Tuesday, 24 May 2011

Pemimpin silih berganti, dari yang lemah kepada yang bertambah lemah

Kali ini mungkin banyak reaksi yang tidak menggemari pandangan saya tentang isu pembangunan negara. Saya tidak akan menyebut angka-angka secara ‘quantitative’ kerana ia akan membawa banyak lagi ‘confusions’ di kalangan yang membaca komen saya terhadap isu yang akan saya sebut ini. Sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara bermacam-macam telah di umumkan oleh beliau dengan ‘jargon-jargon’ yang besar untuk mengambil hati rakyat. Najib hendak menunjukan perbezaan beliau dengan pimpinan sebelumnya.

Tiada satu pun di antara initiatif yang beliau umumkan akan berjaya dilaksanakan dan ianya akan tetap tinggal sebagai retorik kosong yang tidak akan membawa apa-apa munafaat kepada rakyat kecuali kepada beberapa kerat yang berada di dalam senarai kroni yang disayangi.

Sebaliknya apa yang kita dengar ialah penarikan balek subsidi kos tambahan kepada rakyat yang tua-tua dan yang tidak mempunyai pekerjaan dengan membeli barangan yang terkandung di dalamnya kos dari cukai ‘GST’.

Saya sengaja menyebut isu ini kerana apa yang saya katakan kali ini akan berhadapan dengan kebenarannya. Mungkin banyak pihak yang akan membidas saya tetapi itu tidak mengapa kerana akhirnya nanti apa yang saya katakan ini akan terbuktikan kebenarannya.

Semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu rakyat mula mempersoalkan kewibawaan beliau setelah 2 tahun memgang tampok kuasa yang dipusakakan oleh Dr Mahathir. Malahan semasa beliau menjadi Timbalan PM lagi sudah ramai di antara rakyat yang bercakap secara senyap-senyap mempersoalkan kemampuan beliau mentadbir sebuah negara seperti Malaysia ini kerana kepada pandangan ramai beliau hanya seorang yang baik tetapi bukan seorang pemimpin yang baik.

Salah seorang dari rakan saya yang sekarang berada di dalam kabinet sekarang ini berkata menyatakan, jika orang baik seperti Abdullah ini di jadikan pemimpin dia (Abdullah) akan jadi pemimpin yang tidak baik. Orang baik dengan pemimpin yang baik ada dua perkara yang berlainan. Seorang yang baik tetapi tidak pemimpin yang baik jika diberikan tanggungjawab untuk memimpin dia akan akhirnya menjadi orang dan pemimpin yang kurang baik.

Tetapi itu bukan kesalahan Abdullah, kerana beliau lantik oleh Dr Mahathir. Begitu ramai yang mempersoalkan kemampuan Abdullah Mahathir seorang yang mengatakan Abdullah itu boleh memimpin. Tetapi sesiapa yang ada roh politik UMNO yang kuat akan memahami kenapa Dr Mahathir berkehendakan Abdullah untuk menggantikan beliau walaupun beliau (Mahathir) tahu yang Abdullah bukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi PM.

Ramai yang berfikir yang bercakap, apabila seseorang pemimpin diambil alih oleh yang lebih lemah darinya, pemimpin seterusnya yang akan mewarisi pimpinan negara akan datang dari mereka yang bertambah lemah. Bukan tidak ramai yang berkata semasa Abdullah mengambil alih kepimpinan negara, “bermula dari saat ini kepimpinan negara akan bertambah lemah dan lemah. Yang menggantikan Abdullah akan lebih lemah dari Abdullah dan sesiapa yang menggantikan pengganti Abdullah itu akan lagi bertambah lemah dan seterusnya begitulah sehingga parti dan pimpinan Melayu itu akan rebah dan tersungkur”.

Apabila pemimpin lemah mengambil alih negara, dia akan cuba menutupi segala kekurangan yang ada pada dirinya melalui penerampilkan diri yang cantik serta ‘disposition’ yang menarik. Kelemahannya akan ditutupi dengan perwatakan serta ‘personality’ yang hebat dan sebagainya. Pemimpin lemah akan mengutamakan ‘form’ dari ‘substance’ kerana ‘form’ itu berkemampuan untuk membina persepsi yang baik untuk dirinya walaupun ‘substance’nya tiada.

Tetapi menghadapi rakyat ramai, cara dan kaedah penerampilan secara ini tidak akan kekal. Akhirnya rakyat akan bertanya, “apa yang kita capai secara organiknya dalam pentadbiran ini?”

Apakah faktor yang memulakan kelemahan ini bercambah dan bercambah? Ianya bermula apabila Dr Mahathir tidak membentuk barisan pelapis yang boleh diyakini rakyat. Beliau lebih menumpukan untuk mengekalkan kuasa dan menerima siapa sahaja yang boleh memberikan dukongan serta sokongan terhadap beliau. Semua pemimpin yang seangkatan dengannya telah dinyahkan secara sistematik dan akhirnya hanya beliau dan kroni pemimpin yang lemah serta penuh dengan elemen negatif yang membinasakan negara.

Yang penting mereka-mereka ini menyokong beliau (Mahathir)..tidak kira mereka itu rasuah, lemah, politik wang penjenayah dan sebagainya. Selama 22 tahun beliau berpolitik secara begini, manakan nak jumpa lagi orang yang boleh memimpin kerana tidak seorangpun yang beliau didik untuk menjadi pemimpin yang berguna untuk negara.

Selebihnya pembaca boleh meneruskan apa-apa yang sauadara nampak tentang impak atau ‘consequence’ terhadap cara dan kaedah Mahathir memimpin negara. Salah satu sumbangan Dr Mahathir kepada negara ialah untuk membunuh dan membinasakan benih-benih baik untuk kepimpinan negara. Benih-benih baik ini merimaskan beliau untuk melakukan apa yang beliau suka dan kehendaki. Akhirnya beliau bejaya memerintah secara beliau selama 22 tahun tetapi tak dapat dipastikan samada pimpinan UMNO kepada negara ini akan kekala beberapa tahun lagi.

Sekarang ini kita berhadapan dengan cara Najib mentadbir yang penuh dengan retorik dan manisan mulut yang mengenakan. Bemacam-macam initiatif yang dilakukan tetapi ianya hanya tinggal sebagai initiatif di atas kertas. Ramai lah yang beriya-iya menyokong tetapi sudah ramai juga yang telah berfikir dan menganggap segala yang dilakukan oleh kepimpinan hari ini hanyalah ‘hiasan’ untuk mencantikan wajah buat sementara.

Apabila hendak tidur, segala hiasan dan kosmetik di muka dibasuh barulah kita sedar nampak segala lopak dan lubang-lubang di muka yang telah dilindungi oleh bedak hiasan dan ‘foundations’ yang ditempelkan kemuka kita siang tadi.

Besok kita bubuh kembali foundation untuk menghilangkan lopak dan lubang-lubang tadi dan malam nanti akan nampak kembali lopak dan lubang-lubang itu apabila foundation muka itu dibasuh.

Sampai bila nak sabar dengan keadaan ini?

Aspan Alias

13 comments:

  1. Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa Mahathir tidak menyediakan "succession Plan" untuk mempastikan bahawa kepimpinan negara diterajui oleh mereka yang berwibawa dalam suasana masyarakat majmuk negara ini. Kita bukannya negara Jepun, Korea atau China dimana kepentingan kaum tertentu tidak wujud, dan cabarannya berbeza-beza.

    Mahathir hanya memikirkan "dirinya" sahaja. Itulah "mahathir' yang dalam bahasa sanskritnya bermaksud MAMAK KEPIANG TUA yang tak berguna.

    Kalau silap saya terbaca dan terjemahkan, harap maaf.

    ReplyDelete
  2. Akhirnya rakyat kebayakan yg akan merana. Kesannya dapat dilihat dikala kerajaan mengatakan hendak berjimat cermat, pelbagai projek tidak masuk akal dilaksanakan. Dikala rakyat terhimpit dengan sumber ekonomi keluarga yang terhad, kerajaan pula meletakkan batu diatas kepala dengan pelbagai kenaikan harga barang keperluaran dan cukai keatas rakyat. Semoga Allah swt melindungi rakyat yg dizalimi.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Aspan,

    tepat dan benar apa yang diperkatakan oleh Pak Aspan. Mahathir merupakan manusia yang bertanggung jawab memusnahkan sistem demokrasi yang ada di dalam negara Malaysia. Tetapi beliau tetap mempunyai pengikut yang taksub dengan kehebatan beliau walaupun beliau tidak ada lagi di tampuk pemerintahan. Saya memang mengalu-alukan dan menunggu saat kejatuhan BN khususnya UMNO. Tak sabar rasanya nak tengok orang-orang yang kini berkuasa dan menggunakan kuasa mereka untuk melakukan segala kesalahan tanpa hukuman, mula merasa gentar dengan pemerintahan yang baru. Walau bagaimana hebat pun UMNO@Mahathir, tiada yang setanding dengan kepimpinan Rasulullah SAW, kepimpinan yang meletakkan Islam di tempat teratas. Biarlah UMNO hancur agar Melayu akan benar-benar sedar bahawa memilih pemimpin yang tidak menurut lunas Islam adalah satu kesilapan besar dalam kita melalui liku-liku kehidupan yang sementara. Biarlah orang Melayu yang mengaku Islam benar-benar faham bahawa yang perlu kita takut hanyalah Allah SWT, bukannya manusia!!!

    ReplyDelete
  4. Salam,,, rakyat sebebenar tidak ada pilihan,,,nak kekaL kan umno dan bn, sudah terbokti mereka ini sumbang ? Yang ada harapan satu ia itu PR ? Rakyat dah bagi peluang yg cukup luas kpd umno bn,,,tak juga berubah ??? Betul kata saudara aspan, sekadar foundation untuk makeup muka ? Siang nampak ghah, malam sperti asal....? Kita nak berubah dan pembaharuan, vote PR that it...tq

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...akhirnya orang UMNO nampak juga kebenaran walau pun pahit untuk ditelan. Kami orang kampong dah lama faham dan redho sangat UMNO dikuborkan segera jika rakyat/juak2 yg lain dapat hidayah untuk bersama mendokong kerajaan yang beriman dan bertanggongjawab. rakyat yg diberi hidayah tidak akan takut dgn ugutan/momokan/retorik politik assabiyah sbb yakin dgn tadbir ALLAH demi kesejahteraan dunia dan akhirah. Allahu a'lam

    ReplyDelete
  6. You're head on the nail sdra Aspan, jangan lupa sisa peninggalan Mahathir yang satu ini paling berat dan tak mungkin terhapus melainkan dgn kuasa Allah SWT adalah rasuah. Eloklah kita benamkan kumpulan perosak ini.

    ReplyDelete
  7. Berbillion wang rakyat lebur pada con sultans, projek tak menafaat.

    ReplyDelete
  8. Aspan, Saya perhatikan hanya Tengku Razaliegh Hamzah sahaj lagi yang berada dalam UMNO yang mempunyai "political Will" untuk merubah Malaysia. Malangnya TRH kelihatan tipis untuk menerajui UMNO, jika pun terpilih (IF), UMNO sudah rosak dan tidak akan dapat di perbaiki lagi. Justru..pujuklah beliau untuk sama2 PR dalam PRU akan datang kerana peluang dia menerajui negara pada pandangaan saya terbuka luas kerana Najib dan UMNO goons nya beriya2 benar hendak memenjarakan DSAI.Ditakdirkan DSAI kepenjara, siapa lagi yang berwibawa bertaraf "Statement" untuk mengemudikan tanah air kita yang tercinta ini. Saya amat skeptikal kemampuan Azmin atau juga Haji Hadi untuk berkesan sebagai PM Malaysia.

    ReplyDelete
  9. what malaysia need now is a good and experience professionals to run the country, be it of any race. what i see then and now, menteris that hold the position can be transfer to another post... with or without any knowledge or experience to hold the post given. it is not only in parliament but also in some gomen agencies. their management system have totally being screw up when the inexperience took over as a head. all this due to favoritism or my kaki.

    salam...

    ReplyDelete
  10. Apakah perkara tersebut berlaku secara kebetulan? Tentu sekali tidak, itulah strategi Madey. Dia buat semua tu hanya semata2 untuk mengekalkan kuasa dan mahu dilihat dialah PM terunggul.

    Malang sekali, musang berbulu ayam pun akhirnya terhidu juga akhirnya.

    Oleh itu pada PR akan datang berilah pengajaran pada UMNO supaya UMNO menjadi seperti apa yang sepatutnya ia jadi.

    ReplyDelete
  11. amat setuju dengan tulisan diatas,pemimpin/ahli umno yang tinggal hanya tak lebih sebagai pencacai angkat najis golongan bangsawan yang terus ditipu sampai mati.....kesian...

    ReplyDelete
  12. Saya mengaku saya seorang ahli UMNO yang tidak memangkah UMNO dalam PRU 12 dulu.Bilangan kami yang berjumlah 1.5 juta tidak suka diperbodohkan olih pemimpin tertinggi yang telah hilang arah tujuan melainkan memperkayakan diri sendiri dan anak-anak dan juak-juak mereka.Pemikiran tuan berdua memang saya sanjung kerana ini memberi cahaya kerana sekeliling dalam UMNO adalah gelap belaka.Bagi saya UMNO telah dihijack olih mereka yang kurang jelas keturunan mereka yang lebih Melayu dari Melayu.Mungkin 1.5 akan jadi 2.5 kali ini kalau pemimpin-pemimpin UMNO masih tak sedar dan taubat.

    ReplyDelete
  13. Have you seen the projected employment profile in 2020 as forecasted by Pemandu within their high income economy scenario?
    70% will earn less than 3k per month(nominal 2020 ringgit).Whats that in real 2009 benchmarked ringgit?With current inflation rates of 3% thats abt 2k.But post subsidy n GSt n global food inflation n 9% economic growth thru ETP>>its not much more than Rm 1k.Thus many will escape the mid income trap into the low income bracket.
    Thats where Najib fails.He just can't understand the big picture.He lacks thinking skills and is too dumb to have meaningful discussions.He is all about style n image.
    He allows himself to be manipulated by big biz n gamudas of this world(jo-low of cos)
    Save ourselves from this extreme foolishness.Speak out or suffer our children.Expose the emperor's new clothes and his small brains n appendages.
    Save our children please

    ReplyDelete