Mesej kepada orang UMNO ialah: janganlah kita menyusahkan diri kita dengan membina metos metos dan cerita dongeng dalam zaman sains dan tekno-coli ini.

4 comments:

  1. Dato Sak sekarang ni Malaysia berada didalam zaman sains dan tekno-coli???....ROTfL. Menteri Ng Yen Yen mesti marah sangat.... ye lah...disebabkan kementeriannya tidak begitu mahir dalam hal sains dan tekno-coli maka terpaksa lah dia membelanjakan sebanyak RM1.8 juta utk membuka (bukan buka coli tp) 6 halaman FB. As always your article and Mr Aspan's are a breath of fresh air amid the stinking and lewd Malaysian atmosphere. UMNO members should ask themselves whether they uphold "amar maaruf, nahi mungkar or "TDM betul, and peminpin UMNO dulu kini dan selamanya wajib dipertahankan (no matter what)!

    Nick. Wslm.

    ReplyDelete
  2. Dato, Madey bijak memberi makan anjing2nya, boleh juga menyalak-nyalak kalau tuannya kena titik. Yang besnya anjing2nya meleleh air liur kalau tak dapat makan. Kerana dah terbiasa diberi makan terus menyalak, kali ne nak nena mandi pun menyalak jugak.

    ReplyDelete
  3. Dato Sak,

    1. Artikel kali ini membuat saya menitis airmata. Menitis kerana akhirnya, walaupun tidak disebut secara langsung, kewujudan UMNO Baru oleh TDM hanyalah semata-mata untuk kepentingan politiknya seorang diri sahaja, bukan menyambung perjuangan UMNO lama untuk memajukan orang melayu, yang juga dimatikan olehnya secara teknikal.

    2. UMNO Baru, sejak kemasukannya ke sabah, telah membuka keahliannya kepada semua bumiputra, tidak kira samada siam, orang potugis melaka, kadazandusun maupun orang iban atau bidayuh semuanya boleh menjadi ahli UMNO Baru. sejak itu ia bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan hak dan kemajuan orang melayu 100% lagi kerana ahli-ahlinya juga sejak dari itu terdiri terdiri juga dari kaum bumiputra bukan melayu di sabah.

    Rasanya kepentingan dan priotitas antara ahli UMNO baru dari golongan melayu dan bumiputra bukan melayu tidak semestinya sentiasa sekata.

    3. Bertolak dari fakta 2 diatas, dato Sak tidak boleh mempersalahkan TDM tidak menumpukan antara agenda utamanya, memajukan ekonomi orang melayu.

    laungan perjuangan untuk mempertahankan ketuanan melayu yang dilaungkan sejak itu hanyalah battle cry untuk mendapatkan sokongan orang melayu di musim pilihanraya atau semasa UMNO Baru dalam keadaan terdesak - maklumlah kuantiti sokongan orang melayu adalah lebih besar dan signifikan.

    bat8

    ReplyDelete
  4. Jelas sangat.

    Apabila kita mempersoalkan keikhlasan seseorang, kita kena kenal hati budinya. Tapi, tulisan yang baik dan bernas, serta memberikan ruang untuk kita berfikir membantu kita walaupun kita tidak mengenali orang itu dari dekat.

    Ada hikmahnya situasi semasa, rakyat semakin bijak, dan mereka yang membenarkan pembohongan akan terus ditipu.

    Teruskan lagi.

    A.Alshukor

    ReplyDelete