Tuesday, 17 May 2011

Selamat datang ke laman blog kami


 

Sahabat saya saudara Aspan Alias dan saya sekarang ini memulakan suatu blog baru. Ia nya di namakan sebagai Ariff & Aspan Blog.

Kedua dua kami masih ahli UMNO. Kami menyifatkan diri kami sebagai resident dissidents dalam UMNO.

Saudara Aspan merupakan aktivis dan orang UMNO sejak sekian lama. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik akar ubi. Itu menjadikan pandangan nya dan pendapat nya mempunyai kredibiliti yang lebih dari tulisan dan kupasan oleh penulis picisan. Ramai orang menulis menyokong UMNO tanpa menyedari bahawa apa yang mereka lakukan ialah menyusahkan UMNO dan memusnahkan UMNO.

Aspan Alias pernah menjadi AJK UMNO Bahagian dalam sebuah bahagian di Negeri Sembilan dan beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai grassroots politics di Negeri Sembilan.

Saya sendiri menulis blog semenjak bulan June 2008 iaitu selepas pilihanraya umum ke 12. Saya adalah ahli UMNO , UMNO bahagian Pekan Pahang. Saya telah menjadi AJK UMNO Bahagian untuk beberapa penggal dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan (2000-2004) sebelum menjadi ADUN untuk kawasan Pulau Manis Pekan Pahang untuk satu penggal( 2004-2008). Saya bersyukur kerana mendapat peluang menjadi ADUN UMNO dan bertuah kerana dapat berkecimpung dalam politik melalui parti UMNO.

Sementara kami mengesahkan kami masih UMNO, kami mengambil pendirian bahawa apa yang perlu di cakapkan kepada UMNO mesti di cakapkan. UMNO yang kami faham ialah UMNO yang berlandaskan prinsip perjuangan yang mulia, mengembalikan maruah orang Melayu yang hampir tergadai oleh petualang bangsa dan penjajajah. Usaha mengembalikan maruah bangsa memerlukan pendekatan yang juga bermaruah.

Kepada kami, jika UMNO hari ini menyimpang dari mendokong prinsip dan nilai naili murni, maka UMNO akan menjadi tidak releven kepada bangsa Melayu.

Itu lah sebab nya kami mengambil pendirian yang kritikal keatas perlakuan UMNO hari ini yang kami lihat banyak menyimpang dari perjuangan yang berprinsip dan mulia.

Kami mengalu ngalukan perdebatan yang sihat keatas isu isu panas yang di depani oleh masyarakat. Marilah kita berdebat dengan cara yang beradab dan bertata susila.

Dalam blog kami tida ada ruang untuk maki dan hamun, caci dan nista serta penggunaan bahasa yang mendedahkan kerendahan budi seseorang.


 

Sekian terima kasih dan selamat datang ke laman blog kami.


 

Ariff Sabri bin Abdul Aziz dan Aspan bih Hj Alias.

29 comments:

  1. So long as you write fairly and allow pro or against rebuttals, I wish you every success.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Anda berdua kelihatan lebih jantan ...mancho bro

    ReplyDelete
  3. UMNO yang berlandaskan prinsip perjuangan yang mulia.

    Tuan, pastikan prinsip di atas adalah tulin, menyokong, menolong malah menentang kerana Allah semata-mata. Aku bersama kalian walau daku bukan ahli UMNO.

    ReplyDelete
  4. saya setuju dato' kita komen berdasarkan ilmiah, jgn macam ssesetengah puak2 umno yg tk tau erti perjuangan umno tapi kunun nya nak membela umno walhal sebalik nya mereka2 lah yg menyebabkan orang2 melayu benci kepada umno tahap gaban..wpn saya tidak mengenali dato' secara perbadi tapii saya mengenali sdr aspan secara peribadi. harap2 kita akan berbahas berdasarkan kepada hujah yg ada fakta tidak kepada hujah maki hamun...salam

    ReplyDelete
  5. Sdr AA

    Adakah UMNO mengikuti MELAYU
    atau MELAYU mengikuti UMNO?


    UMNO memimpin MELAYU
    atau MELAYU memimpin UMNO?

    yy

    ReplyDelete
  6. Syabas kepada tuan berdua selagi prinsip diatas terus didokong.. walau banyak tulisan tuan dilihat sebagai membuka pekung didada, memang pekung itu perlu ditunjuk untuk diubati. Saya masih ahli UMNO walau terasa betul2 terasing dari arus pemimpin UMNO dewasa ini yang mementingkan diri sendiri tiada kredibiliti.... soal nya ada ke pihak "diatas" sana yang mahu mengambil pendapat dan pandangan kita?

    ReplyDelete
  7. Saudara Berdua,
    Tahniah kerana bersedia berkongsi idea untuk tatapan umum. Hakikatnya(realitinya) adalah amat sukar untuk mempersetujui sesuatu perkara dari segi persembahan penulisan, apatah lagi prinsip dari dua manusia yang berbeza latarbelakang dalam banyak perkara.

    Semalam, semasa mensiarahi arwah sahabat lama di Gombak Setia, saya telah nyatakan kepada saudara Aspan bahawa beliau adalah penulis blog terhebat dan ini memanglah pendirian saya. Dan saya fikir saudara Arif juga hebat. Kehebatan yang saya maksudkan adalah kerana penulisan itu berdasarkan perjalanan hidup serta pengalaman bersama politik UMNO, dan masyarakat majmuk Malaysia. Namunpun begitu, saya harap kedua-dua saudara masih menulis di blog masing-masing agar perhatian, pendapat serta hujah masing-masing terus unik, bertenaga dan asli, tanpa kompromi untuk menjaga hati dan perasaan diantara satu sama lain.

    Tahniah dan teruskan memaparkan perjalanan, serta nasihat agar bumi bertuah ini terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

    ReplyDelete
  8. Wenger J Khairy17 May 2011 at 08:29

    Hi Dato,
    This is a great idea. Look forward to seeing the 2 top bloggers discuss issues in-depth.

    ReplyDelete
  9. Dato dan Hj. Aspan,

    'BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT'. Itulah ungkapan ringkas dari saya seiring dengan kehendak Islam. Saya beryakinan dengan kredibiliti Dato' dan Tn. Hj. dalam penulisan nanti agar ia akan memberi menfaat kepada semua pembaca/pelawat blog.

    Semoga berjaya dalam penulisan Dato' dan Tn. Hj.

    MELAYU-JAWA

    ReplyDelete
  10. Salam dua bersaudara.
    Kira-kiranya anda berdua ni UMNO rejectslah.Hahaha.
    Sebab tulah memanggil diri sebagai resident dissidents.
    Good term that since afore this I only know resident writers, cartoonists and artists etc.
    Hope UMNO powers-that-be look upon you guys kindly and act upon your viewpoints.
    So you should allow differing opinions.
    Anda berdua berpesan ada yang menyusahkan UMNO dan memusnahkan UMNO. Harap you two are not guilty of this.
    Janganlah kita menjadi tikus membaiki labu.
    And please give some credit to UMNO when it does something positive.
    Janganlah bantai sahaja seolah-olah takde yang bagus tentang UMNO.
    Hope you guys be the torch-bearer of UMNO and not be like PKR bloggers who are prejudiced and biased against the Government.
    Seronok sangatlah pengkomentar pro-Anu-war menghentam UMNO sebagai idiotic and peopled by idiots.
    Jarang sangat tengok Pak-pak komentar berkata baik tentang UMNO especialy in Aspan's blog.Gamaknya pro-UMNO comments kena delete.
    We do not want you to be another PKR blogger who have nothing good to say about Najib and our leaders. Praise them when it's due.
    Semoga jodoh anda berdua berpanjangan. Janganlah pulak nanti part company because of differences of opinions especially during the GE elections.

    ReplyDelete
  11. Syabas dan tahniah.

    Saya percaya dengan kepakaran dan pengalaman yang digabungkan bersama bagai pucuk dicita ulam mendatang, mampu menjadikan blogg ini antara yang terbaik untuk menyuburkan lagi sokongan kepada pemimpin dan penyokong anugerah Tuhan.

    Sebagai ahli UMNO yang dilihat setia sudah tentu anda berdua tidak mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi??!!

    Sekaligus menyuburkan persepsi bahawa UMNO itu wajar sudah diganti.

    ReplyDelete
  12. I am your both avid blogs reader. Syabas AA... hope to see your style like Becker-Posner blog, remain your indifferent if need so and agreed upon if that is the truth

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Teruskan perjuangan. Saya dan rakan-rakan sentiasa berdoa kejayaan pejuangan anda berdua.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Dato Sak dan Dato Aspan :)saya suka melihat dari sudut persefahaman yang wujud antara kalian berdua. something to forward to...

    ReplyDelete
  15. Dari suratman
    Smoga penulisannye ikhlas dan yg plg mewakili rakyat2 bawahan..

    ReplyDelete
  16. Tahniah Haji Aspan dan Dato Ariff, gabungan yang baik sekali untuk kebaikan keseluruhannya baik UMNO,juga Negara dan Bangsa..teruskan perjuangan berlandaskan kebenaran tanpa rasa takut dan gentar dengan ugutan kerana ANDA BERDUA ADALAH MANUSIA ISTIMEWA PILIHAN ALLAH .... untuk memberi pandangan yg tidak memihak, terpulang kepada mereka yg membaca untuk menilainya....

    ReplyDelete
  17. hello bro Aspan,

    congratulation on this new blog.
    hopefully it will enlightened more people with the final journey of a better Malaysia for Malaysian.

    From
    How

    ReplyDelete
  18. KeluargaBahagia17 May 2011 at 12:41

    AsSalam Datuk dan Saudara Aspan,

    Tahniah dgn kehadiran ruang bicara yang baru ini..

    Anyway, sekiranyanya dinilai tentang perkembangan politik, dari dulu hingga sekarang sebenar-benarnya dan seterang-terangnya dgn jelas mmg saya "BENCI" umno berbanding PR.

    Saya tidak pernah mendaftar dengan memana parti di negaraku ini.

    Utk pengetahuan Datuk dan Saudara Aspan as well,
    kami mempunyai keluarga yang besar dan yang mengundi di Dun Cempaka dan Parlimen Ampang adalah lebih dari 10 orang.

    Pada PRU 2008 yang lepas, dari "analisa" dan penjelasan yang diberi oleh ahli keluarga saya, hanya ibu saya sahaja yang berumur 70an itu yang mengundi utk DUN diberi terang-terangan kepada BN dan Parlimen kepada PR..

    Bagaimana pun keputusan berada sebaliknya di mana DUN Cempaka dimenangi oleh PR dan Parlimen pula dimenangi oleh calon BN.

    Saya juga mempunyai rakan-rakan yang mempunyai pengaruh kuat di dalam cawangan dan bahagian UMNO Cheras serta ahli keluarga terdekat di dalam cawangan UMNO Pekan Lama dan juga ahli Pas Kuala Pahang :)

    Di dalam bidang politik, saya pun tak tahu kenapa saya BENCI sgt dengan UMNO sebab until now TIADA fakta-fakta yang jelas kenapa harus saya memilih UMNO atau BN utk tiket undian saya dan ahli keluarga saya kesemuanya dimasa hadapan.

    Apabila perjumpaan keluarga diadakan setiap minggu, topik politik yang keluar ttg UMNO dan kerajaan pasti yang UTAMA ialah RASUAH-MENIPU-FITNAH-GILA KUASA dan memacam lagi...

    Bagaimanakah agaknya Ruangan Bicara Datuk dan Saudara Aspan ini dapat menanamkan harapan agar bangsa Melayu Islam ini dapat menerima UMNO?

    Ini disulamkan pula dengan peristiwa dan kejadian-kejadian "kelakar" arena politik dan mahkamah serta keadaan semasa yang berlaku di negaraku ini.

    Sekian terima kasih..
    Dari cetusan rasa Melayu Islam Pekan Lama dan Kpg Parit.

    ReplyDelete
  19. "Kepada kami, jika UMNO hari ini menyimpang dari mendokong prinsip dan nilai nilai murni, maka UMNO akan menjadi tidak releven kepada bangsa Melayu."
    MEMANG UMNO DAH "HAMPIR" TAK RELEVEN PUN!! Hanya segelintir orang UMNO yang masih berfikiran waras berani menegur.Tahniah kepada anda berdua.Penggunaan bahasa dalam mengkritik anda berdua tidaklah seperti kebanyakan blog pro-UMNO atau blog anti UMNO...banyak menggunakan kata-kata kesat seolah-olah mereka Mr Perfect.

    ReplyDelete
  20. Salam kedua saudara dan Tahniah kerana berusaha memberitahu rakyat untuk melihat "a spade as a spade" Cuma saya masih rasa tak puas hati kerana mereka di luar bandar terutama nya masih tidak dapat maklumat yang sebetulnya dan sefactualnya tentang the current issues yang di ketengahkan.Saya juga masih ahli UMNO tapi tak aktif .

    ReplyDelete
  21. I read most of Ariff Sabri's coloumns and not so much about Aspan Alias. Ariff because we have something in common, that we both hail from Pahang, me in Kuantan now. I respect both these writers and always look forward for their new coloumns.
    I just want to stress a bit on UMNO, since you guys say that, 'UMNO telah menyimpang....' I think both of you have forgotten that UMNO today is not UMNO 1946 because for the basic reason, todays UMNO is UMNO BARU as was registered by the Prime Minister who ran Malaysia for 22 years. So, how can you guys say, 'UMNNO telah menyimpang' when it should be UMNO 'sudah TIADA' yang ada hari ini hanya lah 'UMNO BARU. Since it's new UMNO, you guys shouldn't be in it. There is a vast difference between the old and new UMNO. The most glaring reason is that todays or the present UMNO do not represent the rakyat. UMNO today represents the elite whereas UMNO 1946 was for the people from all walks of life. Thank you.

    ReplyDelete
  22. Orang Miskin Mersing17 May 2011 at 16:07

    Pak Arif & Pak Aspan,
    Shall I name you guys `The A-Team'?
    Tanggungjawabnya berat Bapak sekelian.
    This is not all about winning the election, its beyond Putrajaya.
    It will never be the same again..
    Semoga usaha Bapak sekelian di rahmati dan di berkati sentiasa.

    ReplyDelete
  23. Saudara Dato' Ariff dan Saudara Aspan

    Tahniah atas penciptaan blog baru ini. With both your wisdom and curling insights the Malaysian blogosphere just got even richer with depth.

    ReplyDelete
  24. dato & sdr aspan,

    i find every grain of truth in rohaizat's short analysis. i agree totally. never the twain are d same. the new generation born pre-1977 (in 1987 they were 10) has been brought up with different perception altogether.

    it's no wonder why majority will not appreciate what's being said by the A-Team (TQ orang miskin mersing, dats a good 'un) because it's simply is not within the mind parameters of the indoctrinated masses. it's this paradox that's plaguing many of the younger generations today.

    it's quite a task unravelling the mess we're in now. perhaps the A-team can start by doing an honest analysis (call a spade a spade as anon 22:20 said) where (new)UMNO veered of d course dat led to the likes of fooart and keluarga bahagia became so disillusioned. they are not alone. i am one, dats for sure.

    scrooge

    ReplyDelete
  25. Dato & Saudara Aspan, Tahniah !. I read both of yr blogs daily and i am not even an UMNO member. Biar pahit asal benar. Best wishes from bumiputra yang LAIN LAIN

    ReplyDelete
  26. I like your blog for your objective thoughts abt Malaysia & Malaysians, Malaysian politics & life; even though you rae both with UMNO as members. UMNO shld have more of you people to be rakyat-centric for the future of Malaysians....not those heads which are so raved in their antics

    ReplyDelete
  27. Ha ha ha...

    You both are good UMNO..like my father told "Tak semua UMNO jahat dan Tak Semua PAS baik"...ha ha ha. Sometime, yang Pahit itu Ubat mujarab dan yang manis itu Racun membunuh!!!

    ReplyDelete
  28. Salam....Buat saudara berdua.

    Tahniah. Saya bangga dengan usaha murni saudara berdua.Saya sebenarnya kagum dengan penulisan saudara berdua, komen dan penulisan saudara berdua jujur dan telus.Amat jarang sekali kita jumpa Penulis Blog seperti saudara berdua.Kebanyakan yang ada di Negara kita ini HANYA KAKI AMPU saja.

    ReplyDelete
  29. Salam Dato dan Aspan.
    Tahniah atas penyatuan kearah menyatakan kebenaran.Teruskan cara anda berdua berbicara,tak semua orang suka dan tak semua orang membenci.

    Salam

    ReplyDelete