Saturday 21 May 2011

Setengah pihak beranggapan negara kita akan menjadi 'Zimbabwe in different name' - Betul ke?

Rakyat yang telah bersara dan yang tidak ada pendapatan bakal membayar cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Yang akan menerima ‘compensation’ dari kenaikan harga barangan melalui GST ialah  Syarikat Korporat dan individu yang mempunyai gaji pendapatan tetap dengan pengurangan cukai-cukai pendapatan untuk mereka.

Bagi ramai yang tidak lagi mempunyai pendapatan termasuk diri saya, akan membayar kos barangan dengan harga lebih mahal kerana ada elemen GST yang dimasukan ke dalam harga barangan yang dijual dan dibeli.  Bagi mereka yang sedang bekerja dan mempunyai gaji serta elaun tidak akan merasakan kenaikan itu kerana mereka akan diberikan rabate terhadap cukai pendapatan mereka.

Pihak yang seperti saya dan ramai lagi rakyat, kami akan hanya mengalami membeli harga barangan yang tinggi tanpa mendapat apa pengecualian yang lain. Ramai pemimpin telah memberikan nasihat supaya belajar mengubah cara hidup dan tidak membazir dalam menghadapi kenaikan harga barang makanan serta barangan dan perkhidmatan. Ramai pemimpin kita menasihati rakyat supaya tidak membazir dan berbelanja mengikut kemampuan.

Di sini saya ingin memberikan nasihat juga kepada pemimpin-pemimpin besar kita bahawa ramai di antara yang ramai di bawah ini tidak pun mempunyai pendapatan untuk dijimatkan. Hanya mereka yang ada pendapatan sahaja yang boleh berjimat, Tetapi kepada mereka-mereka yang tidak berpendapatan, apa kah yang hendak jimatkan? Bagaimana hendak menjimatkan perkara yang tidak ada?

Khairy Jamaludin telah meminta kerajaan supaya tidak mengambil tindakan mengurangkan susidi dalam keadaan sekarang ini. Ramai mengharapkan agar apa yang di sarankan oleh ketua Pemuda itu di ambil perhatian dan tentunya pandangan beliau itu adalah pandangan ramai rakyat yang tidak bernasib baik yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi.

Membayar cukai adalah wajib, seperti wajibnya mati. Dengan pengenalan GST ini kita akan membayar cukai setiap masa dan tidak boleh lari darinya walaupun sedikit. Kita bayar sahajalah cukai ini kerana tanpanya pemimpin kita tidak akan mampu memilihara negara kerana pimpinan kita adalah pimpinan yang sangat mahal untuk diberikan tugas mentadbir kita semua.

Dulu kita ingat setelah rakyat tidak lagi mendapat kemudahan pelajaran percuma seperti banyak negara maju tidak mengapa kerana kita tidak akan dicukai sebegitu banyak. Tetapi sekarang sudahlah pembiayaan pelajaran dan kemudahan perubatan begitu tinggi, kita dicukai kiri dan kanan.

Saya bukannya orang pandai tetapi saya tahu orang yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan yang kecil memang mangsa yang terawal apabila GST ini dilaksanakan. Kita tidak ada ‘income tax’ untuk dikurangkan. Kita juga tidak ada syarikat korporat untuk mendapatkan rebat ‘corporate tax’ yang bakal didapati’ oleh mereka yang tergulung ke dalam masyarakat korporat.

Lepas satu, satu masalah dibebankan kepada kita yang kurang berbasib baik ini. Waktu rakyat sedang dihimpit oleh kenaikan harga barangan waktu ini jugalah kerajaan hendak kurangkan subsidi. Waktu ini jugalah kerajaan hendak mengenakan GST. Nampaknya terpaksalah ramai di antara kita mendengar nasihat pemimpin supaya menukar gaya hidup kita dengan keadaan yang mendatang.

Baliklah kita ke kampong, tanam sayur dan jadikan sayur sebagai menu utama makanan kita. Kalau di kampong kita boleh berpakaian yang serba serbi ‘simple’. Jangan lagi menghisap rokok dan gantikanlah rokok itu dengan rokok daun untuk menghilangkan gian merokok. Jangan pula sayur yang kita tanam sendiri itu pun dikenakan cukai GST pula. Tetapi kalau hendak dicukai juga, cukailah. Tidak siapa yang boleh lari dari cukai seperti kita tidak dapat lari dari malikilmaut apabila sampai waktunya nanti.

Yang ramai terlibat ini adalah kaum kita Melayu dan kita tengoklah nanti samada cita-cita Najib untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat berpendapatan tinggi sehingga US dollar 15,000/tahun menjelang tahun 2020 nanti akan tercapai dengan lari dari membayar GST apabila di laksanakan nanti.

Kita tidak boleh mengadu dan mengkritik tentang isu ini, nanti dikatakannya kita terpengaruh dengan hasutan pembangkang. Oleh itu kita terima sajalah apa yang di lakukan oleh pemimpin yang pandai-pandai di atas itu.

Masing-masing mempunyai nasib masing-masing. Kalau kita layak balik ke kampong sahaja kita balik kampong. Kalau nasib seseorang itu membolehkan pergi berulang alik ke Timur Tengah, London dan New York dengan menggunakan wang rakyat lakukanlah. Kalau dah ditakdirkan untuk mencium tangan orang lain untuk hidup ciumlah tangan sesiapa pun sepuas hati. Tentukanlah cara hidup masing-masing.

Kadangkala tidak boleh dipersalahkan banyak pihak yang merasakan negara ini akan menjadi ‘Zimbabwe in different name’.

12 comments:

  1. Nanti bila ada GST nanti...kebanyakan barang atau servis kita kena bayar tax..contohnya bil elektrik RM20, dgn GST kita kena bayar RM22 kalau GST 20%..kalau kita beli alat elektrik katakan RM500, kalau GST 21%, kita kena bayar RM605...tak semua barang akan dikenakan GST, mungkin ada yg kena exempt dari GST contohnya bidang pendidikan dan kesihatan sebagainya..

    ReplyDelete
  2. saya tak sure kalau orang tu takde pendapatan tetap mungkin boleh tuntut rebate kut terhadap setiap GST yg mereka bayar dengan resit...

    ReplyDelete
  3. http://www.youtube.com/watch?v=adpcnVGxYtM

    ReplyDelete
  4. kalau macam tu kita yang bukan ahli koperat atau k/tangan kerajaan kita GST (govt sudah tukar) pda PRU 13 nanti

    ReplyDelete
  5. Najib dan keseluruhan pimpinan UMNO adalah pimpinan yang gagal. T. Kasih.

    ReplyDelete
  6. It's a plain fact. Najib, Muhyiddin and the rest have the form but zero substance. The current PM is dong disservice to the country and hope the cabinet will resign.

    Jalal

    ReplyDelete
  7. memang pemimpin-pemimpin gagal menunjukkan prestasi mentadbir negara dengan baik, berkesan,serta memberi manafaat pada rakyatnya.

    ReplyDelete
  8. GST? 1 lagi cara yg halal nak merompak dan meyamun harta rakyat, orang-orang seperti saya, dato dan rakyat di luar bandar akan terbeban dgn GST yg akan dilaksanakan nanti maka sebelum kita mati elok laa kiranya kita semua tukar laa kerajaan yg ada bagi laa pada mereka yg pandai memerintah dan menjaga kepentingan rakyat, bukan kepada mereka yg hanya pandai menekan dan menyamun harta-harta rakyat...salam

    ReplyDelete
  9. Orang Melayu baik dan pengampun. Mereka sokong gila-gila pemimpin yg menipu dan membohongi mereka.
    Pandai ke bodoh tu???

    ReplyDelete
  10. Akuein

    salam sejahtera..

    asal xsetuju dengan kerajaan akan dicop terpengaruh dengan pembangkang..aduyai..

    pemimpin kata ubah cara hidup..ok..rakyat bawahan akan ubah cara hidup..tinggal kat kampung tanam sayur, tapi benih sayur pun dah kena GST..nak beli sayur kat pasar pun dah kena GST..nak beli baja, racun pun kena GST lagi

    bila kita cuba nak bandingkan dengan negara maju, nanti pemimpin kata kita ada acuan kita sendiri..tapi sistem cukai xnak la guna sistem atau acuan kita sendiri..yang untungkan pemimpin ikut negara maju..bila nak untungkan rakyat, kata kita ada acuan kita sendiri..

    kesian rakyat malaysia..kesian rakyat 1malaysia..malaysia cuma ada 1 je...

    ReplyDelete
  11. Salam..ha ha ha..

    Agak-agak..our PM and His cabinet tu tau ka apa itu GST???? Hmmmmmmmmmm...I don't no laaa...ha ha ha..

    ReplyDelete
  12. Satu gulungan yang amat gembira GST akan dilaksanakan adalah gulungan akauntan.

    Individu atau perniagaan sekiranya berhak/boleh mendapat rebate atau pembayaran balik GST yang terbayar secara bulanan dikehendaki mendapatkan servis odit/pengemas kira-kira dari akauntan yang bertauliah pada setiap penghujung bulan.

    Kemungkinan besar kehendak keatas akauntan akan macam satu Tsunami. Sayang tiada seorang anak saya yang berjurusan/profesnal akauntan. Sayang lagi sekiranya saya sudah bersara dan tentu sekali dan sepatutnya tidak memerlukan akauntan lagi.

    ReplyDelete