Thursday, 19 May 2011

Beruang dengan 'boss'nya

Saya teringat kepada sebuah cerita lama dalam politik negara, iaitu cerita ‘beruang dengan tuannya’. Saya memilih cerita ini kerana ianya banyak berlaku dalam budaya berpolitik di dalam negara kita, yang telah banyak merosakan pimpinan kerana ‘beruang’ yang menjadi penjaga yang terlalu taat dan menjaga tuannya keterlaluan, tetapi akhirnya membinasakan tuannya sendiri.

Seekor beruang telah menjadi penjaga kepada seorang yang gagah dan sangat menyayangi beruang yang menjaganya. . Dia tahu dia ada beruang yang akan mempertahankan sesiapa yang cuba untuk mendekatinya untuk menegur dan memarahi nya lebih-lebih lagi untuk bergaduh dengan tuannya yang rakus itu. Beruang ini akan menghalang sesiapa sahaja dari menghampiri tuannya kerana takut mereka yang menghampiri tuannya akan menjadi lebih rapat darinya terhadap tuannya itu.

Pendeknya tuannya ini sentiasa berasa selamat kerana mendapat sokongan dan dipertahankan oleh beruang ini. Tuan ini sentiasa percaya terhadap beruang yang menjaganya setiap masa dan ketika. Sayangnya beruang ini kepada tuannya tidak ada sempadannya. Beruang ini tidak mahu tuannya tercalar walaupun sedikit. Beruang ini mengampu tuannya tidak berhenti-henti.

Suatu hari beruang ini ternampak seekor nyamuk hinggap di pipi tuannya. Beruang ini sangat marah kepada nyamuk ini kerana hinggap di pipi tuannya kerana beruang ini tidak mahu tuannya digigit oleh nyamuk itu.

Beruang yang taat ini terus sahaja menggunakan sekuat tenaganya dengan menampar nyamuk di pipi tuannya itu. Akibatnya nyamuk tak mati, pipi tuannya pula yang ‘tersempong’ sehingga ketelinga tuannya itu. Tuannya sudah tidak lagi tentu rupa dan parasnya lagi. Setelah tuannya itu sudah cacat rupanya beruang ini sudah tidak lagi berminat untuk bersama tuannya itu. Tuannya sudah jatuh dan tidak ada siapa yang mempedulikannya. Malahan beruang ini dengan caranya yang tersendiri mengejek-ngejek tuannya dari jauh.

Setelah beberapa lama tuannya ini pun jatuh sakit dan terus meninggal dunia. Semasa meninggal dunia, tuannya ini mati dalam keadaan tidak ada sebelah pipinya. Beruang yang menyebabkan pipinya ‘sempong’ tadi sudah menjadi orang kuat kepada pemimpin lain dan tidak berapa lama lagi beruang ini akan menampar pipi tuannya kerana hendak membunuh nyamuk lagi.

Itulah sebabnya kepada pemimpin yang lemah semangat, jangan mudah terpedaya dengan sokongan orang di sekeliling kerana mereka itu tidak boleh mempertahankan mereka semasa sudah kesaorangan. Mereka hanya mendapatkan kesempatan untuk peribadi mereka semat-mata.

Yang boleh mempertahankan mereka ialah rakyat, walaupun bermacam-macam isu yang mereka marah terhadap pemimpin-pemimpin. Pemimpin mesti memanjangkan telinga kita untuk mendengar keluhan mereka daripada mendengar hasutan dan ampuan orang-orang opotunis di sekeliing kita. jika didengar pandangan rakyat walaupun macam mana pedih sekali pun kita tidak payah berbelanja puluhan juta ringgit dengan APCO dan sebagainya.

Janganlah menerima sahaja ampuan dan sanjugan orang di sekeliling itu kerana mereka lah yang akan menjatuhkan kita akhirnya. Apabila seseorang pemimpin itu jatuh orang yang berada di sekeliling mereka ini akan lari dan akan menjadi musuh kepada pemimpin tadi.

Seandainya UMNO kecundang penyokong yang garang-garang sekarang ini seperti beruang dalam cerita tadi, merupakan orang yang paling awal mencari perlindungan dari pihak yang menang. Yang akan tinggal terkangkang-kangkang berusaha untuk memulihkan UMNO ini nanti ialah orang-orang yang dianggap gunting dalam lipatan, penderhaka, orang frust dan kecewa ini.

Saya sudah lama merasakan kehidupan ini. Saya telah banyak pengalaman melihat bagaimana orang garang-garang menyokong pemimpin pujaan mereka akan menikus dan menyembah pihak-pihak yang pernah mereka hina dahulu. Semasa itu nanti tidak pula mereka merasa malu-malu untuk kehadapan menjadi wira di sebelah sana pula.

Orang-orang yang paling kuat menghina Anwar sekarang ini adalah orang-orang yang selalu membawa tempurung menadah bantuan dari pemimpin yang dipanggil ‘Pak Syeh’ oleh pengikutnya dahulu. Apa sebabnya beliau dipanggil Pak Syeh saya tidak tahu kerana saya tidak pernah menjadi penyokong dan pengikut beliau.

Eskay misalnya begitu rapat dengan pemimpin yang digelar sebagai ‘Pak Syeh’ ini dan masih berkunjung ke rumah pemimpin ‘controversial’ ini beberapa hari sebelum membuat tuduhan video seks terhadap beliau. Eskay lupa kepada apa yang didapati dari Anwar; yang penting dia mesti berpindah kepada pihak lain untuk mencari apa yang belum didapatinya. Orang seperti ini mudah di dapati dalam UMNO, dan mereka ini berkeliaran di mana-mana termasuk di dalam alam cyber ini.

Bagi saya, diri saya terlepas dari terperangkap dengan ‘political prostituting’ ini. Saya tidak bertukar pemimpin yang secocok dengan perjuangan ramai. Saya kekal dengan perjuangan yang dibawa oleh pemimpin yang saya hormati itu. Apabila dia turun saya pun turun bersama dan saya tidak pernah berkata buruk kepada pemimpin yang pernah saya dekati kerana keyakinan saya terhadap perjuangan beliau itu. Sesiapa yang mengenali saya tahu siapa yang saya maksudkan. Saya mengenepikan diri saya sendiri kerana perjuangan pemimpin itu telah di ketepikan.

DAN saya tetap akan duduk di tepi sambil melihat lakunan oleh pelakun politik yang berhempas pulas untuk dilihat sebagai pemimpin yang mempunyai ‘consequence’ kepada rakyat dan negara walaupun hakikatnya mereka hanya memperjuangkan tempolok masing-masing. Saya tahu suatu hari nanti kebenaran akan akhirnya menjelma jua.

Sementara ini biarlah saya duduk bersama-sama dengan orang-orang marhein di bawah ini yang merungut dan meluahkan kesedihan mereka dan kami sentiasa mendengarnya walaupun kami ini tidak mampu membantu mereka. kepada kami mereka selalunya hanya mahukan sokongan semangat untuk menyejukan suhu kekecewaan mereka.Kecelaruan hari ini hanya boleh diselesaikan dengan gerak dan afa'al tuhan semata-mata. Waktu dan masanya kembalinya kebaikan ini juga adalah dalam ketentuanNya jua. Ianya mungkin memakan masa yang singkat dan mungkin juga terpaksa menunggu masa yang lama.

Nabi Noh dengan kehendak Tuhan memakan masa lapan ratus tahun untuk membuktikan kebenarannya. Sebaliknya saya hanya memerlukan beberpa tahun sahaja untuk membuktikan yang fe’el ramai dari pemimpin kita akan membawa padah bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada negara ini.

DAN yang saya ingin sangat melihat ialah ‘beruang-beruang’ garang yang sedang memaki dan menghamun mereka yang memberikan pendapat yang jujur terhadap parti dan pemimpinnya. ‘Beruang-beruang’ ini ramai bilangannya.

UMNO telah berjaya melahirkan ramai 'beruang-beruang' ini dan 'beruang-beruang' inilah yang telah membuatkan UMNO bertukar wajah. UMNO semakin hari semakin ‘sempong’ disebabkan oleh perlakuan 'beruang-beruang' ini.


(Aspan Alias)

9 comments:

  1. Orang Miskin Mersing19 May 2011 at 21:47

    Salam Pak Aspan & Pak Arif,

    Beruang-beruang akan tetap ada kerana pemimpin cuma nak dengar yang enak-enak saja.

    Truth hurts Pak Aspan..how much each and everyone of us can take?

    ReplyDelete
  2. Salam ArifAs,

    Merujuk kembali kepada rencana Sdr Ariff beberapa minggu yang lepas menyentuh kesetiakawanan, saya juga merasa hairan dimanakah letaknya maruah bangsa kita apabila kita sanggup menanggalkan nilai-nilai murni kerana ingin mengejar cita-cita dan kebendaan.

    Teringat saya hadith Nabi SAW mengenai hati yang sudah mabok dunia dan kebendaan. Nilai-nilai individualistik sudah lama menular kedalam jiwa orang Melayu tanpa disedari dan diasap keluar.

    Sdr Aspan mungkin tidak setuju tetapi saya rasa kita orang Melayu tidak akan jauh kemana. Belum lagi kita sampai ketahap ketamadunan yang tinggi, nilai-nilai dan norma-norma yang ada sudah hancur sekerat jalan.

    Wallahualam.

    p.s. Sdr Aspan, jika ada masa harap tonton bersama anak2 dan cucu2 satu filem keluaran Majid Majidi bertajuk "Children of Heaven", menyentuh perasaan dan dapat mengajar arti kemiskinan dan keredhaan - satu permata yang kita sudah hilang dari jiwa UMNO

    http://www.youtube.com/watch?v=eXlOK9cHDxg

    p5t

    ReplyDelete
  3. I have a better suggestion for the name of your blog. I know you two are trying to go the "Mork & Mindy" route, but I think you both earn yourself some right to be a bit pretentious.

    How about calling this blog "The Thinking Malays" ?

    ReplyDelete
  4. Ha ha ha..

    King Ghaz pun jatuh kerana di sebabkan Beruang-Beruang berhampiran beliau... satu perbandingan yang cerdik...bukan kepada UMNO tetapi kepada semua Pemimpin Parti Politik...ha ha ha..

    ReplyDelete
  5. Beruang, ya! Dan juga kaldai ...

    Berharga betul SB punye penilaian atas semua Professor dan Professor Emeritus!

    # DAP should join BN - Nordin Kardi

    ReplyDelete
  6. masalah ramainya orang pemimpin2 dan malahan tdk memimpin suka sangat kat beruang2 dan yg sewaktunya dengannya. masing guna dan mempergunakan untuk duit,kuasa dan betina.

    sangat sedikit orang sanggup mendengar kejian tetapi ramai dan ramai yang suka pujian. beruang2 inilah yang membekalkan pujian untuk membakar semangat pemimpin2 yg betul dan juaga yang tak betul.

    ReplyDelete
  7. kita pun beruang juga, tapi beruang yg tak takut pada Boss, sering buat boss marah, tapi kita masih setia dengan Boss, sebab kita jatuh bangun, susah senang bersama Boss...(Beruang2 jinak tapi ganas kalau tak kena gaya membelainya...

    ReplyDelete
  8. Salam Pak Aspan,

    yang penting you ada prinsip. Tahniah

    ReplyDelete
  9. Pak Aspan
    Beruang ini tidak salah. Yang bersalah ialah tuan yang bela beruang itu dan melayan beruang seperti manusia. Begitu jugalah biawak hidup, buaya darat dan spesis lain di alam Melayu. Tentulah Sang Bangau bersetuju dengan kita.

    ReplyDelete