Monday 30 May 2011

Muhyiddin mengaku - pilihanraya kali ini perit

Pilihanraya yang akan datang ini merupakan pilihanraya yang amat perit bagi BN untuk mempertahankan mandat tipis yang di berikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.. TS Muhyiddin (TSM) memberikan pengakuan yang jujur dan hakiki bahawa pilihanraya yang akan datang ini merupakan pilihanraya yang paling payah dan susah untuk kita hadapi. Pandangan Timbalan Presiden UMNO ini menunjukan yang beliau mengakui keadaan adalah lebih buruk dari keadaan yang kita hadapi dalam 2008 yang lalu.

TSM akhir-akhir ini membayangkan yang keadaan pada hari ini tidak baik bagi UMNO/BN dan beliau mahukan semua pihak di dalam BN memperkuatkan keyakinan rakyat terhadap komponen itu. TSM sejak beberapa hari yang lepas mengingatkan ahli-ahli UMNO serta komponen dalam BN untuk memperbaiki diri masing-masing dan jika tidak dilakukan perubahan sikap BN akan menghadapi keadaan yang paling getir dalam sejarah pilihanraya negara.

Ahmad Zahid Hamidi juga telah berulangkali di akhir-akhir ini supaya ahli UMNO tidak bertindak mensabotaj calun UMNO dan BN seperti yang belaku pada PRU 2008 yang lalu. Sabotaj yang dimaksudkan oleh Ahmad Zahid itu berlaku kerana bermacam sebab. Selain dari isu-isu nasional UMNO telah berhadapan dengan tindakan sabotaj oleh pihak pemimpin-pemimpin yang tidak dapat menjadi calun yang disokong oleh penyokong masing-masing. Itulah yang menyebabkan kejatuhan BN di 4 buah negeri yang akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ketangan pihak PR.

Saya lebih tertarik dengan isu yang disebutkan oleh Ahmad Zahid ini. Apa yang dikatakan oleh beliau merupakan isu yang paling hampir yang menyebabkan UMNO hampir tersungkur dihadapan rakyat yang memberontak di dalam naluri mereka. Walaubagaimana pun isu di antara pemimpin dan ahli-ahli UMNO itu hanyalah merupakan isu penyebab (immediate cause) sahaja.

Isu yang paling besar ialah isu besar diperingkat nasional yang membabitkan kelemahan pimpinan UMNO yang sewaktu itu dianggap tidak mempunyai ‘uumph’ sebagai parti yang memerintah. Sabotaj-mensabotaj yang berlaku bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin tempatan malahan ianya dilakukan oleh pembesar negara yang bergelar dan bernama.

Dr Mahathir merupakan pensabotaj yang paling besar sekali dengan bertindak keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan sendiri itu. Beliau bertindak keluar semata-mata tidak bersetuju dengan Pak Lah Badawi dan beliau mahu melihat Pak Lah tersungkur dihadapan rakyat. Budaya ini telah mejadi ikutan ramai. Marahkan nyamuk seekor dua habis kelambu dibakarnya. Ituah sebabnya saya selalu menyatakan yang perpecahan dalam parti ini bukan dilakukan oleh orang seperti kita dibawah ini, tetapi dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar yang tidak mempunyai jiwa patriotism yang tinggi.

Ahmad Zahid menasihatkan kita semua untuk bersatu, dan itu rayuan yang boleh diterima. Tetapi Zahid sepatutnya terlebih dahulu memberi amaran kepada orang besar-besar yang bergelar dan bernama untuk berbuat baik kepada parti. Perbilangan Melayu yang semua orang tahu, masakan ketam boleh menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam beberapa posting yang lalu saya telah menyatakan yang kita sekarang sepatutnya mendengar nasihat Dr Mahathir yang sentiasa berubah dan bersalah-salahan mengikut keadaan yang menyelubungi diri dan perasaan beliau.

Semasa beliau membawa arus gerakan anti Pak Lah yang juga Presiden UMNO beliau meminta pengundi mengundi calun dan bukannya parti. Nasihat ini amat berlainan semasa beliau duduk di atas kuasa yang dipinjamkan rakyat dengan izin Tuhan yang mana beliau menasihatkan semua agar jangan memilih calun, sebaliknya memilih parti yang beliau pimpin.

Di dalam pilihanraya yang akan datang ini kita tunggu pula nasihat beliau kerana beliau akan menasihatkan pengundi mengikut perasaan beliau. Jika beliau tidak gemar dengan pimpinan beliau akan meminta kita mengundi calun. Setakat ini saya mempunyai intuition yang beliau akan menasihati kita untuk mengundi parti kerana beberapa kepentingan yang beliau inginkan dari pimpinan pada hari ini.

Saya mengusik perkara ini kerana ahli-ahli UMNO sentiasa dipersalahkan oleh pimpinan tetapi pimpinan tidak berusaha untuk melakukan introspeksi kepada diri mereka masing-masing. nasihat berubah-ubah dan bersalah-salahan seolah-olah rakyat ini mudah lupa seperti yang beliau anggapkan. Sebenarnya beliaulah yang mudah lupa dengan kata-kata yang keluar dari mulut beliau sendiri.

Dendam beliau itu ditujnjukannya dengan jelas kepada rakyat. Apabila Pak Lah tidak berjaya mempertahankan kekuatan BN dengan 2/3 majoriti beliau mengambil keputusan untuk menarik diri dan bersara. Dr Mahathir pun puas hati dan kembali menyertai UMNO.

Bagaimana jika sikap Dr Mahathir ini diikuti oleh rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang? Bagaimana hendak membuatkan rakyat segan silu untuk menolak UMNO itu sedang orang yang pernah mengetuai parti ini melebihi 2 dekad pun boleh keluar masuk parti seperti orang keluar masuk jamban, semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan orang pilihan beliau sendiri untuk menggantikan beliau?

Betullah Pak Lah bertanggungjawab di atas kekalahan ramai calun BN tetapi kita mesti mengakui yang Dr Mahathir adalah ‘accountable’ terhadap kekalahan itu. Pak Lah telah menerima ‘responsibility’nya tetapi Mahathir tidak mahu menerima ‘accountability’ terhadap penolakan BN sehinggakan BN hampir terlingkup dalam pilihanraya itu.

Tujuan saya menyebut isu ini ialah pepecahan bermula dari atas. Kepada Zahid serta Muhyiddin, selesaikan masalah di kalangan pimpinan dahulu baru lah mengajak orang ramai untuk bersatu. Apa pun yang dilakukan rakyat tidak mudah untuk kembali memberikan keyakinan terhadap barisan ini melainkan barisan ini benar-benar dibarisi oleh pimpinan yang semuanya baru supaya dapat membawa imej yang baru dan akhirnya dapat membentuk persepsi yang baru rakyat terhadap kepimpinan negara.

Yang penting kita mesti ingat apa yang dipesan oleh Muhyidin, bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang tersengit dalam sejarah negara.  Ini bermakna keadaan lebih buruk dari keadaan pilihanraya 2008 yang lalu. Jika dulunya BN tertewas di dalam 82 kerusi kali ini berapa pula dalam keadaan yang lebih buruk seperti pengakuan TSM tadi?

Jika dulu ada negeri-negeri Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN, dengan trend baru porla pengundian di sana di manakah BN hendak berpaut dan bergantung?

Berdoa sajalah. Rakyat kini mempunyai alternatif. Kalau kita sedar kita akan nampak yang rakyat tidak menolak saranan untuk bersatu…hanya mereka nampaknya lebih cenderung untuk bersatu di luar BN/UMNO buat masa ini.

Jika pandangan TSM itu benar-benar datang dari dalam naluri beliau mungkin ada harapan BN untuk kembali diyakini. Itu pun jika kita semua tahu apa yang hendak dilakukan untuk menuju ke arah itu.

2 comments:

  1. Bersatu menyokong UMNO bermakna bersatu dan besekongkol dengan segala kesalahan dan dosa yang dibuat oleh UMNO. Bersatu menyokong UMNo adalah satu kebodohan yang nyata. Biarlah kali ini UMNO tersungkur lebih teruk lagi agar mereka memahami bahawa UMNO itu bukanlah satu parti yang dipunyai dan hanya boleh dipimpin oleh segolongan manusia elit.

    ReplyDelete
  2. Banyak pengkritik UMNO luar dan dalam UMNO fikir mereka dah sedar dan berkemungkinan bertaubat. Jangan harap!

    Kugan mati dalam jagaan Kerajaan, begitu juga Beng Hock. Ahmad Shabani ketiga. Begitu juga budak belasan tahun ditembak mati dalam kereta. Banyak lagi kes yang memenuhi muka blog ini.

    Orang Melayu, kalau kononnya "Melayu berkehormatan" yang so-Melayu yang telah membiar ini, terutama sekali Melayu dalam Kerajaan dan dalam parti Melayu UMNO, mahu pun Melayu dalam sistem kesemuanya termasuk sistem kesultan patut berasa malu dan hina. Bukan kerana mereka yg juga membuat, tetapi telah menyaksi dan membiarkan ini kesemua berlaku bila Mahkamah, Parliamen dan Insitusi lain berpeluk tubuh dan bersetuju.

    Kalau masih lagi ada Melayu yang berkata - pilihanraya kali ini perit, tak payah cakap lah. Kalau adapun tindakan nanti ianya hanya tindakbalas mempertahankan penghinaan ini kepada bangsa yang dibuat tiada maruah. Mereka akan menipu dengan pilihanraya dan peti-peti undi. Di Sarawak baru-baru ini tengok "Tan Sri" yang berkehormatan meniadakan undang-undang dan membiarkan adik Taib Mahmud bermaharajalela menghina undang-undang.

    Orang-orang Melayu yang menyokong langsung dan tidak langsung tak tau sama ada mereka tahu bertaubat! Atau pun apa bertaubat itu!

    Dengan Kerajaan Kukubesi ini, mungkin hanya revolusi saperti Egypt saja dapat menyelesai masaalah2 dan membina negara dengan kukuh dan murni.

    ReplyDelete