Monday 30 May 2011

Tari UMNO: satu langkah ke depan, dua langkah ke belakang.

Banyak kali saya menulis artikel yang kritikal terhadap UMNO. Sahabat2 saya bertanya, jika kamu menulis sedemikian rupa, mengapa kamu masih dalam UMNO? Yang memang jaki dengan saya memerli, kalau dah UMNO demikian, mengapa tidak kamu keluar sahaja? Bagaimana kamu menulis mengecam UMNO dan tidak di panggil oleh badan displin UMNO? Mustahil UMNO tidak menghasilkan kebaikan kepada negeri ini dan orang Melayu?
Elok kita perjelaskan mengenai suatu perkara. Perkara ini kepada saya, menjadi punca dan pokok masaalah dalam UMNO. Ianya seperti berikut. Sebilangan orang yang ada kepentingan, menganugerahlan kepada diri mereka hak untuk menentukan siapa layak atau tidal layak berada dalam UMNO. UMNO bukan bapak mereka yang punya. Betul?
Setelah beranggapan UMNO bapak mereka yang punya, mereka mendefinisi dan menentukan UMNO dari sudut pengalaman dan pengetahuan mereka. Pak Lah dan Najib umpamanya bukan setanding kualiti Dr Mahathir. Tapi ini tidak bermakna mereka kurang dari Mahathir. Mereka hanya berbeza dengan pendekatan sendiri. Pendekatan mereka di tentukan oleh pengalaman yang mereka lalui dan oleh kepandaian semula jadi yang ada. Najib tidak pernah jual kuih muih di sebuah Pekan Rabu.
Najib sebagai contoh akan melihat segala nya optimis dan suka pula kepada penceritaan yang menggembirakan. Seluruh perjalanan hudup nya semua elok belaka. Dia dapat segala nya dengan mudah dan senang. Oleh yang demikian, kehidupan pasti mudah dan senang. Dunia ini sentiasa ceria. Hanya cakap dan bilang, semua selesai.
Kepada nya, bersandarkan pengalaman peribadi dan kondisi mental nya, semua nya beres. Dan semua lashkar lashkar nya mahu berkata beres boss, beres boss.
Hari ini Najib kelihatan tidak melakukan apa apa yang betul mengikut pandangan Mahathir. hati Mahathir sangat sakit menyebabkan bekas PM mengalami kerencatan fisikal.
Masaalah jadi buruk apabila segala perjalanan UMNO adalah person-centric. Seorang atau beberapa individu yang berkuasa atau ber'aura' kuasa mendefinisikan dan menentukan apa yang UMNO atau tidak UMNO. Akhirnya, oleh kerana seorang berkuasa atau suatu kumpulan kecil yang brekuasa, hak untuk berada atau tidak dalam UMNO bergantung kepada kita bersetia kepada seseorang tersebut.
Masaalah kepimpinan UMNO menjadi berganda rumit nya, apabila kita sendiri tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk menentukan keperibadian pemimpin UMNO. UMNO mengontrak keluar tanggung jawab mencari pimpinan kepada para perkerja upahan terdiri dari cendekiawan tin kosong dan pengamal media audio visual dan citak yang mengambil alih tugas mengenal pasti pimpinan UMNO. Jadi kita dengar makian dan cacian dari beberapa tukang jerit dalam alam siber terhadap bakat pimpinan UMNO. Celaka nya, jeritan si tolol2 tersebut di jadikan panduan keramat mengenal pasti siapa material pimpinan atau tidak.
Maka yang demikian, lahirlah jenerasi pimpinan UMNO yang melihat UMNO ini sebuah keRajaan peribadi dan keturunan dari peribadi2 tersebut ujud untuk mewarisi UMNO. Dan kita pula angguk dan meng-iakan segala nya.
Apa jadi kepada UMNO berikut nya? Ianya tetap kekal sebagai sebuah organisasi berwatakan feudal di mana kepimpinan nya bergantung kepada sama ada kita datang dari celah kelangkang yang betul. Mencari kepimpinan dalam UMNO tidak ada beza nya dari cara dan kaedah mengaitkan kemampuan luar biasa di sebabkan kita lahir dari buloh betong, atau terbit dari muntah lembu, atau terpancar dari angkasa raya terdampar di bukit Siguntang Mahameru dan mencahaya-emaskan bendangan padi Wan Empok dan Wan Malini.
Dari sejak itu, anak dan cucu UMNO berikrar bertataat setialah kepada keturunan elit UMNO.
Terpaksa bergantung kepada kaedah luar biasa untuk mencari pemimpin dan makna kepimpinan inilah, petanda awal kegagalan UMNO menangani kejayaan. Kerana tidak ada orang yang siuman akan menyangkal kemajuan yang di bawa oleh UMNO kepada negara ini dan kepada jutaan orang Melayu secara peribadi. Sama ada saya suka atau tidak suka, secara tidak lansung kejayaan saya secara peribadi mesti ada kaitan dengan iklim dan persekitaran yang di mungkinkan oleh UMNO.
Setelah UMNO menempa jalan buka, dan negara ini membangun, UMNO menarik minat dan penglibatan pelbagai individu, penyokong yang bertenaga, individu dengan inklinasi politik yang berlainan- kesemua ini tidak dapat di elakkan kerana kejayaan mengundang dan menarik mereka masuk. Persoalan nya, bagaimana UMNO menangani unsur unsur ini?
Kelansungan hayat UMNO bergantung kepada kemampuan dan keupayaan pimpinan UMNO menangani dan mengurus kejayaan.
Sayang nya, kita tidak ada pimpinan kental untuk menanggung bebanan tugas demikian. We don't have the leadership with the capacity- disiplin dan dedikasi serta iltizam( determination) untuk mencorakkan sebuah UMNO yang mampu menangani kejayaan. Kita hanya make things up as we go along.
Terlebih sayang lagi, kerana jenerasi pimpinan UMNO yang ada hari ini di kandungi dan lahir dalam zaman Mahathir dahulu, tidak ada capacity to manage success. Kerana dalam zaman tersebut, semua di putuskan oleh kekuatan peribadi satu orang dan we don't have leaders. Seorang pemimpin hari ini mesti mempunyai boldness in character. Kita tidak ada itu dalam UMNO hari ini.
Pada umum nya, UMNO telah gagal melahirkan pimpinan yang elastic dan kental yang berkemampuan untuk menyerasikan diri dengan persekitaran yang sudah berubah. Sebaliknya, kita ada piminan yang bernekad mempertahankan cara lama UMNO beroperasi. Sedangkan UMNO yang mendukong cita cita bangsa Melayu mesti sedar apabila mereka menubuhkan kerajaan, kerajaan tersebut tidak lagi kerajaan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk negara Malaysia. Pimpinan yang ada hari ini sebenarnya tidak mahu transformasi yang di laungkan oleh DS Najib. Dan Najib tidak akan berjaya melakukan transformasi besar dengan pimpinan pondan.
Maka saya akan jawab- mengapa pula saya tidak boleh berada dalam UMNO. UMNO bukan milik peribadi pemimpin UMNO yang ada hari ini. Ramai antara mereka berada dalam posisi kepimpinan hari ini kerana mempunyai nasib baik yang tidak terduga. Mereka mempunyai 'bin' yang betul. Kamu berbinkan si fulan, maka kamu berbakat pemimpin. Kalau tak kuah tumpah ke nasi, ke mana lagi kan? Ini saya rasa kepincangan dasar yang ada dalam UMNO. Dan perkara ini saya akan kritik beterusan. Kita belum graduankan diri dari mencari sumber pimpinan dari buloh betung, muntah lembu atau di damparkan dari angkasa raya keatas bukit si guntang sebenarnya.
Kedua nya, saya tidak rasa saya melakukan apa apa kesalahan untuk di jadikan tetamu badan disiplin UMNO. Takkanlah UMNO begitu rapuh tidak boleh bertahankan serangan kritikan yang mempunya penghujahhan? Yang tidak tahan ialah tentera upahan yang nun di luar yang tidak boleh menangkis hujjah dengan penghujjahan yang setara.
Ketiga nya, tentu sekalu banyak kebaikan yang telah di datangkan kepada Negara dan orang Melayu, setiap ketika bila UMNO mempunyai kepimpinan yang kuat. Bila kepimpinan lemah, kejayaan yang di lahirkan tidak tertanggung. Jadi kita ganti dan topengkan kelemahan dengan slogan dan distractions politik yang lain.
Ini lah saya rasa masaalah pokok UMNO. Ianya tidak berupaya menangani kejayaan yang di tempa kerana kita tidak ada pemimpin dengan boldness in character. Kita tidak ada kemampuan kerana kita tidak ada pemimpin berdiri atas nilai yang betul, kita tidak ada institusi untuk mengurus kejayaan yang UMNO telah beri kepada negara ini.
UMNO masih guna alatan senjata zaman dulu untuk mendepani reality masa kini. Kemajuan yang di buka dan di tempa oleh UMNO- tahap pembelajaran dan kefahaman yang tinggi, pengharapan yang meningkat, penerimaaan nilai nilai baru , cara berfikiran yang kritikal tidak di fahami oleh UMNO secara mendalam.
Oleh yang demikian, UMNO masih kekal sebagai sebuah parti yang enggan menyerasikan diri dengan alam persekitaran . DS Najib terkapai kapai mahukan perubahan dan dia akan berdepan dengan jalan yang tidak mudah. 

ariff sabri

5 comments:

  1. Salam Dato',

    "Oleh yang demikian, UMNO masih kekal sebagai sebuah parti yang enggan menyerasikan diri dengan alam persekitaran."

    Ini boleh disama-takrifkan sebagai "marketing myopia", satu terma yang dipelopori oleh Theodore Levitt (Harvard Business School):

    A short-sighted and inward looking approach to marketing that focuses on the needs of the company [UMNO] instead of defining the company and its products in terms of the customers' needs and wants [RAKYAT]. It results in the failure to see and adjust to the rapid changes in their markets [CURRENT AND FUTURE POLITICAL LANDSCAPES].

    [ ] dalam kurungan tambahan saya

    ReplyDelete
  2. UMNO voice had been muted. How can UMNO works if its elite leaders are focussing on big n small projects, you can see in the UDA bukit bintang projects. They prefer outsiders than the bumi itself.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato'

    Maaf saya terlupa untuk menekankan satu perkara.

    Pada hemah semua rakyat yang matang dan berfikiran luas sudah tentu ingin melihat suasana politik yang sihat, suasana yang boleh dikait-sambung kepada generasi akan datang.

    Tetapi saya berharap Dato' tidak terkilan jika ada yang meninggalkan UMNO atau tidak memangkah UMNO. Akhir ini sebagai pengundi saya ingin bersikap lebih rasional. UMNO sudah dihijack gologan tertentu sehingga yang ikhlas dan jujur seakan-akan diostracise (dipinggirkan).

    Saya yakin ramai orang Melayu menaruh harapan UMNO akan dapat (senantiasa) memberi keutamaan kepada taraf kehidupan orang Melayu, lebih dari diri mereka sendiri. Jika UMNO berpaling kiblat kearah lain, orang Melayu yang rasional akan sudah tentu mencari saluran lain yang dapat menjamin masa depan mereka.

    Pada fikiran saya, apakah saya perlu memangkah UMNO sekali lagi dengan harapan ia dapat hidup dan dipanjangkan umur seketika untuk dirawat sehingga pulih?

    ReplyDelete
  4. Well done Dato to place your translation here.
    I would suggest you post your articles in English at AK47 and BM here.
    You need to reach out to the BM readers for your ideas to any impact on the Malay masses.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita ikut perbincangan dan aktiviti diperingkat cwg dan bhg, kita boleh buat rumusan bahawa bukannya hal rakyat yg dibincang. Astaghfirullah.

    ReplyDelete